KIM SWEE MAHU KHIDMAT PENYERANG BAHARU
Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata bimbang dengan ketumpulan penyudah pasukan itu apabila beberapa tonggak utama serangan “The Rhinos” terpaksa diketepikan selepas dihimpit kecederaan untuk musim ini.
Pengendali berusia 53 tahun itu menjelaskan, amat penting untuk pasukan itu membawa masuk seorang pemain baharu di jendela perpindahan yang akan datang bagi memperkuatkan barisan serangan pasukannya itu nanti.
Tambahnya lagi, semenjak ketiadaan Ramon Machado dan kecederaan yang membelenggu Darren Lok dan Saddil Ramdani, pasukannya agak bergelut setelah ketiadaan penyerang yang mampu mencipta peluang dan jaringan dengan lebih efektif.
“Ya kita kehilangan Ramon, dan dalam masa yang sama Darren dan Saddil masih mengalami kecederaan dan sudah tentu ini akan menyukarkan barisan penyudah.”
“Saya berharap pada musim perpindahan nanti, kita mampu melakukan sesuatu di mana kita inginkan penyerang yang boleh membantu kita,” kata Kim Swee.
Jelasnya, khidmat penyerang yang baharu amat diperlukan bagi memastikan Sabah mampu mempamerkan aksi yang konsisten sehingga penghujung musim nanti.
Kim Swee dalam satu tembual juga berharap, penyerang simpanan seperti Muhammad Jafri Chew, Harith Naem Jaineh, S. Kumaahran, Azhad Harraz Arman dan Muhammad Farhan Roslan dapat mengunakan peluang untuk beraksi dengan lebih baik dan membuktikan kredibiliti di atas padang.
Sabah berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Daniel Ting dan Jafri Chew.
Kemenangan itu juga meletakkan Sabah di tangga ke-3 dalam carta Liga Super dengan 12 mata selepas lima perlawanan.
See TranslationPengendali berusia 53 tahun itu menjelaskan, amat penting untuk pasukan itu membawa masuk seorang pemain baharu di jendela perpindahan yang akan datang bagi memperkuatkan barisan serangan pasukannya itu nanti.
Tambahnya lagi, semenjak ketiadaan Ramon Machado dan kecederaan yang membelenggu Darren Lok dan Saddil Ramdani, pasukannya agak bergelut setelah ketiadaan penyerang yang mampu mencipta peluang dan jaringan dengan lebih efektif.
“Ya kita kehilangan Ramon, dan dalam masa yang sama Darren dan Saddil masih mengalami kecederaan dan sudah tentu ini akan menyukarkan barisan penyudah.”
“Saya berharap pada musim perpindahan nanti, kita mampu melakukan sesuatu di mana kita inginkan penyerang yang boleh membantu kita,” kata Kim Swee.
Jelasnya, khidmat penyerang yang baharu amat diperlukan bagi memastikan Sabah mampu mempamerkan aksi yang konsisten sehingga penghujung musim nanti.
Kim Swee dalam satu tembual juga berharap, penyerang simpanan seperti Muhammad Jafri Chew, Harith Naem Jaineh, S. Kumaahran, Azhad Harraz Arman dan Muhammad Farhan Roslan dapat mengunakan peluang untuk beraksi dengan lebih baik dan membuktikan kredibiliti di atas padang.
Sabah berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Daniel Ting dan Jafri Chew.
Kemenangan itu juga meletakkan Sabah di tangga ke-3 dalam carta Liga Super dengan 12 mata selepas lima perlawanan.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |