HAZWAN BAKRI FOKUS BANTU KUCHING CITY FC, TAK MAHU TERGESA CATAT REKOD PERIBADI
Penyerang Kuching City FC, Ahmad Hazwan Bakri tekad ingin mendapatkan semula prestasi terbaik selepas melengkapkan perpindahan ke Kuching City FC.
Membuat penampilan pertama ketika berdepan Johor Darul Ta'zim baru-baru ini, Hazwan akui peluang itu merupakan motivasi terbaik untuk dirinya selepas lama berehat akibat kecederaan.
"Alhamdulillah saya sudah pulih dan berada dalam keadaan yang baik. Kita tahu ACL ini ambil masa untuk pulih. Jadi saya buat beberapa latihan tambahan untuk pertingkatkan kecergasan."
"Bersama Aidil Shahrin di Kuching City, semua persiapan berjalan dengan baik. Mudah untuk saya ikut arahan serta taktikal beliau dan para pemain juga memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Pemain berusia 33 tahun ini berharap untuk mendapatkan semula kecergasan pada tahap terbaik bagi memastikan dirinya memperolehi minit permainan yang lebih banyak dalam saingan liga musim ini.
"Untuk musim ini, saya berharap saya mendapatkan semula prestasi sebenar saya. Saya mahu beraksi dalam banyak perlawanan namun saya tidak tergesa untuk mencatat sebarang rekod peribadi,” jelasnya.
Dalam pada itu, kemasukan beberapa tonggak baharu ke Kuching City FC merupakan langkah terbaik menurut Hazwan, ini kerana pemain-pemain ini dilihat sebagai nilai tambah buat pasukan. Tambahnya lagi, fokus Kuching City FC kini adalah untuk mengelak dari keciciran mata dalam mana-mana perlawanan akan datang.
"Saya kira kemasukan beberapa pemain baharu ke Kuching City FC sedikit sebanyak memberi impak positif untuk pasukan. Mereka ini amat membantu untuk kami mempertingkatkan prestasi pasukan musim ini."
"Untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan FC nanti kita tak mahu kehilangan mata. Kita tak boleh memandang mudah cabaran Negeri Sembilan kerana diatas padang nanti, apa-apa boleh terjadi. Jadi kita akan lalukan yang terbaik untuk pasukan."
Kuching City FC di bawah kendalian Aidil Shahrin Sahak kini menghuni kedudukan keenam dalam carta Liga Super Malaysia 2024-2025. Kuching City FC bakal berdepan Negeri Sembilan FC pada esok, 20 Oktober 2024 di Stadium Negeri, Kuching pada jam 7.30 malam.
See TranslationMembuat penampilan pertama ketika berdepan Johor Darul Ta'zim baru-baru ini, Hazwan akui peluang itu merupakan motivasi terbaik untuk dirinya selepas lama berehat akibat kecederaan.
"Alhamdulillah saya sudah pulih dan berada dalam keadaan yang baik. Kita tahu ACL ini ambil masa untuk pulih. Jadi saya buat beberapa latihan tambahan untuk pertingkatkan kecergasan."
"Bersama Aidil Shahrin di Kuching City, semua persiapan berjalan dengan baik. Mudah untuk saya ikut arahan serta taktikal beliau dan para pemain juga memberikan kerjasama yang baik,” katanya.
Pemain berusia 33 tahun ini berharap untuk mendapatkan semula kecergasan pada tahap terbaik bagi memastikan dirinya memperolehi minit permainan yang lebih banyak dalam saingan liga musim ini.
"Untuk musim ini, saya berharap saya mendapatkan semula prestasi sebenar saya. Saya mahu beraksi dalam banyak perlawanan namun saya tidak tergesa untuk mencatat sebarang rekod peribadi,” jelasnya.
Dalam pada itu, kemasukan beberapa tonggak baharu ke Kuching City FC merupakan langkah terbaik menurut Hazwan, ini kerana pemain-pemain ini dilihat sebagai nilai tambah buat pasukan. Tambahnya lagi, fokus Kuching City FC kini adalah untuk mengelak dari keciciran mata dalam mana-mana perlawanan akan datang.
"Saya kira kemasukan beberapa pemain baharu ke Kuching City FC sedikit sebanyak memberi impak positif untuk pasukan. Mereka ini amat membantu untuk kami mempertingkatkan prestasi pasukan musim ini."
"Untuk perlawanan menentang Negeri Sembilan FC nanti kita tak mahu kehilangan mata. Kita tak boleh memandang mudah cabaran Negeri Sembilan kerana diatas padang nanti, apa-apa boleh terjadi. Jadi kita akan lalukan yang terbaik untuk pasukan."
Kuching City FC di bawah kendalian Aidil Shahrin Sahak kini menghuni kedudukan keenam dalam carta Liga Super Malaysia 2024-2025. Kuching City FC bakal berdepan Negeri Sembilan FC pada esok, 20 Oktober 2024 di Stadium Negeri, Kuching pada jam 7.30 malam.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |