KUCHING CITY FC ENGGAN TERCICIR MATA BERDEPAN PENANG FC
Pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier menyifatkan masih terlalu awal untuk berpuas hati dengan pencapaian yang diraih pasukan meskipun kini cemerlang tanpa tewas dalam empat perlawanan terdahulu Liga Super 2024-2025.
Selepas tujuh aksi Liga Super setakat ini, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak hanya tewas sekali dan kini dalam momentum terbaik untuk terus mendapatkan keputusan positif dalam aksi berdepan Penang FC, Ahad ini.
Walaubagaimanapun, Danial merasakan dia dan rakan sepasukan tidak pernah selesa dengan kedudukan ketika ini sebaliknya mereka tetap berwaspada dengan setiap pasukan lawan agar tidak lagi tercicir mata.
“Kami sentiasa fokus perlawanan demi perlawanan dan tidak mahu terlalu tertekan, jadi kami cuba untuk lebih fokus terutamanya apabila melibatkan aksi di laman sendiri untuk dapatkan tiga mata.
“Kita pun tahu musim ini, Kuching City banyak buat perubahan pemain, jadi selepas beberapa perlawanan ini, kami sebenarnya masih lagi dalam proses untuk mencari keserasian.
“Dan hari demi hari, semuanya bertambah baik dan boleh nampak menerusi keputusan positif yang kami peroleh dalam beberapa perlawanan terdahulu.
“Jadi untuk aksi lawan Penang ini, kita tidak ambil mudah sebab jurang mata pun tidak terlalu jauh dan apa sahaja boleh berlaku”, jelasnya.
Dalam masa sama, Danial yang dipinjamkan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi oleh Aidil Sharin apabila kini diberi sandaran utama untuk bantu pasukan.
Baginya, jurulatih yang berasal dari Singapura itu banyak membantu para pemain untuk terus memperbaiki prestasi diri setiap kali perlawanan.
“Untuk saya sendiri, peluang yang ada ini saya akan gunakan betul-betul untuk mendapatkan minit permainan dan momentum perlawanan yang lebih baik.
“Ini pun kali pertama saya di bawah bimbingan beliau (Aidil Sharin), dan beliau seorang jurulatih yang sangat positif dan tidak terlampau beri tekanan kepada pemain, sentiasa beri motivasi kepada kami.
“Jadi, saya akan cuba balas kepercayaan diberi untuk terus membantu pasukan ini di tahap lebih baik”, katanya.
See TranslationSelepas tujuh aksi Liga Super setakat ini, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak hanya tewas sekali dan kini dalam momentum terbaik untuk terus mendapatkan keputusan positif dalam aksi berdepan Penang FC, Ahad ini.
Walaubagaimanapun, Danial merasakan dia dan rakan sepasukan tidak pernah selesa dengan kedudukan ketika ini sebaliknya mereka tetap berwaspada dengan setiap pasukan lawan agar tidak lagi tercicir mata.
“Kami sentiasa fokus perlawanan demi perlawanan dan tidak mahu terlalu tertekan, jadi kami cuba untuk lebih fokus terutamanya apabila melibatkan aksi di laman sendiri untuk dapatkan tiga mata.
“Kita pun tahu musim ini, Kuching City banyak buat perubahan pemain, jadi selepas beberapa perlawanan ini, kami sebenarnya masih lagi dalam proses untuk mencari keserasian.
“Dan hari demi hari, semuanya bertambah baik dan boleh nampak menerusi keputusan positif yang kami peroleh dalam beberapa perlawanan terdahulu.
“Jadi untuk aksi lawan Penang ini, kita tidak ambil mudah sebab jurang mata pun tidak terlalu jauh dan apa sahaja boleh berlaku”, jelasnya.
Dalam masa sama, Danial yang dipinjamkan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi oleh Aidil Sharin apabila kini diberi sandaran utama untuk bantu pasukan.
Baginya, jurulatih yang berasal dari Singapura itu banyak membantu para pemain untuk terus memperbaiki prestasi diri setiap kali perlawanan.
“Untuk saya sendiri, peluang yang ada ini saya akan gunakan betul-betul untuk mendapatkan minit permainan dan momentum perlawanan yang lebih baik.
“Ini pun kali pertama saya di bawah bimbingan beliau (Aidil Sharin), dan beliau seorang jurulatih yang sangat positif dan tidak terlampau beri tekanan kepada pemain, sentiasa beri motivasi kepada kami.
“Jadi, saya akan cuba balas kepercayaan diberi untuk terus membantu pasukan ini di tahap lebih baik”, katanya.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |