MFL LANCAR KEMPEN ANTI DADAH DAN GANGSTERISME DALAM BOLA SEPAK TEMPATAN
Malaysian Football League (MFL) memandang serius sebarang gejala negatif termasuk penyalahgunaan dadah, keganasan serta aktiviti gangsterisme yang boleh menjejaskan imej dan integriti bola sepak tempatan.
Justeru itu, MFL ingin melancarkan satu kempen Anti Dadah dan Anti Gangsterisme secara menyeluruh melibatkan pertandingan-pertandingan di bawah kelolaan MFL sebagai usaha membendung dan memberi pendidikan kepada komuniti bola sepak.
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada semua pihak khususnya penyokong-penyokong agar tidak terjerumus dengan gejala dadah, keganasan atau gangsterisme yang sememangnya amat bertentangan dengan semangat kesukanan serta nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam sukan bola sepak.
MFL juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi memastikan Liga Malaysia terus berkembang dengan persekitaran yang positif, selamat dan berintegriti.
#AntiDadah
#AntiGangsterisme
#DemiLigaKita
#LigaMalaysia
See TranslationJusteru itu, MFL ingin melancarkan satu kempen Anti Dadah dan Anti Gangsterisme secara menyeluruh melibatkan pertandingan-pertandingan di bawah kelolaan MFL sebagai usaha membendung dan memberi pendidikan kepada komuniti bola sepak.
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada semua pihak khususnya penyokong-penyokong agar tidak terjerumus dengan gejala dadah, keganasan atau gangsterisme yang sememangnya amat bertentangan dengan semangat kesukanan serta nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam sukan bola sepak.
MFL juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi memastikan Liga Malaysia terus berkembang dengan persekitaran yang positif, selamat dan berintegriti.
#AntiDadah
#AntiGangsterisme
#DemiLigaKita
#LigaMalaysia
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |