LAPORAN FFP MFL BERHUBUNG DEKLARASI KEWANGAN KELAB LIGA MALAYSIA 2025-2026
Unit Financial Fair Play Malaysian Football League (FFP MFL) dan First Instance Body (FIB) telah mengadakan mesyuarat rasmi bagi penyerahan Pertama "In-Season" Financial Fair Play untuk musim 2025-2026 secara dalam talian pada 10 November 2025.
Semua kelab Liga Super telah diminta untuk menghantar Deklarasi Tunggakan atau Tiada Tunggakan setakat September 2025 dan Laporan Penyata Kewangan untuk bulan Ogos 2025 dan September 2025 pada tarikh penyerahan iaitu 16 Oktober 2025.
Hasil pemeriksaan FFP MFL terhadap laporan kewangan itu mendapati dua kelab, Kelantan The Real Warriors FC (TRW) dan PDRM FC masih mempunyai tunggakan gaji daripada musim lalu yang turut disahkan oleh Professional Footballers Association of Malaysia (PFAM) menerusi kerjasama dengan FFP MFL.
Untuk makluman, pemberian Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super 2025-2026 kepada PDRM FC dan Kelantan TRW FC adalah berdasarkan semakan deklarasi serta penyelesaian tunggakan sehingga 31 Disember 2024 selaras dengan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025.
Dalam pada itu, MFL juga tidak menerima sebarang Deklarasi Tunggakan atau Tiada Tunggakan daripada Kelantan TRW FC dan PDRM FC setakat September 2025 pada tarikh penyerahan iaitu 16 Oktober 2025.
FFP MFL atas arahan FIB sebelum ini telah menghantar dua surat amaran kepada kedua-dua kelab tersebut bagi menuntut bukti pembayaran atau pelan pembayaran tunggakan, namun tiada sebarang penyelesaian terhadap tunggakan tersebut.
Artikel 14 Peraturan FFP MFL bagi musim 2025-2026 jelas menyatakan bahawa kegagalan mematuhi keperluan FFP MFL dalam tempoh pemantauan kewangan yang ditetapkan akan dianggap sebagai pelanggaran peraturan.
Oleh itu, FIB telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 kepada Kelantan TRW FC dan PDRM FC atas pelanggaran Artikel 14 dan diberikan tempoh 14 hari dari tarikh surat dihantar bagi menyelesaikan tunggakan berkenaan.
Namun pihak FFP MFL masih belum menerima sebarang resit pembayaran atau pelan pembayaran daripada kedua-dua kelab tersebut dan atas sebab itu FIB telah memutuskan untuk mengenakan denda kedua sebanyak RM20,000.
Oleh kerana FFP MFL tidak menerima sebarang maklumbalas daripada Kelantan TRW FC dan PDRM FC, FIB telah mengenakan denda ke atas kedua-dua kelab tersebut untuk kali ketiga sebanyak RM 40,000 serta larangan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua bagi musim 2025-2026.
FIB juga telah memberikan masa sehingga 31 Disember 2025 kepada Kelantan TRW FC dan PDRM FC untuk menyelesaikan isu tunggakan tersebut dan jika kedua-dua kelab tidak menepati tarikh yang diberikan oleh FIB maka tindakan lebih tegas di bawah Artikel 14(1)(e) Peraturan FFP MFL bagi musim 2025-2026 boleh diambil.
Tuan Sheikh Mohd Nasir Bin Sheikh Mohd Sharif
Pengerusi, First Instance Body (FIB)
Financial Fair Play MFL
See TranslationSemua kelab Liga Super telah diminta untuk menghantar Deklarasi Tunggakan atau Tiada Tunggakan setakat September 2025 dan Laporan Penyata Kewangan untuk bulan Ogos 2025 dan September 2025 pada tarikh penyerahan iaitu 16 Oktober 2025.
Hasil pemeriksaan FFP MFL terhadap laporan kewangan itu mendapati dua kelab, Kelantan The Real Warriors FC (TRW) dan PDRM FC masih mempunyai tunggakan gaji daripada musim lalu yang turut disahkan oleh Professional Footballers Association of Malaysia (PFAM) menerusi kerjasama dengan FFP MFL.
Untuk makluman, pemberian Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super 2025-2026 kepada PDRM FC dan Kelantan TRW FC adalah berdasarkan semakan deklarasi serta penyelesaian tunggakan sehingga 31 Disember 2024 selaras dengan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025.
Dalam pada itu, MFL juga tidak menerima sebarang Deklarasi Tunggakan atau Tiada Tunggakan daripada Kelantan TRW FC dan PDRM FC setakat September 2025 pada tarikh penyerahan iaitu 16 Oktober 2025.
FFP MFL atas arahan FIB sebelum ini telah menghantar dua surat amaran kepada kedua-dua kelab tersebut bagi menuntut bukti pembayaran atau pelan pembayaran tunggakan, namun tiada sebarang penyelesaian terhadap tunggakan tersebut.
Artikel 14 Peraturan FFP MFL bagi musim 2025-2026 jelas menyatakan bahawa kegagalan mematuhi keperluan FFP MFL dalam tempoh pemantauan kewangan yang ditetapkan akan dianggap sebagai pelanggaran peraturan.
Oleh itu, FIB telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 kepada Kelantan TRW FC dan PDRM FC atas pelanggaran Artikel 14 dan diberikan tempoh 14 hari dari tarikh surat dihantar bagi menyelesaikan tunggakan berkenaan.
Namun pihak FFP MFL masih belum menerima sebarang resit pembayaran atau pelan pembayaran daripada kedua-dua kelab tersebut dan atas sebab itu FIB telah memutuskan untuk mengenakan denda kedua sebanyak RM20,000.
Oleh kerana FFP MFL tidak menerima sebarang maklumbalas daripada Kelantan TRW FC dan PDRM FC, FIB telah mengenakan denda ke atas kedua-dua kelab tersebut untuk kali ketiga sebanyak RM 40,000 serta larangan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua bagi musim 2025-2026.
FIB juga telah memberikan masa sehingga 31 Disember 2025 kepada Kelantan TRW FC dan PDRM FC untuk menyelesaikan isu tunggakan tersebut dan jika kedua-dua kelab tidak menepati tarikh yang diberikan oleh FIB maka tindakan lebih tegas di bawah Artikel 14(1)(e) Peraturan FFP MFL bagi musim 2025-2026 boleh diambil.
Tuan Sheikh Mohd Nasir Bin Sheikh Mohd Sharif
Pengerusi, First Instance Body (FIB)
Financial Fair Play MFL
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |