"20 JAM PERJALANAN, TAK KISAH KOS, ASALKAN TENGOK KUCHING CITY MENANG DEPAN MATA"- PENYOKONG THE CAT
Bagi seorang penyokong tegar Kuching City FC, Ahet Jenis, apa saja sanggup dilakukan demi pasukan kesayangannya, The Cats.
Demi menyaksikan sendiri Derby Borneo antara Kuching City menentang Sabah FC di Stadium Likas, Ahet yang berusia 66 tahun sanggup memulakan perjalanan panjang dari Kuching ke Kota Kinabalu yang mengambil masa hampir 20 jam.
Menurut Ahet, perjalanan itu bermula dari Kuching sebelum singgah bermalam di Miri. Keesokan paginya, mereka meneruskan perjalanan dengan melintasi sempadan Brunei sebelum tiba di Kota Kinabalu.
“Kalau ikut kiraan, lebih kurang 12 jam dari Kuching ke Miri, dan dari Miri ke Kota Kinabalu pula sekitar lapan ke sembilan jam.
“Bila bercakap mengenai kos pula, minyak saja lebih kurang RM800, belum termasuk hotel dan makan. Tapi semua itu tidak penting, janji dapat tengok Kuching menang depan mata,” jelasnya sambil tersenyum.
Perjalanan yang ditempuh bersama tiga lagi ahli keluarganya bukan sesuatu yang mudah, bahkan penat lelah dan kos yang dikeluarkan bukan satu penghalang buat mereka menjejakkan kaki ke Stadium Likas.
“Perasaan memang gembira kerana dapat saksikan sendiri Kuching menentang Sabah. Sebagai peminat, itu satu kepuasan yang tak boleh digambarkan.
"Saya peminat bola sepak dari dulu, jadi berapa pun modal, yang penting saya gembira dapat jadi penyokong setia Kuching,” ujar Ahet penuh bangga.
Pengorbanan seperti Ahet ini membuktikan bahawa sokongan penyokong sejati menjadi nadi kepada semangat pasukan.
Selepas menang 1-0 kepada Sabah FC (tangga ke-12), Kuching City kini terus kekal berada di tangga keempat Liga Super dengan 13 mata berjaya dikutip daripada keseluruhan enam perlawanan yang sudah dilalui.
See TranslationDemi menyaksikan sendiri Derby Borneo antara Kuching City menentang Sabah FC di Stadium Likas, Ahet yang berusia 66 tahun sanggup memulakan perjalanan panjang dari Kuching ke Kota Kinabalu yang mengambil masa hampir 20 jam.
Menurut Ahet, perjalanan itu bermula dari Kuching sebelum singgah bermalam di Miri. Keesokan paginya, mereka meneruskan perjalanan dengan melintasi sempadan Brunei sebelum tiba di Kota Kinabalu.
“Kalau ikut kiraan, lebih kurang 12 jam dari Kuching ke Miri, dan dari Miri ke Kota Kinabalu pula sekitar lapan ke sembilan jam.
“Bila bercakap mengenai kos pula, minyak saja lebih kurang RM800, belum termasuk hotel dan makan. Tapi semua itu tidak penting, janji dapat tengok Kuching menang depan mata,” jelasnya sambil tersenyum.
Perjalanan yang ditempuh bersama tiga lagi ahli keluarganya bukan sesuatu yang mudah, bahkan penat lelah dan kos yang dikeluarkan bukan satu penghalang buat mereka menjejakkan kaki ke Stadium Likas.
“Perasaan memang gembira kerana dapat saksikan sendiri Kuching menentang Sabah. Sebagai peminat, itu satu kepuasan yang tak boleh digambarkan.
"Saya peminat bola sepak dari dulu, jadi berapa pun modal, yang penting saya gembira dapat jadi penyokong setia Kuching,” ujar Ahet penuh bangga.
Pengorbanan seperti Ahet ini membuktikan bahawa sokongan penyokong sejati menjadi nadi kepada semangat pasukan.
Selepas menang 1-0 kepada Sabah FC (tangga ke-12), Kuching City kini terus kekal berada di tangga keempat Liga Super dengan 13 mata berjaya dikutip daripada keseluruhan enam perlawanan yang sudah dilalui.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |