JDT BERPESTA GOL, KUCHING CITY KEJUTKAN SELANGOR
Aksi minggu kelima Liga Super (LS5) 2025-2026 menyaksikan enam perlawanan telah berlangsung dengan penuh dramatik dan keputusan yang tidak dijangka.
Bermula dengan Terengganu FC yang membuka tirai LS5 dengan meraih kemenangan bergaya setelah menewaskan Melaka FC (tangga kesembilan) 4-0 sekali gus menjadikan Sang Penyu berada di kedudukan 'Top 3' Liga Super.
Selain itu, pertembungan antara Imigresen FC dan Negeri Sembilan FC pula berlangsung sengit namun berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan menjadikan Imigresen kini kekal ditangga ke-11 manakala skuad Jang di tempat ketujuh.
Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pula PDRM FC yang sebelum ini berada di tangga ke-10 berjaya meraih tiga mata penuh selepas menundukkan Kelantan The Real Warriors (TRW) (tangga kelapan) 3-1. Keputusan itu telah melonjakkan kedudukan Sang Saka Biru di tangga keenam Liga Super.
Kejutan pula berlaku di Stadium Negeri apabila Kuching City FC (tangga keempat) yang bersaing rapat dengan Selangor FC (tangga kelima) mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor FC. Jurulatih, Aidil Sharin Sahak, menegaskan, "Paling utama ialah mengekalkan momentum, tingkatkan konsistensi dan kekal pada tahap ini sepanjang musim. Diharap kami dapat membawa tenaga ini ke perlawanan seterusnya."
Beralih ke perlawanan tumpuan di Stadium Sultan Ibrahim pula menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang gah berada di carta liga berpesta gol menewaskan Sabah FC (tangga ke-10) dengan keputusan 8-0.
Pengendali Sabah FC, Jean-Paul de Marigny, jelas kecewa dengan kelemahan pasukannya di bahagian tengah serta berharap skuad The Rhinos terus memperbaiki kelemahan bagi menghadapi aksi seterusnya.
“Kalau kita biarkan pihak lawan mendominasi kawasan tengah, ia akan jadi lebih sukar. Mereka mudah memberi tekanan dan pemain kita akan hilang arah. Situasi ini berlaku kepada kami di sepanjang perlawanan sehingga menjejaskan momentum permainan.
"Tambahan dalam bola sepak, bahagian tengah amat penting kerana dari situlah bermula kawalan perlawanan dan sekiranya kita gagal kuasai bahagian tengah, pihak lawan lebih mudah mencipta peluang," ujarnya.
Selain itu, aksi penutup LS5 antara DPMM FC (tangga ke-13) dan Kuala Lumpur City FC yang melonjak ke tangga kedua Liga Super malam tadi telah berakhir dengan keputusan 4-0, menyaksikan skuad The City Boys mendahului perlawanan dan terus rancak bersaing dalam carta Liga Super musim ini.
Dengan berakhirnya enam perlawanan minggu ini, setiap pasukan pasti mahu segera memperbaiki kelemahan dan kembali lebih mantap menjelang aksi Liga Super minggu keenam yang akan berlangsung pada Jumaat, 26 September ini.
See TranslationBermula dengan Terengganu FC yang membuka tirai LS5 dengan meraih kemenangan bergaya setelah menewaskan Melaka FC (tangga kesembilan) 4-0 sekali gus menjadikan Sang Penyu berada di kedudukan 'Top 3' Liga Super.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |