DANIAL ASRI SEDAR ANCAMAN SELANGOR FC ESOK
Penyerang Kuching City FC, Danial Asri mahu terus membuktikan sesuatu terutamanya apabila bakal bertemu Selangor FC dalam aksi Liga Super, malam esok.
Selaku bekas pemain Selangor, Danial sedar kekuatan yang ada pada skuad kendalian Katsuhito Kinoshi ini terutamanya kualiti yang ada pada pemain-pemain import mereka untuk memberikan tentangan sukar di Stadium Negeri esok.
Tidak menganggap ia satu kelebihan meskipun dia pernah beraksi bersama pasukan itu musim lalu, Danial percaya percaturan pengendali, Aidil Sharin Sahak untuk memastikan Kuching City mampu menundukkan lawan itu sekaligus memperbaiki kedudukan liga yang ketika ini di tangga ke 6.
“Bagi saya Kuching City sekarang memang dalam momentum yang terbaik dan kita tidak mahu terus selesa dengan kemenangan lepas.
“Kita perlu teruskan momentum ini untuk fokus lawan Selangor sebab kita tahu ia akan menjadi perlawanan yang cukup sukar.
“Pendapat saya, penyerang mereka, Alvin Fortes antara yang perlu kita waspada sebab saya tahu permainan dia macam mana dan dia boleh dianggap bahaya kepada Kuching esok”, jelasnya.
Setakat ini, Danial telah diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dalam 3 perlawanan termasuklah pusingan 16 Piala FA minggu lalu dan berjaya mencetak 3 gol setakat ini.
“Saya tidak mahu kecewakan kepercayaan yang diberi oleh Aidil dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar setakat ini untuk saya cuba membantu pasukan sebaik mungkin”, tambahnya.
Hari ini akan berlangsungnya dua perlawanan iaitu Imigresen FC menentang Negeri Sembilan FC (5 petang) dan PDRM FC melawan Kelantan The Real Warriors FC (9 malam) manakala dua perlawanan pada Ahad menyaksikan selain Kuching City FC bertemu Selangor FC, Johor Darul Ta’zim pula akan bertemu Sabah FC.
Satu perlawanan pada Isnin pula membabitkan DPMM FC yang menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC.
See TranslationSelaku bekas pemain Selangor, Danial sedar kekuatan yang ada pada skuad kendalian Katsuhito Kinoshi ini terutamanya kualiti yang ada pada pemain-pemain import mereka untuk memberikan tentangan sukar di Stadium Negeri esok.
Tidak menganggap ia satu kelebihan meskipun dia pernah beraksi bersama pasukan itu musim lalu, Danial percaya percaturan pengendali, Aidil Sharin Sahak untuk memastikan Kuching City mampu menundukkan lawan itu sekaligus memperbaiki kedudukan liga yang ketika ini di tangga ke 6.
“Bagi saya Kuching City sekarang memang dalam momentum yang terbaik dan kita tidak mahu terus selesa dengan kemenangan lepas.
“Kita perlu teruskan momentum ini untuk fokus lawan Selangor sebab kita tahu ia akan menjadi perlawanan yang cukup sukar.
“Pendapat saya, penyerang mereka, Alvin Fortes antara yang perlu kita waspada sebab saya tahu permainan dia macam mana dan dia boleh dianggap bahaya kepada Kuching esok”, jelasnya.
Setakat ini, Danial telah diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dalam 3 perlawanan termasuklah pusingan 16 Piala FA minggu lalu dan berjaya mencetak 3 gol setakat ini.
“Saya tidak mahu kecewakan kepercayaan yang diberi oleh Aidil dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar setakat ini untuk saya cuba membantu pasukan sebaik mungkin”, tambahnya.
Hari ini akan berlangsungnya dua perlawanan iaitu Imigresen FC menentang Negeri Sembilan FC (5 petang) dan PDRM FC melawan Kelantan The Real Warriors FC (9 malam) manakala dua perlawanan pada Ahad menyaksikan selain Kuching City FC bertemu Selangor FC, Johor Darul Ta’zim pula akan bertemu Sabah FC.
Satu perlawanan pada Isnin pula membabitkan DPMM FC yang menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |