“Kita sepatutnya beraksi lebih baik”
Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Ab Aziz mengakui kecewa dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya apabila pasukan tewas kali ketiga berturut-turut untuk kini menduduki di tangga kedua tercorot Liga Super 2024-2025.
Negeri Sembilan kalah 1-2 kepada PDRM FC semalam dalam aksi Liga Super menyaksikan pasukan itu kini sekadar mencatat 3 mata sahaja selepas tujuh perlawanan setakat ini.
Nyata, keputusan itu tidak menggembirakan Azzmi dan menyifatkan kesilapan individu menghukum pasukan meskipun mereka beraksi lebih baik pada separuh masa pertama.
Tetapi, untuk berada di kedudukan kedua tercorot sudah tentu bukan yang diinginkan beliau selain berharap penambahbaikan drastik dapat dilakukan sebelum berdepan Kedah Darul Aman FC, Sabtu depan.
“Separuh masa pertama kita bermain dengan lebih baik tetapi selepas itu pemain-pemain banyak hilang fokus.
“Jadi bila tak fokus, pasukan lawan akan ambil kesempatan atas kesilapan diri sendiri, banyak lagi yang kena diperbaiki.
“Tetapi saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, dan kena terima kekurangan yang ada dalam pasukan sekarang.
“Saya ambil tanggungjawab ini dan berharap kita akan lebih baik untuk perlawanan akan datang”, jelasnya.
Apa pun, Azzmi berharap sokongan terus diberikan kepada kelab ini pada saat mereka sedang bergelut dengan prestasi sambil mengharapkan keputusan yang lebih positif dapat diraih.
“Saya mengaku kekalahan demi kekalahan bukan mudah dan ini juga satu pengajaran untuk saya.
“Tetapi saya percaya kepada peningkatan yang akan berlaku selepas tewas dan harap pemain dapat kekal fokus untuk aksi lawan Kedah, Sabtu ini”, tambahnya.
See TranslationNegeri Sembilan kalah 1-2 kepada PDRM FC semalam dalam aksi Liga Super menyaksikan pasukan itu kini sekadar mencatat 3 mata sahaja selepas tujuh perlawanan setakat ini.
Nyata, keputusan itu tidak menggembirakan Azzmi dan menyifatkan kesilapan individu menghukum pasukan meskipun mereka beraksi lebih baik pada separuh masa pertama.
Tetapi, untuk berada di kedudukan kedua tercorot sudah tentu bukan yang diinginkan beliau selain berharap penambahbaikan drastik dapat dilakukan sebelum berdepan Kedah Darul Aman FC, Sabtu depan.
“Separuh masa pertama kita bermain dengan lebih baik tetapi selepas itu pemain-pemain banyak hilang fokus.
“Jadi bila tak fokus, pasukan lawan akan ambil kesempatan atas kesilapan diri sendiri, banyak lagi yang kena diperbaiki.
“Tetapi saya tidak mahu menyalahkan sesiapa, dan kena terima kekurangan yang ada dalam pasukan sekarang.
“Saya ambil tanggungjawab ini dan berharap kita akan lebih baik untuk perlawanan akan datang”, jelasnya.
Apa pun, Azzmi berharap sokongan terus diberikan kepada kelab ini pada saat mereka sedang bergelut dengan prestasi sambil mengharapkan keputusan yang lebih positif dapat diraih.
“Saya mengaku kekalahan demi kekalahan bukan mudah dan ini juga satu pengajaran untuk saya.
“Tetapi saya percaya kepada peningkatan yang akan berlaku selepas tewas dan harap pemain dapat kekal fokus untuk aksi lawan Kedah, Sabtu ini”, tambahnya.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |