FOKUS PENUH HADAPI THE CATS, UBAIDULLAH AKUI RAMADHAN PERLU DIAWASI
Pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul menegaskan tumpuannya kini sepenuhnya terarah kepada aksi suku akhir pertama Piala FA 2025 menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 18 Oktober ini.
Menurutnya, Sang Penyu kini berada dalam momentum positif selepas meraih beberapa keputusan cemerlang dalam Liga Super dan berhasrat untuk meneruskan rentak kemenangan itu ketika beraksi di laman sendiri nanti.
“Sudah tentu kami berada dalam momentum yang baik dan ingin meneruskan rentak tersebut. Perlawanan pertama di sini amat berharga untuk kita membawa bekalan ke Kuching nanti,” katanya.
Ubaidullah mengakui bahawa Kuching City bukan lawan mudah, terutama dengan kehadiran beberapa pemain import berkualiti yang menjadi tunjang utama pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu.
“Kuching mempunyai pemain berkualiti. Kita tahu kebolehan pemain import mereka selain Ramadhan Saifullah yang menjadi antara senjata utama dengan kepantasan serta kebijaksanaannya mencari ruang.
"Saya harap penyokong dapat turun ke stadium untuk bersama kami dan insyaAllah, kita cipta kejayaan bersama,” jelasnya.
Dia menyatakan bahawa kemenangan di laman sendiri akan menjadi kunci kepada peluang Terengganu untuk mara ke separuh akhir, sambil menegaskan bahawa disiplin dan fokus sepanjang 90 minit bakal menentukan hasilnya.
Terengganu FC yang berjaya mara ke pusingan suku akhir sebelum ini telah menewaskan Imigresen FC dengan agregat 4-2 pada aksi pusingan 16 Piala FA.
See TranslationMenurutnya, Sang Penyu kini berada dalam momentum positif selepas meraih beberapa keputusan cemerlang dalam Liga Super dan berhasrat untuk meneruskan rentak kemenangan itu ketika beraksi di laman sendiri nanti.
“Sudah tentu kami berada dalam momentum yang baik dan ingin meneruskan rentak tersebut. Perlawanan pertama di sini amat berharga untuk kita membawa bekalan ke Kuching nanti,” katanya.
Ubaidullah mengakui bahawa Kuching City bukan lawan mudah, terutama dengan kehadiran beberapa pemain import berkualiti yang menjadi tunjang utama pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu.
“Kuching mempunyai pemain berkualiti. Kita tahu kebolehan pemain import mereka selain Ramadhan Saifullah yang menjadi antara senjata utama dengan kepantasan serta kebijaksanaannya mencari ruang.
"Saya harap penyokong dapat turun ke stadium untuk bersama kami dan insyaAllah, kita cipta kejayaan bersama,” jelasnya.
Dia menyatakan bahawa kemenangan di laman sendiri akan menjadi kunci kepada peluang Terengganu untuk mara ke separuh akhir, sambil menegaskan bahawa disiplin dan fokus sepanjang 90 minit bakal menentukan hasilnya.
Terengganu FC yang berjaya mara ke pusingan suku akhir sebelum ini telah menewaskan Imigresen FC dengan agregat 4-2 pada aksi pusingan 16 Piala FA.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |