KEDAH DARUL AMAN FC BERJAYA SELESAIKAN BAYARAN TUNGGAKAN GAJI TAHUN 2023
Badan bebas, First Instance Body (FIB) hari ini mengesahkan bahawa kelab Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah berjaya menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tahun 2023 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 20 April 2024 jam 5.00 petang.
Berdasarkan surat bertarikh 18 April 2024 serta dokumen pembayaran yang telah diserahkan kepada MFL yang kemudiannya disemak oleh FIB, KDA FC telah berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai Liga Super, pasukan bawah 23 tahun, bawah 20 tahun dan bawah 18 tahun.
Bagaimanapun terdapat dua pemain yang masih belum mendapat bayaran berikutan kes masih dalam perbicaraan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) iaitu Lee Andrew Tuck dan Jonathan Boareto dos Reis.
Namun kesemua bayaran tunggakan seperti yang diarahkan oleh FIB telah berjaya diselesaikan oleh KDA FC bagi membolehkan KDA FC kekal mendapat Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.
FIB bagaimanapun mengekalkan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh akhir 30 Mac 2024 sebelum FIB memberi lanjutan masa sehingga 20 April 2024.
Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif
Pengerusi First Instance Body (FIB)
See TranslationBerdasarkan surat bertarikh 18 April 2024 serta dokumen pembayaran yang telah diserahkan kepada MFL yang kemudiannya disemak oleh FIB, KDA FC telah berjaya melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai Liga Super, pasukan bawah 23 tahun, bawah 20 tahun dan bawah 18 tahun.
Bagaimanapun terdapat dua pemain yang masih belum mendapat bayaran berikutan kes masih dalam perbicaraan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC) iaitu Lee Andrew Tuck dan Jonathan Boareto dos Reis.
Namun kesemua bayaran tunggakan seperti yang diarahkan oleh FIB telah berjaya diselesaikan oleh KDA FC bagi membolehkan KDA FC kekal mendapat Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.
FIB bagaimanapun mengekalkan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh akhir 30 Mac 2024 sebelum FIB memberi lanjutan masa sehingga 20 April 2024.
Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif
Pengerusi First Instance Body (FIB)
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |