KEMASKINI JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2024-2025
MFL hari ini mengumumkan tarikh perlawanan Liga Super 2024-2025 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ditunda sebelum ini ke tarikh baharu iaitu pada 10 November 2024, jam 5 petang.
Perlawanan minggu 9 Liga Super tersebut sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober 2024 namun terpaksa ditangguhkan oleh Komisioner Perlawanan susulan keadaan padang di Stadium Perak, Ipoh yang tidak sesuai digunakan akibat hujan lebat yang turun sebelum sepak mula jam 8:15 malam.
Penetapan tarikh baharu perlawanan itu juga menyebabkan tarikh pusingan 16 TM Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 8-10 November 2024 dan 22-24 November 2024 ditukar ke tarikh lain.
Jadual Pusingan 16 TM Piala Malaysia ini diubah kerana perlu menunggu aksi tertunda antara Perak FC menentang JDT ini yang akan berlangsung pada 10 November 2024 bagi melengkapkan kedudukan Liga Super selepas minggu 13 perlawanan bagi menjalankan Undian TM Piala Malaysia.
Justeru, tarikh baharu bagi perlawanan pertama Pusingan 16 TM Piala Malaysia akan bermula pada 20 November - 24 November 2024 manakala perlawanan kedua Pusingan 16 pula berlangsung pada 29 November - 1 Disember 2024.
Dengan tarikh baharu yang ditetapkan itu turut menyaksikan perlawanan minggu 16 Liga Super yang sepatutnya bermula pada 29 November 2024 akan dipinda ke bulan Disember yang mana baki jadual penuh Liga Super 2024-2025 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Malaysian Football League (MFL) juga telah mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2024-2025 melibatkan beberapa perlawanan yang lain. Pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat.
i) Perlawanan LS13 antara Kuching City FC dan Negeri Sembilan FC.
Tarikh Asal: 18 Oktober 2024, Jumaat
Tarikh Baharu: 20 Oktober 2024, Ahad
Waktu Sepak Mula Asal: 8:15 malam
Waktu Sepak Mula Baharu: 7:30 malam
Pindaan ini dibuat kerana ketidaksediaan venue.
ii) Perlawanan LS13 antara Kelantan Darul Naim FC dan Kuala Lumpur City FC.
Waktu Sepak Mula Asal: 5:15 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
Venue Asal: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Venue Baharu: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Pindaan ini dibuat kerana Stadium Sultan Muhammad ke-IV masih terlibat dengan proses kerja naik taraf padang. Kelantan Darul Naim FC akan kekal menjadi Pasukan Tuan Rumah bagi perlawanan ini.
iii) Perlawanan LS13 antara PDRM FC dan Selangor FC.
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
iv) Perlawanan LS13 antara Perak FC dan Sabah FC.
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 5:00 petang
Kemaskini adalah disebabkan lampu limpah Stadium Majlis Perbandaran Manjung di bawah tahap pencahayaan yang ditetapkan.
Muat turun jadual Liga Super dalam bentuk PDF di bawah:-
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/Jadual-Liga-Super-2024-25-LS13-LS16-09102024-Pusingan-2-v21.pdf
See TranslationPerlawanan minggu 9 Liga Super tersebut sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober 2024 namun terpaksa ditangguhkan oleh Komisioner Perlawanan susulan keadaan padang di Stadium Perak, Ipoh yang tidak sesuai digunakan akibat hujan lebat yang turun sebelum sepak mula jam 8:15 malam.
Penetapan tarikh baharu perlawanan itu juga menyebabkan tarikh pusingan 16 TM Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 8-10 November 2024 dan 22-24 November 2024 ditukar ke tarikh lain.
Jadual Pusingan 16 TM Piala Malaysia ini diubah kerana perlu menunggu aksi tertunda antara Perak FC menentang JDT ini yang akan berlangsung pada 10 November 2024 bagi melengkapkan kedudukan Liga Super selepas minggu 13 perlawanan bagi menjalankan Undian TM Piala Malaysia.
Justeru, tarikh baharu bagi perlawanan pertama Pusingan 16 TM Piala Malaysia akan bermula pada 20 November - 24 November 2024 manakala perlawanan kedua Pusingan 16 pula berlangsung pada 29 November - 1 Disember 2024.
Dengan tarikh baharu yang ditetapkan itu turut menyaksikan perlawanan minggu 16 Liga Super yang sepatutnya bermula pada 29 November 2024 akan dipinda ke bulan Disember yang mana baki jadual penuh Liga Super 2024-2025 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Malaysian Football League (MFL) juga telah mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2024-2025 melibatkan beberapa perlawanan yang lain. Pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat.
i) Perlawanan LS13 antara Kuching City FC dan Negeri Sembilan FC.
Tarikh Asal: 18 Oktober 2024, Jumaat
Tarikh Baharu: 20 Oktober 2024, Ahad
Waktu Sepak Mula Asal: 8:15 malam
Waktu Sepak Mula Baharu: 7:30 malam
Pindaan ini dibuat kerana ketidaksediaan venue.
ii) Perlawanan LS13 antara Kelantan Darul Naim FC dan Kuala Lumpur City FC.
Waktu Sepak Mula Asal: 5:15 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
Venue Asal: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Venue Baharu: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Pindaan ini dibuat kerana Stadium Sultan Muhammad ke-IV masih terlibat dengan proses kerja naik taraf padang. Kelantan Darul Naim FC akan kekal menjadi Pasukan Tuan Rumah bagi perlawanan ini.
iii) Perlawanan LS13 antara PDRM FC dan Selangor FC.
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 9 malam
iv) Perlawanan LS13 antara Perak FC dan Sabah FC.
Waktu Sepak Mula Asal: 5:30 petang
Waktu Sepak Mula Baharu: 5:00 petang
Kemaskini adalah disebabkan lampu limpah Stadium Majlis Perbandaran Manjung di bawah tahap pencahayaan yang ditetapkan.
Muat turun jadual Liga Super dalam bentuk PDF di bawah:-
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/Jadual-Liga-Super-2024-25-LS13-LS16-09102024-Pusingan-2-v21.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |