HAKIMI ABDULLAH TERIMA SUNTIKAN SEMANGAT BAHARU BERSAMA KELANTAN DARUL NAIM FC
Pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Hakimi Abdullah menzahirkan rasa syukur apabila dapat kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Pemain berusia 24 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Kelantan Darul Naim FC daripada Terengganu FC dan ketika ini menjadi antara tonggak penting buat skuad KDN FC.
Hakimi teruja dapat kembali beraksi dan sedang dalam usaha untuk mendapatkan semula keyakinannya di atas padang. Dia mahu lebih fokus dan bersungguh-sungguh ketika sesi latihan untuk meningkatkan lagi prestasi seterusnya memburu lebih banyak minit permainan.
"Pertamanya alhamdulilah, terima kasih kepada Terengganu FC kerana meminjamkan saya ke Kelantan Darul Naim. Selepas 11 bulan cedera, kini saya berusaha untuk mendapat tempat dan mencari minit permainan. Dengan usaha ini, alhamdulilah saya berjaya menjaringkan gol pertama musim ini bersama Kelantan Darul Naim."
"Saya bergelut dengan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) hampir 11 bulan, jadi nak dapatkan rentak dan keserasian itu agak sukar. Masa aksi pertama bersama KDN FC ketika menentang Johor Darul Ta'zim, keserasian itu masih kurang namun selepas itu alhamdulilah sedikit demi sedikit mula mendapat rentak bersama pasukan."
Dalam pada itu, menjelang aksi seterusnya KDN FC berdepan Kuala Lumpur City pada Jumaat, 18 Oktober 2024, Hakimi menyifatkan dua tonggak pasukan lawan, Haqimi Azim dan Paulo Josue antara pemain yang perlu diawasi.
"Untuk perlawanan akan datang, saya melihat KL City FC mempunyai beberapa pemain yang berbahaya seperti Haqimi Azim dan Paulo Josue. Mereka antara pemain Harimau Malaya dan kami perlu berjaga-jaga," ujar Hakimi.
Selepas mengharungi 11 perlawanan, KDN FC kini menghuni kedudukan ke-12 dalam saingan Liga Super 2024-2025.
See TranslationPemain berusia 24 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Kelantan Darul Naim FC daripada Terengganu FC dan ketika ini menjadi antara tonggak penting buat skuad KDN FC.
Hakimi teruja dapat kembali beraksi dan sedang dalam usaha untuk mendapatkan semula keyakinannya di atas padang. Dia mahu lebih fokus dan bersungguh-sungguh ketika sesi latihan untuk meningkatkan lagi prestasi seterusnya memburu lebih banyak minit permainan.
"Pertamanya alhamdulilah, terima kasih kepada Terengganu FC kerana meminjamkan saya ke Kelantan Darul Naim. Selepas 11 bulan cedera, kini saya berusaha untuk mendapat tempat dan mencari minit permainan. Dengan usaha ini, alhamdulilah saya berjaya menjaringkan gol pertama musim ini bersama Kelantan Darul Naim."
"Saya bergelut dengan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) hampir 11 bulan, jadi nak dapatkan rentak dan keserasian itu agak sukar. Masa aksi pertama bersama KDN FC ketika menentang Johor Darul Ta'zim, keserasian itu masih kurang namun selepas itu alhamdulilah sedikit demi sedikit mula mendapat rentak bersama pasukan."
Dalam pada itu, menjelang aksi seterusnya KDN FC berdepan Kuala Lumpur City pada Jumaat, 18 Oktober 2024, Hakimi menyifatkan dua tonggak pasukan lawan, Haqimi Azim dan Paulo Josue antara pemain yang perlu diawasi.
"Untuk perlawanan akan datang, saya melihat KL City FC mempunyai beberapa pemain yang berbahaya seperti Haqimi Azim dan Paulo Josue. Mereka antara pemain Harimau Malaya dan kami perlu berjaga-jaga," ujar Hakimi.
Selepas mengharungi 11 perlawanan, KDN FC kini menghuni kedudukan ke-12 dalam saingan Liga Super 2024-2025.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |