BERGSON DA SILVA TETAP UTAMAKAN KEMENANGAN PASUKAN DARIPADA JUMLAH GOL PERIBADINYA
Tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson da Silva masih belum selesa dengan pencapaian peribadinya meskipun cemerlang selaku penjaring terbanyak Liga Super 2024-2025 untuk setakat ini.
Selepas 12 perlawanan liga, pemain kelahiran Brazil ini tidak meletakkan jumlah jaringannya ketika ini sebagai keutamaan sebaliknya keputusan perlawanan paling penting untuk memberikan kemenangan berharga kepada pasukan.
Dengan 16 gol berjaya diraih oleh Bergson setakat ini membuktikan kualiti yang ada pada dirinya untuk terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan di mana dua jaringan daripadanya semalam membantu JDT menang 3-0 ke atas Selangor FC.
“Sangat gembira dapat bagi kemenangan ini kepada pasukan sebab kita semua begitu bekerja keras untuk terus berada di atas.
“Tetapi, jumlah gol daripada saya adalah perkara kedua kerana yang paling penting untuk saya adalah kemenangan JDT dalam setiap perlawanan dan saya gembira untuk membantu.
“Perlawanan malam ini (semalam) juga sebenarnya bukan mudah dan mereka (Selangor FC) ada pemain yang bagus di mana kami juga sukar untuk menembusi pertahanan mereka.
“Selangor sentiasa menjadi pesaing yang kuat tetapi hari ini (semalam) kita buktikan kita masih berada di atas untuk saingan Liga Super”, katanya.
Sementara itu, pertahanan Selangor FC, Quentin Cheng pula menyifatkan dua gol daripada JDT pada separuh masa pertama sedikit sebanyak merencatkan permainan mereka sehingga gagal untuk meraih sebarang jaringan sehingga tamat masa perlawanan.
“Kita dah cuba berikan yang terbaik, tetapi tidak bernasib baik untuk menang dan kita tahu JDT antara pasukan terbaik yang ada di Malaysia, jadi memang susah kalau nak dapatkan keputusan yang baik menentang mereka.
“Walaupun ketinggalan, kita cuba juga untuk ubah bagi lebih tekanan di separuh masa kedua tetapi masih tidak menjadi dan kami akur dengan kekalahan ini”, jelasnya.
See TranslationSelepas 12 perlawanan liga, pemain kelahiran Brazil ini tidak meletakkan jumlah jaringannya ketika ini sebagai keutamaan sebaliknya keputusan perlawanan paling penting untuk memberikan kemenangan berharga kepada pasukan.
Dengan 16 gol berjaya diraih oleh Bergson setakat ini membuktikan kualiti yang ada pada dirinya untuk terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan di mana dua jaringan daripadanya semalam membantu JDT menang 3-0 ke atas Selangor FC.
“Sangat gembira dapat bagi kemenangan ini kepada pasukan sebab kita semua begitu bekerja keras untuk terus berada di atas.
“Tetapi, jumlah gol daripada saya adalah perkara kedua kerana yang paling penting untuk saya adalah kemenangan JDT dalam setiap perlawanan dan saya gembira untuk membantu.
“Perlawanan malam ini (semalam) juga sebenarnya bukan mudah dan mereka (Selangor FC) ada pemain yang bagus di mana kami juga sukar untuk menembusi pertahanan mereka.
“Selangor sentiasa menjadi pesaing yang kuat tetapi hari ini (semalam) kita buktikan kita masih berada di atas untuk saingan Liga Super”, katanya.
Sementara itu, pertahanan Selangor FC, Quentin Cheng pula menyifatkan dua gol daripada JDT pada separuh masa pertama sedikit sebanyak merencatkan permainan mereka sehingga gagal untuk meraih sebarang jaringan sehingga tamat masa perlawanan.
“Kita dah cuba berikan yang terbaik, tetapi tidak bernasib baik untuk menang dan kita tahu JDT antara pasukan terbaik yang ada di Malaysia, jadi memang susah kalau nak dapatkan keputusan yang baik menentang mereka.
“Walaupun ketinggalan, kita cuba juga untuk ubah bagi lebih tekanan di separuh masa kedua tetapi masih tidak menjadi dan kami akur dengan kekalahan ini”, jelasnya.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |