NIK AKIF SIAP SEDIA HADAPI CABARAN JDT DI BATU KAWAN
Tonggak tengah Imigresen FC, Nik Akif Syahiran Nik Mat akui pasukannya bakal turun di laman sendiri sebagai pasukan 'underdog', apabila menerima kunjungan skuad gergasi Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi petang ini.
Meskipun sedar akan kekuatan pihak lawan yang sukar ditandingi, namun Nik Akif tetap optimis bahawa rakan sepasukan mampu memberikan tentangan terbaik pada aksi Liga Super nanti.
“Pemain yang perlu diawasi semestinya Arif Aiman dan saya harap semua pemain Imigresen dapat beri komitmen terbaik.
"Walaupun pasukan kami bermula agak lewat berbanding yang lain, keserasian pasukan semakin meningkat dari masa ke semasa dan saya nampak ada perkembangan positif setiap kali beraksi,” jelas Nik Akif.
Beliau menambah, sememangnya cabaran menentang JDT tidak boleh dipandang ringan, namun keyakinannya terhadap barisan pemain Imigresen untuk turun dengan semangat juang yang tinggi tetap ada.
“Harapan saya, semua pemain dapat beri 100 peratus dalam perlawanan ini. Kami tahu bukan mudah, tetapi saya yakin jika semua beri komitmen penuh, kami mampu mendapatkan keputusan terbaik nanti," katanya.
Skuad Imigresen yang masih belum mencatat kemenangan dalam dua aksi Liga Super terdahulu musim ini, sekali gus menerima tekanan tambahan untuk mereka tampil dengan aksi lebih meyakinkan menentang JDT.
Aksi Liga Super petang ini antara Imigresen FC dan JDT akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan dan sepak mula berlangsung jam 5 petang.
See TranslationMeskipun sedar akan kekuatan pihak lawan yang sukar ditandingi, namun Nik Akif tetap optimis bahawa rakan sepasukan mampu memberikan tentangan terbaik pada aksi Liga Super nanti.
“Pemain yang perlu diawasi semestinya Arif Aiman dan saya harap semua pemain Imigresen dapat beri komitmen terbaik.
"Walaupun pasukan kami bermula agak lewat berbanding yang lain, keserasian pasukan semakin meningkat dari masa ke semasa dan saya nampak ada perkembangan positif setiap kali beraksi,” jelas Nik Akif.
Beliau menambah, sememangnya cabaran menentang JDT tidak boleh dipandang ringan, namun keyakinannya terhadap barisan pemain Imigresen untuk turun dengan semangat juang yang tinggi tetap ada.
“Harapan saya, semua pemain dapat beri 100 peratus dalam perlawanan ini. Kami tahu bukan mudah, tetapi saya yakin jika semua beri komitmen penuh, kami mampu mendapatkan keputusan terbaik nanti," katanya.
Skuad Imigresen yang masih belum mencatat kemenangan dalam dua aksi Liga Super terdahulu musim ini, sekali gus menerima tekanan tambahan untuk mereka tampil dengan aksi lebih meyakinkan menentang JDT.
Aksi Liga Super petang ini antara Imigresen FC dan JDT akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan dan sepak mula berlangsung jam 5 petang.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |