HUDL DAN MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE (MFL) UMUM PERJANJIAN HAK EKSKLUSIF PEMANTAUAN BAKAT (SCOUTING)
Hudl, peneraju global dalam analisis prestasi sukan dan pencarian bakat, telah memperbaharui perjanjian hak pemantauan bakat (scouting rights) bersama Malaysian Football League (MFL).
Perjanjian yang telah bermula sejak musim 2023 ini diperbaharui dalam misi untuk terus memperkukuh usaha pembangunan bola sepak profesional menerusi penggunaan teknologi analisis prestasi dan pemantauan bakat bertaraf tinggi.
Perjanjian eksklusif jangka panjang ini menyediakan akses kepada rakaman video dan data bagi pelbagai pertandingan utama bola sepak Malaysia, termasuk Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup. Melalui kerjasama ini, Hudl memperoleh akses eksklusif terhadap semua kandungan video yang berkaitan dengan perlawanan tersebut, yang kemudiannya akan disediakan untuk kegunaan pihak profesional lain menerusi platform Hudl Wyscout, iaitu pangkalan data video dan data bola sepak terbesar di dunia.
“Sejak kerjasama ini dimeterai, platform Hudl telah memainkan peranan penting dalam membantu kelab-kelab dan pihak berkepentingan bola sepak tempatan untuk mendapatkan akses kepada analisis perlawanan, rakaman video serta data prestasi secara lebih efektif dan profesional.”
“Ini termasuklah untuk membantu pengurusan skuad Harimau Malaya dalam menilai prestasi pemain-pemain yang telah beraksi bersama kelab masing-masing sebelum mereka dipanggil menyertai skuad kebangsaan.”
“Pembaharuan perjanjian ini juga mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkasakan ekosistem bola sepak Malaysia selaras dengan perkembangan teknologi sukan global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.
Kerjasama antara Hudl dan MFL turut membuka akses yang lebih luas kepada kelab-kelab Liga Malaysia serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memanfaatkan analisis data dan video secara lebih menyeluruh, sekali gus meningkatkan prestasi pasukan, memperkukuh pembangunan pemain serta mempertingkatkan proses pencarian dan pengenalpastian bakat.
“Kami berbesar hati untuk mengumumkan perjanjian eksklusif ini bersama Malaysian Football League dalam menyokong kelab-kelab dan liga menerusi penyediaan video serta data premium untuk tujuan analisis video dan prestasi melalui Hudl Wyscout,” kata Mateo Bourrut Lacouture selaku Pengurus Perkongsian Strategik Hudl.
“Perjanjian ini membolehkan kami mengetengahkan bola sepak Malaysia di platform pemantauan bakat dan analisis terkemuka dunia, sekali gus membantu kelab-kelab dan liga dalam membangunkan bakat mengikut standard tertinggi”, tambahnya.
Mengenai Malaysian Football League (MFL)
Ditubuhkan pada 2015, Malaysian Football League (MFL) betanggungjawab mengendalikan dan mengkomersialkan peringkat tertinggi bola sepak profesional Malaysia, yang merangkumi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup, dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), dengan lebih 228 perlawanan dan jumlah rangkaian penonton secara langsung tertinggi dalam arena sukan Malaysia.
Dengan visi untuk menjadikan bola sepak sebagai kebanggaan negara, usaha MFL untuk mengubah bola sepak Malaysia tertumpu kepada empat kunci utama; perlawanan kompetitif dalam semua pertandingan, pertumbuhan komersial yang positif, perkongsian kukuh dengan pihak berkepentingan dan peningkatan profesionalisme serta integriti dalam pengurusan pasukan dan liga.
https://www.malaysianfootballleague.com
Mengenai Hudl
Hudl memperkasakan ratusan ribu pasukan sukan di seluruh dunia untuk mencapai potensi terbaik mereka dengan bekerjasama bersama jurulatih, atlet dan pentadbir sukan di setiap peringkat. Hudl menyediakan pelbagai alat serta data analitik untuk meningkatkan prestasi, memperkemaskan operasi, membantu proses pengambilan pemain serta mengukuhkan penglibatan penyokong.
Kamera pintar Hudl merakam setiap detik latihan dan perlawanan, sekali gus memperkasakan ekosistem industri yang merangkumi analisis video, pemantauan bakat, peninjauan prestasi dan pelbagai fungsi lain. Perisian Hudl yang dipercayai di seluruh dunia menggabungkan data dan analitik dengan rakaman video bagi membantu atlet serta pasukan mencapai potensi maksimum mereka.
Selain itu, platform Hudl juga membantu setiap pasukan membina hubungan yang lebih kukuh dengan penyokong melalui penstriman langsung, sorotan prestasi atlet, penjualan tiket serta penyampaian maklumat yang relevan kepada peminat. Untuk maklumat lanjut, layari Hudl.com.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2026/06/Hudl-and-the-Malaysian-Football-League-MFL-Announce-Exclusive-Multi-Year-Scouting-Rights-Agreement.pdf
See TranslationPerjanjian yang telah bermula sejak musim 2023 ini diperbaharui dalam misi untuk terus memperkukuh usaha pembangunan bola sepak profesional menerusi penggunaan teknologi analisis prestasi dan pemantauan bakat bertaraf tinggi.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |