BEST XI: CHRIGOR MORAES, PEMAIN TERBAIK PILIHAN DATO' ZAINAL ABIDIN HASSAN
Aksi minggu keempat Liga Super 2025-2026 menyaksikan Chrigor Moraes dari Selangor FC dinobatkan sebagai pemain terbaik pilihan legenda bola sepak negara, Dato' Zainal Abidin Hassan.
Kemenangan bergaya Selangor 5-2 ke atas Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Sabtu lalu menjadi pentas cemerlang buat Moraes yang meledak hatrik, sekali gus membuktikan kelincahannya di posisi serangan.
Menurut Zainal Abidin, prestasi Moraes jelas memberi impak besar kepada pasukan dan melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik pilihan.
“Seorang penyerang dinilai melalui jaringan, dan Moraes telah membuktikan tahap penyudahnya berada di kelas tersendiri. Hatrik menentang pasukan kuat seperti Terengganu FC adalah bukti kualitinya,” katanya.
Selain dinobatkan pemain terbaik, Moraes turut tersenarai dalam Best XI Liga Super LS4 pilihan Zainal Abidin bersama dua lagi penyerang iaitu Joseph Esso (Negeri Sembilan FC) dan Jairo Da Silva (Johor Darul Ta’zim).
Menggunakan formasi 4-3-3, Zainal mengekalkan Ahmad Syihan Hazmi (JDT) sebagai penjaga gol pilihan, dengan barisan pertahanan dibarisi Jon Irazabal (JDT) di kiri, James Okwuosa (Kuching City FC) serta Eddy Israfilov (JDT) sebagai gandingan bek tengah, manakala Quentin Cheng (Selangor FC) mengisi posisi bek kanan.
Di bahagian tengah pula, Noor Al-Rawabdeh (Selangor FC), Alex (Negeri Sembilan FC) dan Arif Aiman (JDT) melengkapkan kombinasi terbaik bagi menggerakkan serangan.
Zainal menegaskan setiap pemain yang dipilih bukan sahaja menyerlah secara individu, tetapi juga memberi sumbangan besar kepada pasukan masing-masing dalam aksi Liga Super minggu keempat.
“Pemilihan ini dibuat berdasarkan konsistensi, keberkesanan taktikal dan impak terhadap pasukan. Saya percaya setiap seorang yang tersenarai dalam Best XI minggu lalu benar-benar layak menerimanya,” jelasnya.
Aksi Liga Super minggu kelima (LS5) bakal bersambung semula pada 19 September depan, bagi memberi laluan terhadap Perlawanan Kedua Piala FA Pusingan 16 yang bakal berlangsung 12 September 2025.
See TranslationKemenangan bergaya Selangor 5-2 ke atas Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Sabtu lalu menjadi pentas cemerlang buat Moraes yang meledak hatrik, sekali gus membuktikan kelincahannya di posisi serangan.
Menurut Zainal Abidin, prestasi Moraes jelas memberi impak besar kepada pasukan dan melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik pilihan.
“Seorang penyerang dinilai melalui jaringan, dan Moraes telah membuktikan tahap penyudahnya berada di kelas tersendiri. Hatrik menentang pasukan kuat seperti Terengganu FC adalah bukti kualitinya,” katanya.
Selain dinobatkan pemain terbaik, Moraes turut tersenarai dalam Best XI Liga Super LS4 pilihan Zainal Abidin bersama dua lagi penyerang iaitu Joseph Esso (Negeri Sembilan FC) dan Jairo Da Silva (Johor Darul Ta’zim).
Menggunakan formasi 4-3-3, Zainal mengekalkan Ahmad Syihan Hazmi (JDT) sebagai penjaga gol pilihan, dengan barisan pertahanan dibarisi Jon Irazabal (JDT) di kiri, James Okwuosa (Kuching City FC) serta Eddy Israfilov (JDT) sebagai gandingan bek tengah, manakala Quentin Cheng (Selangor FC) mengisi posisi bek kanan.
Di bahagian tengah pula, Noor Al-Rawabdeh (Selangor FC), Alex (Negeri Sembilan FC) dan Arif Aiman (JDT) melengkapkan kombinasi terbaik bagi menggerakkan serangan.
Zainal menegaskan setiap pemain yang dipilih bukan sahaja menyerlah secara individu, tetapi juga memberi sumbangan besar kepada pasukan masing-masing dalam aksi Liga Super minggu keempat.
“Pemilihan ini dibuat berdasarkan konsistensi, keberkesanan taktikal dan impak terhadap pasukan. Saya percaya setiap seorang yang tersenarai dalam Best XI minggu lalu benar-benar layak menerimanya,” jelasnya.
Aksi Liga Super minggu kelima (LS5) bakal bersambung semula pada 19 September depan, bagi memberi laluan terhadap Perlawanan Kedua Piala FA Pusingan 16 yang bakal berlangsung 12 September 2025.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |