BUKIT TAMBUN SEDIA BUAT KEJUTAN, NEGERI SEMBILAN TETAP REALISTIK
Ketua Jurulatih Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Daud yakin anak buahnya berpeluang untuk melakukan kejutan menjelang pertemuan menentang Kedah Darul Aman FC dalam saingan Pusingan 16 Piala FA nanti.
Bukit Tambun FC yang merupakan pasukan dari Liga A1 Semi Pro diundi bertemu pasukan Kedah di pusingan 16 yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Bagi Hasbul, beliau secara peribadi menghormati reputasi Kedah yang dilihat sebagai sebuah pasukan gergasi yang sangat berpengalaman dalam kejohanan besar seperti ini.
Walaubagaimanapun, beliau turut yakin dengan kebolehan yang ada pada anak buahnya dan tidak terkejut jika mampu melakukan kejutan dalam pertemuan itu.
“Kita tahu siapa Kedah dan bagaimana kedudukan Kedah di Liga Super, dan pengalaman dalam kejohanan ini sendiri, sememangnya ia satu lawan yang sangat kuat bagi kami,” jelas Hasbul.
“Namun, saya ada pemain yang cukup bersemangat dan bersedia untuk membuktikan sesuatu walaupun seperti mana orang cakap pasukan M3 adalah pasukan kerdil dan baharu, kami cukup bersedia untuk mengharungi perlawanan ini” tambahnya lagi.
Hasbul juga menyatakan bahawa Bukit Tambun FC adalah pasukan yang berbeza dengan edisi Piala FA 2022 dimana dalam musim ini, pasukan ini juga dibarisi pemain yang berkualiti seperti bekas kapten pasukan Penang FC, Abdul Qayyum Jabrullah dan Muhammad Rafiuddin Roddin.
“Tapi untuk musim ini, pasukan ini juga dibarisi pemain yang lebih berpengalaman seperti kita mempunyai bekas kapten pasukan Penang FC dan beberapa orang juga untuk bahagian serangan, kita yakin mampu berikan cabaran yang lebih kepada Kedah,”katanya.
Dalam satu lagi undian, pasukan kendalian Azzmi Ab Aziz akan bertandang ke Stadium Kelana Jaya selepas pasukan Negeri Sembilan FC akan bertemu dengan Selangor FC dalam pusingan kalah mati ini.
Menurut Azzmi yang merupakan Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC, beliau sedar cabaran yang akan diterima oleh pasukannya memandangkan Selangor adalah pasukan yang mempunyai kualiti dan persiapan yang lebih baik.
Tambahnya lagi, permulaan musim ini adalah sesuatu yang cukup mencabar bagi pasukannya memandangkan perlawanan minggu kedua dan ketiga Liga Super adalah menentang Johor Darul Ta’zim dan Selangor.
“Macam yang saya katakan, selepas pertemuan dengan JDT kita akan bertemu Selangor dan untuk Piala FA kita akan berjumpa Selangor lagi, dan para pemain sedar tugas berat menanti mereka,” tambah Azzmi.
Azzmi berkata, beliau tetap yakin dan percaya dengan kemampuan anak buahnya dan selalu realistik dalam menetapkan sesuatu sasaran selepas melihat kemampuan yang ada pada pasukannya.
Kredit gambar Bukit Tambun FC
See TranslationBukit Tambun FC yang merupakan pasukan dari Liga A1 Semi Pro diundi bertemu pasukan Kedah di pusingan 16 yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |