DERBI BORNEO BAKAL WARNAI PENTAS SUKU AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA
Pengendali sementara Sabah FC, Alto Linus memandang serius terhadap aksi Derbi Borneo seterusnya menentang Kuching City FC dalam perlawanan pertama suku akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025.
Meskipun pasukan The Rhinos berjaya menumpaskan musuh setempat itu dalam aksi Liga Super Rabu lalu, Alto enggan mendabik dada malah mahu lebih bersiap sedia untuk bertemu The Cats sekali lagi di pentas suku akhir nanti.
Alto yang menggalas posisi yang ditinggalkan oleh bekas ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee juga tidak menafikan bahawa keputusan 2-1 yang diperolehi di Stadium Negeri, Kuching serba sedikit memberi tonik tambahan buat pasukannya.
Oleh itu, beliau hanya mahu memastikan bahawa pasukannya perlu lebih fokus untuk mengekalkan momentum kemenangan sekali gus meraih keputusan positif di Kuching nanti.
"Kemenangan ini memberi motivasi kepada pasukan Sabah terutama untuk menghadapi skuad kendalian Aidil Shahrin sekali lagi nanti. Saya harap momentum ini akan berkekalan dan beri keputusan terbaik nanti.
"Pada masa yang sama, kita akan melihat semula perlawanan tersebut dan mengkaji perkara yang perlu ditambah baik. Yang lebih baik, kita juga dapat kenal pasti serba sedikit kelemahan pasukan mereka.
"Secara keseluruhan, saya dapat melihat prestasi pemain kini berada pada tahap terbaik dan semakin bagus," ujar Alto selepas tamat perlawanan pada Rabu lalu.
Aksi pertama suku akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 yang menyaksikan pertembungan antara Derbi Borneo itu dijadualkan berlangsung pada 15 Disember depan, di Stadium Negeri Kuching.
See TranslationMeskipun pasukan The Rhinos berjaya menumpaskan musuh setempat itu dalam aksi Liga Super Rabu lalu, Alto enggan mendabik dada malah mahu lebih bersiap sedia untuk bertemu The Cats sekali lagi di pentas suku akhir nanti.
Alto yang menggalas posisi yang ditinggalkan oleh bekas ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee juga tidak menafikan bahawa keputusan 2-1 yang diperolehi di Stadium Negeri, Kuching serba sedikit memberi tonik tambahan buat pasukannya.
Oleh itu, beliau hanya mahu memastikan bahawa pasukannya perlu lebih fokus untuk mengekalkan momentum kemenangan sekali gus meraih keputusan positif di Kuching nanti.
"Kemenangan ini memberi motivasi kepada pasukan Sabah terutama untuk menghadapi skuad kendalian Aidil Shahrin sekali lagi nanti. Saya harap momentum ini akan berkekalan dan beri keputusan terbaik nanti.
"Pada masa yang sama, kita akan melihat semula perlawanan tersebut dan mengkaji perkara yang perlu ditambah baik. Yang lebih baik, kita juga dapat kenal pasti serba sedikit kelemahan pasukan mereka.
"Secara keseluruhan, saya dapat melihat prestasi pemain kini berada pada tahap terbaik dan semakin bagus," ujar Alto selepas tamat perlawanan pada Rabu lalu.
Aksi pertama suku akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 yang menyaksikan pertembungan antara Derbi Borneo itu dijadualkan berlangsung pada 15 Disember depan, di Stadium Negeri Kuching.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |