Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023
Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 yang dipengerusikan oleh Presidennya, Dato’ Ab Ghani Hassan di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Kemuncak final yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Terengganu FC jam 9.00 malam.
Mesyuarat pertama itu dihadiri wakil agensi-agensi yang terlibat antaranya Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ticket Hotline International Sdn Bhd, Sports Media Distributor, Astro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Mutiara Security, Rapid Rail, Rapid Bus dan ParkSafe Sdn Bhd.
Penerangan secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir diberikan termasuk daripada aspek operasi dan teknikal, keselamatan, aliran trafik, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, pengangkutan dan penjualan tiket secara dalam talian.
Segala maklumat terkini berhubung Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 akan dikongsikan kepada semua penyokong oleh MFL dan agensi-agensi terlibat dalam masa terdekat.
See TranslationKemuncak final yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Terengganu FC jam 9.00 malam.
Mesyuarat pertama itu dihadiri wakil agensi-agensi yang terlibat antaranya Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ticket Hotline International Sdn Bhd, Sports Media Distributor, Astro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Mutiara Security, Rapid Rail, Rapid Bus dan ParkSafe Sdn Bhd.
Penerangan secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir diberikan termasuk daripada aspek operasi dan teknikal, keselamatan, aliran trafik, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, pengangkutan dan penjualan tiket secara dalam talian.
Segala maklumat terkini berhubung Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 akan dikongsikan kepada semua penyokong oleh MFL dan agensi-agensi terlibat dalam masa terdekat.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |