This content has been blocked for violating our Community Guidelines.
PERTEMBUNGAN SUKAR DIJANGKA MENANTI KELAB DI PUSINGAN 16 PIALA FA 2024-2025
Undian Piala FA 2024-2025 yang berlangsung pada Khamis menyaksikan sebanyak 16 pasukan akan bersaing untuk kejohanan yang diadakan dalam edisi ke-33 itu.
Selain penyertaan daripada 13 pasukan Liga Super, sebanyak tiga pasukan dari Liga A1 Semi Pro iaitu Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC dan Malaysian University FT akan turut membuat penampilan dalam kejohanan Piala FA kali ini.
Undian melibatkan kedudukan pasukan untuk pusingan 16 sahaja melibatkan 5 kelab terbawah Liga Super 2023 (Negeri Sembilan FC, Penang FC, Perak FC, Kelantan Darul Naim FC dan Kuching City FC) serta tiga pasukan Liga A1 Semi Pro yang telah dinamakan oleh Amateur Football League (AFL) dan diluluskan oleh Malaysian Football League (MFL) untuk beraksi selaku pasukan pelawat bertemu 8 kelab ‘seeded’ iaitu pasukan yang berada di ranking 1 hingga 8 Liga Super 2023.
8 kelab ‘seeded’ tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Kedah Darul Aman FC , Sri Pahang FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC yang akan turun selaku pasukan tuan rumah.
Majlis cabutan undian yang telah dilaksanakan oleh dua bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak dan S.Subaramaniam itu memperlihatkan beberapa pertembungan menarik dan sukar dijangka bakal berlaku.
Antara yang mencuri tumpuan sudah tentu misi JDT untuk mempertahankan kejuaraan apabila akan menerima kunjungan Kelantan Darul Naim FC di Stadium Sultan Ibrahim pada pusingan 16 ini.
Meskipun di atas kertas, JDT selaku juara tiga kali Piala FA menjadi pasukan pilihan namun Kelantan Darul Naim yang dijenamakan semula pada musim ini dilihat bakal hadir dengan pelbagai kejutan untuk cuba memberi tentangan.
Undian menarik lain adalah perlawanan antara Terengganu FC dan Perak FC yang mana kedua-dua kelab ini masing-masing pernah menjuarai kejohanan Piala FA sebanyak dua kali.
Sudah pasti, pertembungan yang sama bakal kita saksikan ketika aksi final Piala Malaysia 2018 yang memperlihatkan perlawanan epik antara dua pasukan gergasi ini.
Selain itu, Negeri Sembilan FC juga dilihat akan berdepan perlawanan sengit apabila diundi berdepan Selangor FC dan sudah tentu misi Selangor lebih besar kali ini untuk cuba mara ke final selepas terkandas di separuh akhir musim lalu.
Keputusan undian lain menyaksikan Sri Pahang FC bertemu Penang FC, Kedah Darul Aman FC menentang Bukit Tambun FC, PDRM FC menanti kunjungan Malaysian University FT, finalis tahun lalu Kuala Lumpur City FC pula berdepan Kuching City FC manakala Sabah FC akan membuat perhitungan dengan Kuala Lumpur Rovers FC.
Setelah 33 edisi Piala FA dijalankan, Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC kekal selaku juara paling banyak iaitu sebanyak lima kali diikuti JDT, Sri Pahang serta Kuala Lumpur City iaitu tiga kali.
Selain itu Perak FC, Kelantan FC, Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC telah memenanginya sebanyak dua kali.
Sementara Sabah FC, Sarawak FC, Penang FC, Johor dan LionsXII pula masing-masing pernah muncul juara sebanyak satu kali.
Perlawanan pusingan 16 Piala FA 2024-2025 akan bermula pada 13 Jun 2024 dengan aksi final akan berlangsung pada Ogos 2024.
See TranslationSelain penyertaan daripada 13 pasukan Liga Super, sebanyak tiga pasukan dari Liga A1 Semi Pro iaitu Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC dan Malaysian University FT akan turut membuat penampilan dalam kejohanan Piala FA kali ini.

All 0
Most Relevant 
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |