MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA KEDUA PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2025-2026
Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2025-2026 yang dipengerusikan oleh Presiden MFL, Ybhg Dato’ Ab Ghani Hassan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini.
Mesyuarat yang pertama sebelum ini telah diadakan pada 11 November lalu bertujuan untuk menyelaras semua keperluan operasi pengelolaan edisi ke-35 kejohanan itu yang bakal berlangsung pada 14 Disember 2025 menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd yang melakukan pembentangan turut menjelaskan beberapa agenda utama bagi memastikan kelancaran perlawanan final tersebut yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Turut hadir dalam pertemuan itu adalah wakil kelab JDT dan Sabah FC serta agensi-agensi yang terlibat iaitu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam IPD Cheras, Ticket Hotline International Sdn Bhd, Sports Media & Distributor Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), MP Security, Rapid Rail, Rapid Bus, Astro Arena dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN.
Bagi memastikan penganjuran dapat diselaraskan secara bersama, MFL telah memberikan taklimat secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir itu khususnya dalam aspek keselamatan, operasi dan teknikal, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, kawalan trafik, pengangkutan awam serta proses agihan tiket.
Seperti amalan pada setiap perlawanan akhir kelolaan MFL, setiap pasukan finalis akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses penjualan tiket kepada penyokong-penyokong.
Hasil daripada mesyuarat itu jelas semua agensi terlibat bersedia memberikan kerjasama baik dalam usaha memastikan keselamatan dan keselesaan kepada semua penyokong JDT dan Sabah FC yang akan hadir ke SNBJ.
See TranslationMesyuarat yang pertama sebelum ini telah diadakan pada 11 November lalu bertujuan untuk menyelaras semua keperluan operasi pengelolaan edisi ke-35 kejohanan itu yang bakal berlangsung pada 14 Disember 2025 menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, En. Mohd Shazli Shaik Mohd yang melakukan pembentangan turut menjelaskan beberapa agenda utama bagi memastikan kelancaran perlawanan final tersebut yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Turut hadir dalam pertemuan itu adalah wakil kelab JDT dan Sabah FC serta agensi-agensi yang terlibat iaitu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam IPD Cheras, Ticket Hotline International Sdn Bhd, Sports Media & Distributor Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), MP Security, Rapid Rail, Rapid Bus, Astro Arena dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN.
Bagi memastikan penganjuran dapat diselaraskan secara bersama, MFL telah memberikan taklimat secara jelas dan terperinci mengenai pengurusan perlawanan akhir itu khususnya dalam aspek keselamatan, operasi dan teknikal, promosi dan pemasaran, penyiaran, media, pegawai perlawanan, kawalan trafik, pengangkutan awam serta proses agihan tiket.
Seperti amalan pada setiap perlawanan akhir kelolaan MFL, setiap pasukan finalis akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses penjualan tiket kepada penyokong-penyokong.
Hasil daripada mesyuarat itu jelas semua agensi terlibat bersedia memberikan kerjasama baik dalam usaha memastikan keselamatan dan keselesaan kepada semua penyokong JDT dan Sabah FC yang akan hadir ke SNBJ.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |