PEMAKLUMAN JADUAL LIGA SUPER 2024-2025
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan jadual Liga Super 2024-2025 bagi bulan Oktober dan November melibatkan perlawanan minggu 14 sehingga minggu 16 (LS14-LS16) yang akan bermula pada 25 Oktober 2024 sehingga 30 November.
Jadual perlawanan bagi bulan Oktober dan November ini dikeluarkan terlebih dahulu bagi membolehkan kelab-kelab Liga Malaysia membuat persiapan awal khususnya melibatkan aspek logistik pasukan.
Malah pengumuman jadual perlawanan dalam tempoh dua bulan itu juga memberi ruang kepada MFL untuk menilai dan mengkaji susunan jadual terbaik dalam tempoh pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 berlangsung iaitu pada tarikh 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.
Pada mulanya, MFL mendapat makluman pada 14 November 2023 daripada pihak penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bahawa tarikh asal Piala AFF adalah pada 23 November 2024 sehingga 21 Disember 2024 sebelum kemudiannya diubah kepada tarikh baharu iaitu 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.
MFL hanya menerima makluman berkenaan perubahan tarikh tersebut daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 28 Ogos 2024 lalu yang secara tidak langsung menjejaskan perancangan awal kalendar Liga Malaysia pada bulan Disember di mana pihak MFL terpaksa merangka kembali jadual berkenaan.
Justeru, MFL masih meneliti solusi terbaik untuk mengimbangi jadual yang lebih tersusun bagi memberi ruang terutamanya kepada dua kelab iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berentap di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 dan Selangor yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2024/25 bagi persediaan lebih baik.
Ini juga turut melibatkan dua wakil Asean Club Championship (ACC) iaitu Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang akan meneruskan cabaran di peringkat kumpulan pada bulan Januari 2025 dan Februari 2025.
Selain menjaga kepentingan kelab yang terlibat dalam anjuran AFC dan AFF, MFL juga sedang berbincang bersama FAM untuk mencari solusi bersesuaian dengan kelab Liga Malaysia dalam tempoh Piala AFF berlangsung pada Disember ini.
Walau bagaimanapun, baki jadual Liga Malaysia musim 2024-2025 akan diumumkan oleh MFL dalam masa terdekat.
Muat turun untuk versi Bahasa Ingeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/MFL-ANNOUNCE-2024-25-SUPER-LEAGUE-SCHEDULE-OCTOBER-AND-NOVEMBER.pdf
Muat turun jadual Liga Super terkini
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/Jadual-Liga-Super-2024-25-LS14-LS16-01102024-Pusingan-2.pdf
See TranslationJadual perlawanan bagi bulan Oktober dan November ini dikeluarkan terlebih dahulu bagi membolehkan kelab-kelab Liga Malaysia membuat persiapan awal khususnya melibatkan aspek logistik pasukan.
Malah pengumuman jadual perlawanan dalam tempoh dua bulan itu juga memberi ruang kepada MFL untuk menilai dan mengkaji susunan jadual terbaik dalam tempoh pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 berlangsung iaitu pada tarikh 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.
Pada mulanya, MFL mendapat makluman pada 14 November 2023 daripada pihak penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bahawa tarikh asal Piala AFF adalah pada 23 November 2024 sehingga 21 Disember 2024 sebelum kemudiannya diubah kepada tarikh baharu iaitu 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.
MFL hanya menerima makluman berkenaan perubahan tarikh tersebut daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 28 Ogos 2024 lalu yang secara tidak langsung menjejaskan perancangan awal kalendar Liga Malaysia pada bulan Disember di mana pihak MFL terpaksa merangka kembali jadual berkenaan.
Justeru, MFL masih meneliti solusi terbaik untuk mengimbangi jadual yang lebih tersusun bagi memberi ruang terutamanya kepada dua kelab iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berentap di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 dan Selangor yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2024/25 bagi persediaan lebih baik.
Ini juga turut melibatkan dua wakil Asean Club Championship (ACC) iaitu Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang akan meneruskan cabaran di peringkat kumpulan pada bulan Januari 2025 dan Februari 2025.
Selain menjaga kepentingan kelab yang terlibat dalam anjuran AFC dan AFF, MFL juga sedang berbincang bersama FAM untuk mencari solusi bersesuaian dengan kelab Liga Malaysia dalam tempoh Piala AFF berlangsung pada Disember ini.
Walau bagaimanapun, baki jadual Liga Malaysia musim 2024-2025 akan diumumkan oleh MFL dalam masa terdekat.
Muat turun untuk versi Bahasa Ingeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/MFL-ANNOUNCE-2024-25-SUPER-LEAGUE-SCHEDULE-OCTOBER-AND-NOVEMBER.pdf
Muat turun jadual Liga Super terkini
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/10/Jadual-Liga-Super-2024-25-LS14-LS16-01102024-Pusingan-2.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |