TERENGGANU BERJAYA BENTUK SAYA - UBAIDULLAH
Pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap belum tiba masa lagi untuknya meninggalkan pasukan itu selepas berjaya mencipta nama sejak awal musim 2023.
Selaku Pemain Terbaik Piala MFL 2023, Ubaidullah telah membuktikan bahawa pada usia 20 tahun ketika itu, dia memiliki potensi besar untuk melangkah lebih jauh dan kini telah memasuki musim ketiga bersama Terengganu FC.
Pemain skuad Harimau Malaya ini juga cukup menghargai segala peluang dan pengalaman yang telah diraih di pasukan itu sehinggalah kepercayaan terus diberikan kepadanya untuk terus bersama pasukan itu pada musim hadapan.
“Syukur Alhamdulillah selama beberapa musim bersama Terengganu, di sini banyak membantu saya untuk jadi pemain lebih baik, tunjuk ajar daripada pemain senior, jurulatih dan pemain import membuatkan saya lebih matang di atas padang.
“Semestinya Terengganu FC memainkan peranan besar dalam karier saya di mana kejuaraan Piala MFL edisi pertama sebelum ini adalah kejayaan cukup bermakna dan saya hargai bagaimana mereka percayakan kepada bakat muda ketika itu dan membentuk saya ke tahap ini sekarang.
“Sehinggalah saya dapat naik pangkat ke Liga Super dan sebelum itu saya merasa dua final (final Piala Malaysia 2023 & Piala MFL), memang banyak beri saya pengalaman dan saya tidak mahu berhenti sampai di sini sahaja, belum masanya lagi di mana banyak lagi saya nak kecapi bersama Terengganu selepas ini’, katanya.
Pada musim lalu, Ubaidullah telah melakukan 25 penampilan secara keseluruhan di Liga Malaysia selain turut menyumbang 1 gol di Liga Super.
Apa yang pasti, selaku tonggak pertahanan, dia percaya komunikasi yang lebih baik di atas padang sangat penting bagi membantu Terengganu FC meraih keputusan lebih baik pada musim depan dalam setiap perlawanan
“Sebagai pemain pertahanan, apa yang saya perlu tambah baik ialah aspek kepimpinan di dalam padang untuk berkomunikasi dengan lebih baik bersama rakan pasukan. Selain itu, mengurangkan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan bagi memastikan kami terus konsisten pada setiap perlawanan.
“Dalam masa sama, saya akan terus berusaha kerana dengan aksi lebih baik di kelab pastinya akan buka lebih ruang untuk saya beraksi bersama skuad kebangsaan.
“Bersama Harimau Malaya adalah penanda aras yang paling tinggi dalam karier bola sepak saya dan ianya satu motivasi besar untuk diri saya”, tambahnya.
Terengganu sebelum ini telah menamatkan saingan Liga Super 2025-26 di kedudukan kelima selepas mencatat 36 mata secara keseluruhan.
See TranslationSelaku Pemain Terbaik Piala MFL 2023, Ubaidullah telah membuktikan bahawa pada usia 20 tahun ketika itu, dia memiliki potensi besar untuk melangkah lebih jauh dan kini telah memasuki musim ketiga bersama Terengganu FC.
Pemain skuad Harimau Malaya ini juga cukup menghargai segala peluang dan pengalaman yang telah diraih di pasukan itu sehinggalah kepercayaan terus diberikan kepadanya untuk terus bersama pasukan itu pada musim hadapan.
“Syukur Alhamdulillah selama beberapa musim bersama Terengganu, di sini banyak membantu saya untuk jadi pemain lebih baik, tunjuk ajar daripada pemain senior, jurulatih dan pemain import membuatkan saya lebih matang di atas padang.
“Semestinya Terengganu FC memainkan peranan besar dalam karier saya di mana kejuaraan Piala MFL edisi pertama sebelum ini adalah kejayaan cukup bermakna dan saya hargai bagaimana mereka percayakan kepada bakat muda ketika itu dan membentuk saya ke tahap ini sekarang.
“Sehinggalah saya dapat naik pangkat ke Liga Super dan sebelum itu saya merasa dua final (final Piala Malaysia 2023 & Piala MFL), memang banyak beri saya pengalaman dan saya tidak mahu berhenti sampai di sini sahaja, belum masanya lagi di mana banyak lagi saya nak kecapi bersama Terengganu selepas ini’, katanya.
Pada musim lalu, Ubaidullah telah melakukan 25 penampilan secara keseluruhan di Liga Malaysia selain turut menyumbang 1 gol di Liga Super.
Apa yang pasti, selaku tonggak pertahanan, dia percaya komunikasi yang lebih baik di atas padang sangat penting bagi membantu Terengganu FC meraih keputusan lebih baik pada musim depan dalam setiap perlawanan
“Sebagai pemain pertahanan, apa yang saya perlu tambah baik ialah aspek kepimpinan di dalam padang untuk berkomunikasi dengan lebih baik bersama rakan pasukan. Selain itu, mengurangkan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan bagi memastikan kami terus konsisten pada setiap perlawanan.
“Dalam masa sama, saya akan terus berusaha kerana dengan aksi lebih baik di kelab pastinya akan buka lebih ruang untuk saya beraksi bersama skuad kebangsaan.
“Bersama Harimau Malaya adalah penanda aras yang paling tinggi dalam karier bola sepak saya dan ianya satu motivasi besar untuk diri saya”, tambahnya.
Terengganu sebelum ini telah menamatkan saingan Liga Super 2025-26 di kedudukan kelima selepas mencatat 36 mata secara keseluruhan.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |