PENJELASAN MFL BERHUBUNG ISU RAYUAN KLC TERHADAP KEPUTUSAN SIASATAN JAWATANKUASA FIB
Malaysian Football League (MFL) ingin menjelaskan isu berhubung rayuan Kuala Lumpur City FC berkaitan keputusan First Instance Body (dirujuk sebagai FIB) yang dikenakan ke atas kelab itu selepas siasatan dijalankan.
Pada 12 Ogos 2024, Kuala Lumpur City FC telah menghantar surat susulan keputusan hukuman pemotongan 6 mata yang bertarikh 5 Ogos 2024 kepada MFL.
Walaubagaimanapun, surat yang dihantar pada 12 Ogos 2024 tersebut bertajuk “Notis Dengan Niat Membuat Rayuan Keputusan FIB” adalah jelas menunjukkan bahawa surat tersebut bukanlah surat rayuan secara rasmi, tetapi hanya memaklumkan hasrat mereka untuk membuat rayuan serta hasrat mengemukakan pelan dan cadangan terperinci selepas pemilihan Presiden baharu Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
MFL kemudiannya menerima surat baharu pada 24 Oktober 2024 bertarikh 23 Oktober bertajuk “Rayuan Keputusan Siasatan Jawatankuasa FIB Terhadap Kuala Lumpur City FC”. Surat ini menyatakan rayuan susulan surat mereka sebelum ini dan turut menyatakan bahawa mereka ingin membuat rayuan.
Bagi tujuan penjelasan, asas rayuan biasanya disertakan dengan dokumen sokongan daripada agensi masing-masing sebagai bukti, untuk membuktikan pelan ke hadapan dan perlu menjelaskan keputusan awal itu sama ada ianya tersasar, tersilap atau berat selain perlu menyatakan mengapa rayuan tersebut adalah wajar.
MFL akan menghantar Unit Perlesenan MFL ke KL City FC untuk membantu mereka dalam mengemukakan rayuan sebenar bagi dihantar kepada FIB untuk pertimbangan keputusan mereka.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris:
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/MFL-CLARIFICATION-REGARDING-KLC-APPEAL.pdf
See TranslationPada 12 Ogos 2024, Kuala Lumpur City FC telah menghantar surat susulan keputusan hukuman pemotongan 6 mata yang bertarikh 5 Ogos 2024 kepada MFL.
Walaubagaimanapun, surat yang dihantar pada 12 Ogos 2024 tersebut bertajuk “Notis Dengan Niat Membuat Rayuan Keputusan FIB” adalah jelas menunjukkan bahawa surat tersebut bukanlah surat rayuan secara rasmi, tetapi hanya memaklumkan hasrat mereka untuk membuat rayuan serta hasrat mengemukakan pelan dan cadangan terperinci selepas pemilihan Presiden baharu Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
MFL kemudiannya menerima surat baharu pada 24 Oktober 2024 bertarikh 23 Oktober bertajuk “Rayuan Keputusan Siasatan Jawatankuasa FIB Terhadap Kuala Lumpur City FC”. Surat ini menyatakan rayuan susulan surat mereka sebelum ini dan turut menyatakan bahawa mereka ingin membuat rayuan.
Bagi tujuan penjelasan, asas rayuan biasanya disertakan dengan dokumen sokongan daripada agensi masing-masing sebagai bukti, untuk membuktikan pelan ke hadapan dan perlu menjelaskan keputusan awal itu sama ada ianya tersasar, tersilap atau berat selain perlu menyatakan mengapa rayuan tersebut adalah wajar.
MFL akan menghantar Unit Perlesenan MFL ke KL City FC untuk membantu mereka dalam mengemukakan rayuan sebenar bagi dihantar kepada FIB untuk pertimbangan keputusan mereka.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris:
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/MFL-CLARIFICATION-REGARDING-KLC-APPEAL.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |