DANIAL ASRI HARGAI PELUANG KETIKA DI KUCHING CITY
Pemain sayap baharu DPMM FC, Danial Asri mengakui bukan mudah untuknya meninggalkan Kuching City FC bagi berhijrah ke Brunei Darussalam, musim depan.
Mengharungi musim yang cukup cemerlang bersama Kuching City, pemain berusia 26 tahun ini kemudiannya memilih untuk bersama DPMM FC bagi mengembangkan lagi kariernya di pentas Liga Malaysia.
Selepas meninggalkan Selangor FC pada musim 2024-25, prestasi Danial semakin menyerlah apabila dia tidak mensia-siakan peluang untuk terus membantu pasukan selain turut menjadi tulang belakang membantu skuad itu mara ke pentas final Piala Malaysia musim lalu.
Kelincahannya di atas padang berjaya menarik minat kelab dari Brunei itu untuk Danial akhirnya memutuskan menimba pengalaman baharu di sana selain menghargai segala peluang yang telah diberi pengendali, Aidil Sharin Sahak sebelum ini.
“Saya rasa ini satu peluang baik untuk saya berkembang sebagai pemain di mana DPMM FC juga mempunyai projek menarik musim depan dan saya percaya ini langkah tepat untuk saya pergi jauh lagi.
“Ia bukan keputusan mudah sebab Kuching City banyak bantu saya berkembang dengan lebih baik dalam pelbagai aspek dan saya hargai peluang, kepercayaan daripada pihak pengurusan, jurulatih dan rakan-rakan serta penyokong.
“Sekarang saya harap saya dapat kekal momentum seperti ini untuk lebih baik lagi bersama kelab baharu, dan saya perlukan cabaran baru untuk meningkatkan lagi prestasi, saya tidak boleh rasa selesa”, jelasnya.
Danial telah menyumbang 5 jaringan dalam 32 penampilannya secara keseluruhan di pentas Liga Malaysia selain turut melakukan 4 bantuan jaringan.
Misi utamanya musim depan adalah untuk cuba memperkasakan lagi kemampuan di bahagian tengah menyerang selain mahu terus konsisten dalam menjaringkan gol dan bantuan jaringan sepertimana musim lalu.
“Saya seorang yang fleksibel jadi saya boleh untuk bermain di mana-mana posisi serangan yang diperlukan jurulatih.
“Tapi dalam masa sama, saya nak kembangkan lagi kemampuan saya di bahagian tengah menyerang selain nak jadi penyerang kedua dengan lebih baik”, tambahnya.
Pemain kelahiran Rawang ini akan terbang ke Brunei Darussalam pada awal Julai depan untuk persediaan pra musim 2026-27.
See TranslationMengharungi musim yang cukup cemerlang bersama Kuching City, pemain berusia 26 tahun ini kemudiannya memilih untuk bersama DPMM FC bagi mengembangkan lagi kariernya di pentas Liga Malaysia.
Selepas meninggalkan Selangor FC pada musim 2024-25, prestasi Danial semakin menyerlah apabila dia tidak mensia-siakan peluang untuk terus membantu pasukan selain turut menjadi tulang belakang membantu skuad itu mara ke pentas final Piala Malaysia musim lalu.
Kelincahannya di atas padang berjaya menarik minat kelab dari Brunei itu untuk Danial akhirnya memutuskan menimba pengalaman baharu di sana selain menghargai segala peluang yang telah diberi pengendali, Aidil Sharin Sahak sebelum ini.
“Saya rasa ini satu peluang baik untuk saya berkembang sebagai pemain di mana DPMM FC juga mempunyai projek menarik musim depan dan saya percaya ini langkah tepat untuk saya pergi jauh lagi.
“Ia bukan keputusan mudah sebab Kuching City banyak bantu saya berkembang dengan lebih baik dalam pelbagai aspek dan saya hargai peluang, kepercayaan daripada pihak pengurusan, jurulatih dan rakan-rakan serta penyokong.
“Sekarang saya harap saya dapat kekal momentum seperti ini untuk lebih baik lagi bersama kelab baharu, dan saya perlukan cabaran baru untuk meningkatkan lagi prestasi, saya tidak boleh rasa selesa”, jelasnya.
Danial telah menyumbang 5 jaringan dalam 32 penampilannya secara keseluruhan di pentas Liga Malaysia selain turut melakukan 4 bantuan jaringan.
Misi utamanya musim depan adalah untuk cuba memperkasakan lagi kemampuan di bahagian tengah menyerang selain mahu terus konsisten dalam menjaringkan gol dan bantuan jaringan sepertimana musim lalu.
“Saya seorang yang fleksibel jadi saya boleh untuk bermain di mana-mana posisi serangan yang diperlukan jurulatih.
“Tapi dalam masa sama, saya nak kembangkan lagi kemampuan saya di bahagian tengah menyerang selain nak jadi penyerang kedua dengan lebih baik”, tambahnya.
Pemain kelahiran Rawang ini akan terbang ke Brunei Darussalam pada awal Julai depan untuk persediaan pra musim 2026-27.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |