MISI BAHARU MIGUEL OLIVEIRA BERSAMA DPMM FC
Miguel Oliveira mahu meningkatkan lagi peranannya di atas padang untuk cuba memberi sumbangan di setiap posisi apabila dia sah akan kekal bersama DPMM FC, musim depan.
Tonggak import dari Portugal ini terus diberikan kepercayaan untuk kekal di Brunei Darussalam selepas mengharungi musim yang mencabar buat kali pertama bersama kelab itu.
Bagi Oliveira, setiap perlawanan yang dihadapi banyak memberi pengalaman kepadanya untuk terus memperbaiki prestasi di mana dia ingin menjadi pemain yang lebih seimbang baik di mana-mana posisi untuk membantu rakan pasukan.
“Saya nak mulakan musim baharu nanti dengan misi yang lebih besar dan membantu pasukan mendapatkan mata, tidak kira daripada segi serangan atau bertahan, apa sahaja yang pasukan perlukan.
“Sudah tentu kalau berpeluang saya nak menambah jumlah jaringan, buat hantaran yang lebih baik, di mana-mana posisi sekalipun sebab kalau saya tidak berjaya jaringkan gol, sekurangnya saya boleh jadi peranan penting di bahagian lain juga”, jelasnya.
Bagi pemain berusia 31 tahun ini, dia enggan lagi mengulangi episod sama ketika di awal musim sebelum ini apabila berdepan kecederaan pangkal peha dan perlu berehat sehingga 4 bulan untuk kembali ke padang.
Dan masih diberi peluang untuk bersama DPMM FC, Oliveira percaya musim kedua akan menjadi tahun yang lebih agresif untuk mereka semua bagi memastikan kelab itu menjadi ancaman kepada setiap lawan.
“Separuh musim sebelum ini memang agak susah dan mengecewakan untuk saya sebab mengalami kecederaan dan terpaksa berehat lama.
“Lama juga saya cuba bertahan, bermain dan berlatih dalam keadaan sakit dan ia sangat mencabar, tetapi motivasi saya adalah rakan-rakan di kelab untuk saya cuba memberikan yang terbaik di atas padang bersama mereka.
“Dan beberapa bulan sebelum penghujung musim, prestasi saya semakin baik dan harapan kami semua di DPMM FC adalah untuk cuba memberikan tentangan sengit dalam semua perlawanan”, tambahnya.
Berakhir musim 2025-26, Oliveira telah mencatat 4 gol dan 4 bantuan gol dalam 26 perlawanan secara keseluruhan menyaksikan DPMM FC menamatkan saingan di tangga ke 10 Liga Super.
See TranslationTonggak import dari Portugal ini terus diberikan kepercayaan untuk kekal di Brunei Darussalam selepas mengharungi musim yang mencabar buat kali pertama bersama kelab itu.
Bagi Oliveira, setiap perlawanan yang dihadapi banyak memberi pengalaman kepadanya untuk terus memperbaiki prestasi di mana dia ingin menjadi pemain yang lebih seimbang baik di mana-mana posisi untuk membantu rakan pasukan.
“Saya nak mulakan musim baharu nanti dengan misi yang lebih besar dan membantu pasukan mendapatkan mata, tidak kira daripada segi serangan atau bertahan, apa sahaja yang pasukan perlukan.
“Sudah tentu kalau berpeluang saya nak menambah jumlah jaringan, buat hantaran yang lebih baik, di mana-mana posisi sekalipun sebab kalau saya tidak berjaya jaringkan gol, sekurangnya saya boleh jadi peranan penting di bahagian lain juga”, jelasnya.
Bagi pemain berusia 31 tahun ini, dia enggan lagi mengulangi episod sama ketika di awal musim sebelum ini apabila berdepan kecederaan pangkal peha dan perlu berehat sehingga 4 bulan untuk kembali ke padang.
Dan masih diberi peluang untuk bersama DPMM FC, Oliveira percaya musim kedua akan menjadi tahun yang lebih agresif untuk mereka semua bagi memastikan kelab itu menjadi ancaman kepada setiap lawan.
“Separuh musim sebelum ini memang agak susah dan mengecewakan untuk saya sebab mengalami kecederaan dan terpaksa berehat lama.
“Lama juga saya cuba bertahan, bermain dan berlatih dalam keadaan sakit dan ia sangat mencabar, tetapi motivasi saya adalah rakan-rakan di kelab untuk saya cuba memberikan yang terbaik di atas padang bersama mereka.
“Dan beberapa bulan sebelum penghujung musim, prestasi saya semakin baik dan harapan kami semua di DPMM FC adalah untuk cuba memberikan tentangan sengit dalam semua perlawanan”, tambahnya.
Berakhir musim 2025-26, Oliveira telah mencatat 4 gol dan 4 bantuan gol dalam 26 perlawanan secara keseluruhan menyaksikan DPMM FC menamatkan saingan di tangga ke 10 Liga Super.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |