TMJ DAN KBS UMUM GERAN BAGI NAIK TARAF PADANG STADIUM LIGA MALAYSIA DI MESYUARAT PENGELOLAAN LIGA MA
Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025 selama dua hari bermula hari ini sebagai persiapan awal mengharungi saingan Liga Malaysia yang bakal bermula awal Mei depan.
Mesyuarat itu dihadiri Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh Tseow Suan, Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, Exco-Exco Sukan Negeri, Ahli Lembaga Pengarah MFL, Senator Datuk Hisamudin Yahaya, Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin, Dato’ Mohamed Suffian Awang, En. Jeffrey Chew Gim Eam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab-Kelab Liga Malaysia serta wakil pengurusan stadium setiap negeri.
Mesyuarat dan taklimat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu melibatkan penggunaan stadium bagi saingan Liga Malaysia serta berkongsi pandangan dan mencari kesepakatan bersama pemegang taruh dalam usaha meningkatkan kualiti padang dan fasiliti di venue kelab-kelab Liga Malaysia.
Dalam pertemuan itu, DYAM Tunku Mahkota Johor telah berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap kelab yang menaik taraf padang menerusi geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya telah menegaskan tentang kepentingan infrastruktur bola sepak yang berkualiti. Saya berharap dapat melihat infrastruktur di seluruh negara menjadi lebih baik dan menepati piawaian antarabangsa," titah baginda.
Sementara itu, YB Hannah Yeoh turut mengumumkan geran sejumlah RM500,000 daripada kementeriannya kepada semua negeri untuk menaiktaraf sistem saliran dan penukaran rumput dalam membantu menyelesaikan isu padang yang kurang baik digunakan oleh kelab-kelab Liga Malaysia.
“Tahun lalu pihak KBS sudah menawarkan program penukaran rumput padang kepada setiap negeri namun tiada negeri yang mahu menerima tawaran itu dengan beberapa alasan termasuk masalah sistem saliran dan juga kos penyelenggaraan yang tinggi.
“Tapi kali ini KBS menawarkan peruntukan sebanyak RM500,000 dengan RM300,000 bagi menampung kos baik pulih sistem saliran manakala RM200,000 bagi kos penukaran rumput. Bagi penukaran rumput, terpulang kepada pihak kerajaan negeri atau pengurusan stadium memilih jenis rumput yang ingin digunakan.
“Amat penting untuk kelab-kelab Liga Malaysia mempunyai padang yang baik bagi memastikan kelancaran saingan serta mengelak daripada kelab-kelab menanggung kos perbelanjaan tinggi berikutan penundaan perlawanan akibat padang tidak dapat digunakan kerana hujan lebat. Saya berharap dengan kehadiran Exco-Exco Sukan Negeri pada mesyuarat ini dapat melakukan penyelarasan agar proses naik taraf padang dapat disiapkan sebelum sepak mula Liga Malaysia pada Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Bagi Dato’ Ab Ghani, kesudian DYAM Tunku Ismail untuk membantu kelab-kelab Liga Malaysia dalam menaiktaraf kualiti padang jelas menggambarkan keprihatinan baginda untuk melihat standard Liga Malaysia terus meningkat.
“Saya amat berterima kasih dengan DYAM Tunku Ismail kerana cukup prihatin dengan masalah yang dialami kelab-kelab lain khususnya dalam menanggung kos penyelenggaraan padang. DYAM Tunku Ismail bertitah kepada semua yang hadir dalam mesyuarat itu bahawa dalam padang kita lawan tapi di luar padang kita perlu bekerjasama. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh baginda adalah sesuatu yang akan memberi impak yang besar kepada Liga Malaysia.
“Tidak lupa juga penghargaan kepada YB Hannah menerusi kementeriannya yang turut menawarkan peruntukan kepada setiap negeri bagi memastikan saingan Liga Malaysia berjalan lancar dalam menempuhi perubahan transisi kalendar musim 2024-2025
“Kebanyakan stadium adalah hak milik kerajaan negeri serta di bawah seliaan pihak majlis bandaraya jadi adalah penting untuk kerjasama antara pengurusan kelab-kelab dan juga kerajaan negeri untuk berjalan seiring dalam meningkatkan taraf stadium-stadium utama di negara ini. Saya percaya stadium dengan padang dan kemudahan yang baik boleh menjadi ikon kebanggaan bukan saja kepada sesebuah pasukan malah negeri itu juga,” katanya.
Dalam program Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025, semua peserta yang hadir diberikan maklumat berkenaan perancangan dan pengurusan stadium, kawalan kemasukan penyokong dan keselamatan, penyelenggaraan padang dan lampu limpah serta dibawa melawat Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), Padang Seri Gelam.
See TranslationMesyuarat itu dihadiri Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh Tseow Suan, Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, Exco-Exco Sukan Negeri, Ahli Lembaga Pengarah MFL, Senator Datuk Hisamudin Yahaya, Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin, Dato’ Mohamed Suffian Awang, En. Jeffrey Chew Gim Eam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab-Kelab Liga Malaysia serta wakil pengurusan stadium setiap negeri.
Mesyuarat dan taklimat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu melibatkan penggunaan stadium bagi saingan Liga Malaysia serta berkongsi pandangan dan mencari kesepakatan bersama pemegang taruh dalam usaha meningkatkan kualiti padang dan fasiliti di venue kelab-kelab Liga Malaysia.
Dalam pertemuan itu, DYAM Tunku Mahkota Johor telah berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap kelab yang menaik taraf padang menerusi geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Saya telah menegaskan tentang kepentingan infrastruktur bola sepak yang berkualiti. Saya berharap dapat melihat infrastruktur di seluruh negara menjadi lebih baik dan menepati piawaian antarabangsa," titah baginda.
Sementara itu, YB Hannah Yeoh turut mengumumkan geran sejumlah RM500,000 daripada kementeriannya kepada semua negeri untuk menaiktaraf sistem saliran dan penukaran rumput dalam membantu menyelesaikan isu padang yang kurang baik digunakan oleh kelab-kelab Liga Malaysia.
“Tahun lalu pihak KBS sudah menawarkan program penukaran rumput padang kepada setiap negeri namun tiada negeri yang mahu menerima tawaran itu dengan beberapa alasan termasuk masalah sistem saliran dan juga kos penyelenggaraan yang tinggi.
“Tapi kali ini KBS menawarkan peruntukan sebanyak RM500,000 dengan RM300,000 bagi menampung kos baik pulih sistem saliran manakala RM200,000 bagi kos penukaran rumput. Bagi penukaran rumput, terpulang kepada pihak kerajaan negeri atau pengurusan stadium memilih jenis rumput yang ingin digunakan.
“Amat penting untuk kelab-kelab Liga Malaysia mempunyai padang yang baik bagi memastikan kelancaran saingan serta mengelak daripada kelab-kelab menanggung kos perbelanjaan tinggi berikutan penundaan perlawanan akibat padang tidak dapat digunakan kerana hujan lebat. Saya berharap dengan kehadiran Exco-Exco Sukan Negeri pada mesyuarat ini dapat melakukan penyelarasan agar proses naik taraf padang dapat disiapkan sebelum sepak mula Liga Malaysia pada Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Bagi Dato’ Ab Ghani, kesudian DYAM Tunku Ismail untuk membantu kelab-kelab Liga Malaysia dalam menaiktaraf kualiti padang jelas menggambarkan keprihatinan baginda untuk melihat standard Liga Malaysia terus meningkat.
“Saya amat berterima kasih dengan DYAM Tunku Ismail kerana cukup prihatin dengan masalah yang dialami kelab-kelab lain khususnya dalam menanggung kos penyelenggaraan padang. DYAM Tunku Ismail bertitah kepada semua yang hadir dalam mesyuarat itu bahawa dalam padang kita lawan tapi di luar padang kita perlu bekerjasama. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh baginda adalah sesuatu yang akan memberi impak yang besar kepada Liga Malaysia.
“Tidak lupa juga penghargaan kepada YB Hannah menerusi kementeriannya yang turut menawarkan peruntukan kepada setiap negeri bagi memastikan saingan Liga Malaysia berjalan lancar dalam menempuhi perubahan transisi kalendar musim 2024-2025
“Kebanyakan stadium adalah hak milik kerajaan negeri serta di bawah seliaan pihak majlis bandaraya jadi adalah penting untuk kerjasama antara pengurusan kelab-kelab dan juga kerajaan negeri untuk berjalan seiring dalam meningkatkan taraf stadium-stadium utama di negara ini. Saya percaya stadium dengan padang dan kemudahan yang baik boleh menjadi ikon kebanggaan bukan saja kepada sesebuah pasukan malah negeri itu juga,” katanya.
Dalam program Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025, semua peserta yang hadir diberikan maklumat berkenaan perancangan dan pengurusan stadium, kawalan kemasukan penyokong dan keselamatan, penyelenggaraan padang dan lampu limpah serta dibawa melawat Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), Padang Seri Gelam.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |