JDT, SABAH TERUS CEMERLANG
Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sabah FC berjaya mengekalkan rentak kemenangan 100 peratus selepas meraih tiga lagi mata pada minggu ke-3 Liga Super.
Paling mencuri tumpuan ialah kehebatan juara bertahan, JDT yang meraih kemenangan besar, 7-0, menumpaskan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala Sabah FC dipaksa bekerja keras oleh Kuching City FC, sebelum menang 2-1 di Stadium Negeri, Kuching.
Bagi ketua jurulatih JDT, Esteban Solari, dia bukan sekadar berpuas hati dengan keputusan tetapi pemain-pemainnya berjaya menunjukkan keinginan yang tinggi untuk menang.
"Sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini selain sikap pemain sejak minit pertama yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa berikan terbaik sepanjang perlawanan.
"Bukan mudah hendak lawan Negeri Sembilan kerana mereka bertahan dengan baik di separuh masa pertama dan ada ramai pemain yang berkualiti.
"Namun pemain tahu kemenangan pada perlawanan ini sangat penting kepada pasukan dan kerjasama sesama mereka begitu baik yang menjadi kunci kepada persembahan cemerlang pasukan," katanya.
Dalam masa sama, Solari turut mengesahkan Leandro Velazquez mengalami kecederaan dengan terdapat koyakan di bawah lutut selain belum pasti Bergson da Silva mampu diturunkan untuk perlawanan akan datang.
"Leandro alami kecederaan koyak di bahagian bawah lutut dan saya tidak tahu berapa lama dia perlu berehat, harap tidak lama kerana dia pemain yang penting kepada pasukan.
"Dia sudah mendapat rentak selepas alami kecederaan kecil semasa persiapan pra-musim, begitu juga Bergson, dia pemain yang penting namun pemain lain berjaya memainkan peranan, jadi saya gembira untuk mereka semua.
"Sukar untuk saya katakan Bergson boleh kembali apabila bertemu Kelantan namun saya tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu pemain berada di tahap 100 peratus bersedia dan kami masih ada pemain lain yang boleh disandarkan," katanya.
Dalam perlawanan itu, Fernando Forestieri dan La’vere Corbin-Ong, masing-masing meledak dua jaringan manakala Diogo Luis Santo, Arif Aiman Hanapi dan Endrick dos Santos, menyumbangkan satu gol.
Manakala ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, akui faktor padang membantutkan corak persembahan kedua-dua pasukan setelah cuaca hujan melanda bandaraya Kuching, beberapa hari lalu.
Jelasnya, Kuching City telah menunjukkan semangat juang yang tinggi setelah tewas kepada Selangor di laman sendiri pada minggu lalu.
"Satu perlawanan yang bukan mudah kerana hujan turun tanpa henti sebelum perlawanan dan jika lihat persembahan kedua-dua pasukan, banyak hantaran jauh terpaksa dilakukan antara satu sama lain.
"Perlawanan ini membuktikan kesungguhan serta keinginan kedua-dua pasukan termasuk Kuching yang tampil penuh agresif dan penuh komitmen setelah tewas 0-5 kepada Selangor," katanya.
Telmo Castanheira muncul wira pelawat apabila jaringannya pada minit 58 memastikan Sabah meraih tiga mata penuh setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila jaringan pendahuluan dari Saddil Ramdani disamakan penyerang Kuching City, Abu Kamara.
See TranslationPaling mencuri tumpuan ialah kehebatan juara bertahan, JDT yang meraih kemenangan besar, 7-0, menumpaskan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala Sabah FC dipaksa bekerja keras oleh Kuching City FC, sebelum menang 2-1 di Stadium Negeri, Kuching.
Bagi ketua jurulatih JDT, Esteban Solari, dia bukan sekadar berpuas hati dengan keputusan tetapi pemain-pemainnya berjaya menunjukkan keinginan yang tinggi untuk menang.
"Sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini selain sikap pemain sejak minit pertama yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa berikan terbaik sepanjang perlawanan.
"Bukan mudah hendak lawan Negeri Sembilan kerana mereka bertahan dengan baik di separuh masa pertama dan ada ramai pemain yang berkualiti.
"Namun pemain tahu kemenangan pada perlawanan ini sangat penting kepada pasukan dan kerjasama sesama mereka begitu baik yang menjadi kunci kepada persembahan cemerlang pasukan," katanya.
Dalam masa sama, Solari turut mengesahkan Leandro Velazquez mengalami kecederaan dengan terdapat koyakan di bawah lutut selain belum pasti Bergson da Silva mampu diturunkan untuk perlawanan akan datang.
"Leandro alami kecederaan koyak di bahagian bawah lutut dan saya tidak tahu berapa lama dia perlu berehat, harap tidak lama kerana dia pemain yang penting kepada pasukan.
"Dia sudah mendapat rentak selepas alami kecederaan kecil semasa persiapan pra-musim, begitu juga Bergson, dia pemain yang penting namun pemain lain berjaya memainkan peranan, jadi saya gembira untuk mereka semua.
"Sukar untuk saya katakan Bergson boleh kembali apabila bertemu Kelantan namun saya tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu pemain berada di tahap 100 peratus bersedia dan kami masih ada pemain lain yang boleh disandarkan," katanya.
Dalam perlawanan itu, Fernando Forestieri dan La’vere Corbin-Ong, masing-masing meledak dua jaringan manakala Diogo Luis Santo, Arif Aiman Hanapi dan Endrick dos Santos, menyumbangkan satu gol.
Manakala ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, akui faktor padang membantutkan corak persembahan kedua-dua pasukan setelah cuaca hujan melanda bandaraya Kuching, beberapa hari lalu.
Jelasnya, Kuching City telah menunjukkan semangat juang yang tinggi setelah tewas kepada Selangor di laman sendiri pada minggu lalu.
"Satu perlawanan yang bukan mudah kerana hujan turun tanpa henti sebelum perlawanan dan jika lihat persembahan kedua-dua pasukan, banyak hantaran jauh terpaksa dilakukan antara satu sama lain.
"Perlawanan ini membuktikan kesungguhan serta keinginan kedua-dua pasukan termasuk Kuching yang tampil penuh agresif dan penuh komitmen setelah tewas 0-5 kepada Selangor," katanya.
Telmo Castanheira muncul wira pelawat apabila jaringannya pada minit 58 memastikan Sabah meraih tiga mata penuh setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila jaringan pendahuluan dari Saddil Ramdani disamakan penyerang Kuching City, Abu Kamara.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |