KECEDERAAN SERGIO AGUERO, KEVIN INGRESO BERI KESAN PADA PASUKAN
Kecederaan dua tonggak Sri Pahang FC, Sergio Aguero dan Kevin Ingreso sedikit sebanyak merencatkan perancangan pengendali, Fandi Ahmad mempersiapkan pasukan pada aksi akan datang.
Aguero dijangka perlu berehat sekurang-kurangnya empat minggu selepas koyak di bahagian otot kaki manakala Ingreso pula dilanda kecederaan selepas pulang dari Filipina tempoh hari.
Bagi Fandi, ketiadaan dua tonggak ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan terutamanya di bahagian tengah ketika berdepan Kedah Darul Aman FC pada Sabtu lalu menyaksikan keputusan seri 1-1.
Bahkan, situasi ini juga memaksa beliau untuk mengubah perancangan lain bagi persediaan menghadapi perlawanan seterusnya berdepan PDRM FC dan Kelantan United FC.
“Situasi Aguero dan Kevin (Ingreso) agak berat sedikit dan kita tak tahu berapa lama untuk mereka main balik sebab ada koyak di bahagian otot.
“Jadi mereka susah nak tendang bola, nak berlari dan sebab itu kita ada masalah di bahagian tengah pada babak pertama (menentang Kedah) dan saya perlu buat perubahan sikit.
“Memang kita terasa kehilangan sebab mereka banyak mendominasi dan untuk Aguero sekurang-kurangnya 3 hingga 4 minggu untuk pulih.
“Kevin pula saya tidak pasti berapa lama sebab selepas dia balik dari Filipina, tiada masalah tetapi bila mula latihan, ada rasa sakit di otot dan kita tunggu laporan penuh nanti”, jelasnya.
Bercakap mengenai prestasi penyerang import Lucas Silva, Fandi percaya dia mampu untuk mendapatkan semula permainannya dan tidak menyalahkan pemain berusia 33 tahun itu apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada Sabtu lalu.
Penampilan pertamanya tempoh hari selepas lama berehat susulan kecederaan sekurang-kurangnya dapat membantu memperkuatkan lagi bahagian serangan pasukan bersama-sama Kpah Sherman.
“Prestasi Lucas untuk kali pertama beraksi kita boleh tengok dia memang memberikan 100 peratus tetapi mungkin tahap kecergasannya belum betul-betul pulih lagi.
“Tapi saya puji kesungguhan dia sebab walaupun masih ada rasa sedikit sakit, tetapi dia nak cuba untuk beraksi juga jadi, saya beri dia peluang.
“Bahkan masa pra musim pun dia memang berusah keras dalam latihan tetapi beberapa hari sebelum perlawanan, dia cedera dan Alhamdulillah sekarang dia dah ada untuk bantu bahagian depan bersama Kpah (Sherman)”, tambahnya.
Keputusan seri 1-1 pada Sabtu menyaksikan Sri Pahang kekal di tangga kelima Liga Super dengan 10 mata manakala Kedah di tangga kedua dengan 13 mata.
Siaran langsung perlawanan PDRM FC lwn Sri Pahang FC pada Rabu, 5 April 2023 di Astro Arena Bola 3 (807) dan Astro GO.
See TranslationAguero dijangka perlu berehat sekurang-kurangnya empat minggu selepas koyak di bahagian otot kaki manakala Ingreso pula dilanda kecederaan selepas pulang dari Filipina tempoh hari.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |