APEK MAHU LEBIH DEKAT BERSAMA KELUARGA
Faktor keluarga menjadi pertimbangan utama buat penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat dalam menentukan hala tuju kariernya musim hadapan.
Selepas hampir 5 tahun berjauhan dengan keluarga selepas dia berhijrah ke Sabah FC pada musim 2022, Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek kini akan mempertimbangkan kelab di Semenanjung bagi musim 2026-27.
Masih belum memutuskan pasukan baharu yang akan dituju, bekas pemain Kelantan itu bagaimanapun ingin terus membuktikan kredibilitinya sebagai penjaga gol masih relevan meskipun di usia 37 tahun ketika ini.
“Ada beberapa tawaran juga untuk musim depan tapi Apek memang akan pilih yang mana dekat dengan keluarga sebab waktu Apek di Sabah, mereka sudah banyak berkorban untuk Apek, sanggup tinggal berjauhan lama.
“Jadi, sekarang sudah tiba masa untuk Apek pula berkorban untuk mereka dan dalam masa sama, memang niat nak bermain untuk buktikan yang Apek masih lagi mampu beraksi walaupun di peringkat tertinggi.
“Bagi Apek, umur bukan penghalang untuk bersaing dan kita tahu juga, untuk posisi penjaga gol di liga-liga luar negara, masih ada yang umur 40 tahun tetap bermain di liga tertinggi.
“Motivasi Apek sekarang pun untuk keluarga juga sebab mereka sentiasa menyokong untuk Apek terus bermain sehingga sekarang”, katanya.
Menganggap Sabah sebagai rumah keduanya, Apek tetap menghargai sokongan luar biasa penyokong Sang Badak daripada awal perjalanan kariernya sehinggalah musim 2025-26.
“Jatuh bangun Apek di pasukan ini, penyokong tetap ada di belakang dan tak sangka juga Apek boleh bertahan lama di Sabah sehingga hampir 5 tahun.
“Semua ini sebab rakan-rakan dalam kelab juga dan kekuatan kelab ini macam -macam mana pun akan berbalik kepada penyokong, sebab itulah saya sanggup untuk kekal di Sabah hinggalah musim ini.
“Ini sangat bermakna untuk Apek secara peribadi dan kenangan ini sukar diganti”, tambahnya.
Sejak musim 2022, Apek telah melakukan penampilan penuh dalam 65 perlawanan secara keseluruhan dan telah mencatat 17 aksi tanpa bolos.
See TranslationSelepas hampir 5 tahun berjauhan dengan keluarga selepas dia berhijrah ke Sabah FC pada musim 2022, Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek kini akan mempertimbangkan kelab di Semenanjung bagi musim 2026-27.
Masih belum memutuskan pasukan baharu yang akan dituju, bekas pemain Kelantan itu bagaimanapun ingin terus membuktikan kredibilitinya sebagai penjaga gol masih relevan meskipun di usia 37 tahun ketika ini.
“Ada beberapa tawaran juga untuk musim depan tapi Apek memang akan pilih yang mana dekat dengan keluarga sebab waktu Apek di Sabah, mereka sudah banyak berkorban untuk Apek, sanggup tinggal berjauhan lama.
“Jadi, sekarang sudah tiba masa untuk Apek pula berkorban untuk mereka dan dalam masa sama, memang niat nak bermain untuk buktikan yang Apek masih lagi mampu beraksi walaupun di peringkat tertinggi.
“Bagi Apek, umur bukan penghalang untuk bersaing dan kita tahu juga, untuk posisi penjaga gol di liga-liga luar negara, masih ada yang umur 40 tahun tetap bermain di liga tertinggi.
“Motivasi Apek sekarang pun untuk keluarga juga sebab mereka sentiasa menyokong untuk Apek terus bermain sehingga sekarang”, katanya.
Menganggap Sabah sebagai rumah keduanya, Apek tetap menghargai sokongan luar biasa penyokong Sang Badak daripada awal perjalanan kariernya sehinggalah musim 2025-26.
“Jatuh bangun Apek di pasukan ini, penyokong tetap ada di belakang dan tak sangka juga Apek boleh bertahan lama di Sabah sehingga hampir 5 tahun.
“Semua ini sebab rakan-rakan dalam kelab juga dan kekuatan kelab ini macam -macam mana pun akan berbalik kepada penyokong, sebab itulah saya sanggup untuk kekal di Sabah hinggalah musim ini.
“Ini sangat bermakna untuk Apek secara peribadi dan kenangan ini sukar diganti”, tambahnya.
Sejak musim 2022, Apek telah melakukan penampilan penuh dalam 65 perlawanan secara keseluruhan dan telah mencatat 17 aksi tanpa bolos.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |