IMPIAN RAMDHAN UNTUK BERSAMA PERAK FC
Penjaga gol baharu Perak FC, Ramdhan Ab Hamid mengakui hatinya berat meninggalkan pasukan PDRM FC sebelum akhirnya menerima tawaran untuk bersama Perak FC pada musim ini.
Pemain berusia 30 tahun ini dalam masa sama tidak menolak sudah menjadi impiannya untuk bersama sebuah kelab seperti Perak yang suatu ketika dahulu pernah meraih pelbagai pencapaian termasuk lapan kali bergelar juara Piala Malaysia.
Dan selepas setahun bersama PDRM FC, prestasi Ramdhan nyata tidak mengecewakan untuknya membantu pasukan itu menjuarai MFL Challenge Cup menewaskan Kuching City FC di aksi final.
Baginya, kelab itu telah berjaya untuk membantu dirinya kembali mencipta nama selepas bergelut untuk menembusi kesebelasan utama ketika bersama kelab terdahulu seperti Kedah Darul Aman FC dan Penang FC sebelum ini.
“Sejujurnya saya tidak terlintas sedikit pun akan bersama Perak pada musim ini dan sebelum Perak membuat tawaran, saya sudah ada terima dua tawaran lagi tetapi melalui telefon dan berbincang dalam panggilan telefon sahaja.
“Tetapi Perak lebih cepat serta terus memberi tawaran kepada saya dan bagi saya itu satu kejutan disaat saya sudah tidak terfikir langsung bersama pasukan lain sekaligus membuat saya berfikir panjang serta sukar untuk menolak tawaran tersebut.
“Sangat susah untuk saya buat keputusan meninggalkan PDRM yang banyak membantu saya untuk meletakkan saya di tahap ini dan berharap semoga saya dapat membantu Perak ke tahap lebih tinggi lagi”, jelasnya.
Sudah tentu ia juga bukan tugas yang mudah untuk pemain kelahiran Kelantan ini bagi memastikan dia dapat menjadi pilihan utama pengendali, Yusri Che Lah.
Bahkan, Ramdhan turut menganggap Yusri merupakan seorang individu yang sangat mementingkan disiplin pemain dan amat penting untuknya terus menampilkan prestasi terbaik ketika sesi latihan.
“Saya pernah di bawah kendalian Yusri pada musim 2018 tetapi waktu itu jodoh saya bersama Kelantan hanyalah separuh musim sahaja sebelum berhijrah ke Kedah.
“Jadi saya rasa tiada masalah untuk saya bekerja di bawah bimbingan beliau di mana bagi saya, beliau seorang yang sangat tegas.
“Beliau juga seorang jurulatih yang berjiwa besar dan disiplin pemain paling dititikberatkan”, tambahnya.
See TranslationPemain berusia 30 tahun ini dalam masa sama tidak menolak sudah menjadi impiannya untuk bersama sebuah kelab seperti Perak yang suatu ketika dahulu pernah meraih pelbagai pencapaian termasuk lapan kali bergelar juara Piala Malaysia.
Dan selepas setahun bersama PDRM FC, prestasi Ramdhan nyata tidak mengecewakan untuknya membantu pasukan itu menjuarai MFL Challenge Cup menewaskan Kuching City FC di aksi final.
Baginya, kelab itu telah berjaya untuk membantu dirinya kembali mencipta nama selepas bergelut untuk menembusi kesebelasan utama ketika bersama kelab terdahulu seperti Kedah Darul Aman FC dan Penang FC sebelum ini.
“Sejujurnya saya tidak terlintas sedikit pun akan bersama Perak pada musim ini dan sebelum Perak membuat tawaran, saya sudah ada terima dua tawaran lagi tetapi melalui telefon dan berbincang dalam panggilan telefon sahaja.
“Tetapi Perak lebih cepat serta terus memberi tawaran kepada saya dan bagi saya itu satu kejutan disaat saya sudah tidak terfikir langsung bersama pasukan lain sekaligus membuat saya berfikir panjang serta sukar untuk menolak tawaran tersebut.
“Sangat susah untuk saya buat keputusan meninggalkan PDRM yang banyak membantu saya untuk meletakkan saya di tahap ini dan berharap semoga saya dapat membantu Perak ke tahap lebih tinggi lagi”, jelasnya.
Sudah tentu ia juga bukan tugas yang mudah untuk pemain kelahiran Kelantan ini bagi memastikan dia dapat menjadi pilihan utama pengendali, Yusri Che Lah.
Bahkan, Ramdhan turut menganggap Yusri merupakan seorang individu yang sangat mementingkan disiplin pemain dan amat penting untuknya terus menampilkan prestasi terbaik ketika sesi latihan.
“Saya pernah di bawah kendalian Yusri pada musim 2018 tetapi waktu itu jodoh saya bersama Kelantan hanyalah separuh musim sahaja sebelum berhijrah ke Kedah.
“Jadi saya rasa tiada masalah untuk saya bekerja di bawah bimbingan beliau di mana bagi saya, beliau seorang yang sangat tegas.
“Beliau juga seorang jurulatih yang berjiwa besar dan disiplin pemain paling dititikberatkan”, tambahnya.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |