BEST XI : MORAES PILIHAN RAZMAN ROSLAN
Aksi Liga Super (LS15) menyaksikan Chrigor Moraes menjadi pemain terbaik pilihan bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan.
4 gol yang diraih pemain Selangor FC dari Brazil itu ketika menentang DPMM FC minggu lalu terus meletakkan dirinya selaku penjaring terbanyak Liga Super setakat ini selepas 14 perlawanan.
Bagi Razman, Moraes telah membuktikan kualitinya selaku penyerang untuk terus cuba membantu The Red Giants mendaki kedudukan liga dengan lebih baik apabila kelab itu kini di tangga ke 4 dengan 28 mata.
“Saya pilih Moraes sebagai pemain pilihan minggu ini sebab dia cemerlang di bahagian depan pasukan untuk meledak 4 gol minggu lalu.
“Apatah lagi dengan kehadiran jurulatih mereka, Kim Pan Gon dengan Selangor sekurang-kurangnya bagi pencetus semangat baharu untuk pasukan itu”, katanya.
Dengan formasi 3-4-3, Razman turut meletakkan Eddy Israfilov (JDT), Stefano Brundo (Penang FC) dan Safuwan Baharudin (Selangor FC) sebagai benteng pilihan yang turut menganggap tiga pemain ini sering menjadi watak penting kepada kelab masing-masing.
Selain itu, tonggak Negeri Sembilan FC, A. Selvan juga menjadi pilihan di bahagian tengah pasukan selepas dia menampilkan aksi memukau yang sering mematahkan pergerakan JDT ketika aksi pada Jumaat lalu selain Safawi Rasid (KL City FC), Nacho Mendez (JDT) dan Haqimi Azim Rosli (Terengganu FC) dianggap sebagai pelengkap terbaik di posisi tersebut.
Dan bagi kombinasi di bahagian serangan bersama-sama Moraes, Razman memilih Dylan Wenzel-Halls (Penang FC) dan Ajdin Mujagic (Sabah FC) sebagai penyerang yang patut diberi tumpuan pada aksi Liga Super minggu lalu untuk bantu kelab meraih jaringan.
Aksi Liga Super (LS6) akan diteruskan pada malam ini (Selasa) dengan dua perlawanan iaitu aksi antara Kelantan The Real Warriors FC dan Sabah FC manakala Terengganu FC pula menentang DPMM FC.
See Translation4 gol yang diraih pemain Selangor FC dari Brazil itu ketika menentang DPMM FC minggu lalu terus meletakkan dirinya selaku penjaring terbanyak Liga Super setakat ini selepas 14 perlawanan.
Bagi Razman, Moraes telah membuktikan kualitinya selaku penyerang untuk terus cuba membantu The Red Giants mendaki kedudukan liga dengan lebih baik apabila kelab itu kini di tangga ke 4 dengan 28 mata.
“Saya pilih Moraes sebagai pemain pilihan minggu ini sebab dia cemerlang di bahagian depan pasukan untuk meledak 4 gol minggu lalu.
“Apatah lagi dengan kehadiran jurulatih mereka, Kim Pan Gon dengan Selangor sekurang-kurangnya bagi pencetus semangat baharu untuk pasukan itu”, katanya.
Dengan formasi 3-4-3, Razman turut meletakkan Eddy Israfilov (JDT), Stefano Brundo (Penang FC) dan Safuwan Baharudin (Selangor FC) sebagai benteng pilihan yang turut menganggap tiga pemain ini sering menjadi watak penting kepada kelab masing-masing.
Selain itu, tonggak Negeri Sembilan FC, A. Selvan juga menjadi pilihan di bahagian tengah pasukan selepas dia menampilkan aksi memukau yang sering mematahkan pergerakan JDT ketika aksi pada Jumaat lalu selain Safawi Rasid (KL City FC), Nacho Mendez (JDT) dan Haqimi Azim Rosli (Terengganu FC) dianggap sebagai pelengkap terbaik di posisi tersebut.
Dan bagi kombinasi di bahagian serangan bersama-sama Moraes, Razman memilih Dylan Wenzel-Halls (Penang FC) dan Ajdin Mujagic (Sabah FC) sebagai penyerang yang patut diberi tumpuan pada aksi Liga Super minggu lalu untuk bantu kelab meraih jaringan.
Aksi Liga Super (LS6) akan diteruskan pada malam ini (Selasa) dengan dua perlawanan iaitu aksi antara Kelantan The Real Warriors FC dan Sabah FC manakala Terengganu FC pula menentang DPMM FC.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |