MAJLIS IFTAR ANJURAN MFL BERSAMA PENAJA LIGA MALAYSIA MUSIM 2025–2026
Majlis Iftar ini telah diadakan di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway semalam sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan tajaan yang diberikan dalam menjayakan Liga Malaysia musim 2025–2026 yang kini berbaki kira-kira dua bulan sahaja lagi.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd, bersama barisan penaja Liga Malaysia musim 2025–2026 iaitu Bubbles O2, Coca-Cola, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), RYT Bank, Grab dan Tobaki serta kehadiran penaja berpotensi, Hong Leong MSIG Takaful, bagi musim akan datang.
Majlis ini turut dihadiri oleh barisan rakan strategik dan rakan penyiaran Liga Malaysia iaitu Ampersand, Sports Media & Distributor (SMD), Unifi, Astro, RTM dan Ticket Hotline.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penaja serta rakan strategik dan penyiaran Liga Malaysia musim ini. Semoga jalinan kerjasama serta ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan.
See TranslationTurut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd, bersama barisan penaja Liga Malaysia musim 2025–2026 iaitu Bubbles O2, Coca-Cola, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), RYT Bank, Grab dan Tobaki serta kehadiran penaja berpotensi, Hong Leong MSIG Takaful, bagi musim akan datang.
Majlis ini turut dihadiri oleh barisan rakan strategik dan rakan penyiaran Liga Malaysia iaitu Ampersand, Sports Media & Distributor (SMD), Unifi, Astro, RTM dan Ticket Hotline.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penaja serta rakan strategik dan penyiaran Liga Malaysia musim ini. Semoga jalinan kerjasama serta ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |