SABAH FC PEROLEH MOTIVASI TAMBAHAN
Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean Paul de Marigny memuji karakter barisan pemain yang segera bangkit selepas ketinggalan untuk akhirnya menamatkan kemarau kemenangan selepas 9 aksi Liga Super.
Beliau mengakui ketangkasan pemain Penang FC, Dylan Wenzel-Halls berjaya menembusi pertahanan tuan rumah untuk mendahului pada separuh masa pertama perlawanan.
Namun, karakter berbeza ditampilkan oleh anak buahnya dalam aksi kali ini apabila cepat belajar daripada kesilapan untuk memperbaiki corak permainan lebih baik di babak kedua sehingga tamat perlawanan sekaligus menoktahkan kemenangan 3-2.
Dan sudah tentu, kemenangan ini bakal jadi motivasi tambahan untuk mereka lebih bersedia merebut slot final Piala FA menentang Selangor FC, Ahad ini.
“Mereka ada karakter yang lebih bagus kali ini untuk bangkit pada separuh masa kedua dan layak untuk menang.
“Kita pun bermula dengan agak baik mencipta beberapa peluang, tapi Dylan menghukum kita pada separuh masa pertama untuk mereka mendahului”, katanya.
Sementara itu, pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan kelekaan barisan pemain dan tidak fokus terutamanya di babak kedua menidakkan peluang mereka untuk membawa pulang 3 mata.
Dan ini adalah bukan kali pertama anak buahnya melakukan kesilapan sama dalam beberapa perlawanan terdahulu.
“Kita dah jaringkan dua gol tapi disebabkan ada kelemahan di pertahanan kita akhirnya menghukum pasukan.
“Pemain perlu banyak belajar selepas ini terutama dari segi organisasi ketika bertahan”, jelasnya.
Sabah seterusnya akan berdepan Selangor FC dalam aksi timbal balik Piala FA pada Ahad ini di Stadium MBPJ menyaksikan kedua-dua pasukan itu telah meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama tempoh hari.
See TranslationBeliau mengakui ketangkasan pemain Penang FC, Dylan Wenzel-Halls berjaya menembusi pertahanan tuan rumah untuk mendahului pada separuh masa pertama perlawanan.
Namun, karakter berbeza ditampilkan oleh anak buahnya dalam aksi kali ini apabila cepat belajar daripada kesilapan untuk memperbaiki corak permainan lebih baik di babak kedua sehingga tamat perlawanan sekaligus menoktahkan kemenangan 3-2.
Dan sudah tentu, kemenangan ini bakal jadi motivasi tambahan untuk mereka lebih bersedia merebut slot final Piala FA menentang Selangor FC, Ahad ini.
“Mereka ada karakter yang lebih bagus kali ini untuk bangkit pada separuh masa kedua dan layak untuk menang.
“Kita pun bermula dengan agak baik mencipta beberapa peluang, tapi Dylan menghukum kita pada separuh masa pertama untuk mereka mendahului”, katanya.
Sementara itu, pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan kelekaan barisan pemain dan tidak fokus terutamanya di babak kedua menidakkan peluang mereka untuk membawa pulang 3 mata.
Dan ini adalah bukan kali pertama anak buahnya melakukan kesilapan sama dalam beberapa perlawanan terdahulu.
“Kita dah jaringkan dua gol tapi disebabkan ada kelemahan di pertahanan kita akhirnya menghukum pasukan.
“Pemain perlu banyak belajar selepas ini terutama dari segi organisasi ketika bertahan”, jelasnya.
Sabah seterusnya akan berdepan Selangor FC dalam aksi timbal balik Piala FA pada Ahad ini di Stadium MBPJ menyaksikan kedua-dua pasukan itu telah meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama tempoh hari.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |