BEST XI: HARITH SAMSURI PILIHAN ZAQUAN ADHA SEBAGAI PERTAHANAN TERBAIK
Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak meletakkan pertahanan Negeri Sembilan FC, Harith Samsuri sebagai pilihan terbaik yang mencuri tumpuan selepas berakhir minggu ketiga Liga Super 2025-2026.
Ini kerana kualiti Harith selaku pemain tempatan dilihat mampu menyaingi beberapa pertahanan import lain untuknya terus menambat hati jurulatih, Nidzam Jamil bagi berada dalam kesebelasan utama dalam aksi-aksi akan datang.
Zaquan yang kini menjadi penganalisis bola sepak bersama Astro Arena berkata, pemain berusia 25 tahun itu yang bermula dengan kelab Negeri Sembilan bawah 23 tahun pada tahun 2023 semakin menunjukkan peningkatan sejak musim lalu dan kini menjadi pilihan untuk berada dalam Best XI Liga Super (LS3) bersama-sama tiga lagi pertahanan lain iaitu Kamal Azizi (KL City FC), Giancarlo Gallifuco (KL City FC) dan Scott Woods (Kuching City FC).
“Saya tengok Harith boleh bagi komitmen yang tinggi di atas padang setiap kali diberi peluang beraksi dan dia bermula daripada bawah sebelum bersama skuad senior NSFC.
“Dan selaku pemain tempatan yang beraksi di pertahanan, Harith berjaya membuktikan kemampuan dia untuk menyaingi import yang lain dan kita dapat tengok prestasinya ketika menentang Selangor FC tempoh hari.
“Selain Scott dan Gallifuoco, Kamal Azizi pun tidak kurang juga apabila kesempatan yang ada untuk menjaringkan gol kemenangan tidak disia-siakan untuk bantu KL City raih 3 mata,” jelasnya.
Empat pertahanan tersebut berada dalam senarai Best XI pilihan Zaquan menerusi formasi 4-3-3 dengan Ahmad Syihan Hazmi (JDT) selaku penjaga gol utama minggu ini.
Hector Hevel pula menjadi pilihan utama pemain tengah Zaquan yang menyifatkan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempunyai kreativiti untuk bantu pasukan baik daripada bertahan sehingga ke menyerang selain dua lagi pemain tengah adalah Nurillo Tukhtasinov (Terengganu FC) dan Nor Azam Abdul Azih (Kelantan The Real Warriors FC).
Dan untuk melengkapkan formasi 4-3-3 beliau adalah tiga penyerang utama iaitu Safawi Rasid (Kuala Lumpur City FC), Mio Tsuneyasu (Negeri Sembilan) dan Yann Kevin Mabella (Terengganu FC).
“Kalau bercakap pasal pemain di bahagian depan ini, Mio (Tsuneyasu) boleh diberikan kredit untuk aksi pada malam itu ketika lawan Selangor FC.
“Setakat ini, dah dua perlawanan saya tengok dia masuk sebagai pemain gantian dan terus memberikan impak kepada kelab untuk menyaingi pasukan lawan.
“Dua gol pada minit-minit akhir tempoh hari daripadanya memang saya rasa akan diingati sebab gol berharga itu yang bagi tiga mata kepada Negeri Sembilan”, tambahnya.
Aksi Liga Super minggu keempat akan berlangsung pada Rabu (esok) dengan dua perlawanan iaitu Selangor FC menentang Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC berdepan PDRM FC.
See TranslationIni kerana kualiti Harith selaku pemain tempatan dilihat mampu menyaingi beberapa pertahanan import lain untuknya terus menambat hati jurulatih, Nidzam Jamil bagi berada dalam kesebelasan utama dalam aksi-aksi akan datang.
Zaquan yang kini menjadi penganalisis bola sepak bersama Astro Arena berkata, pemain berusia 25 tahun itu yang bermula dengan kelab Negeri Sembilan bawah 23 tahun pada tahun 2023 semakin menunjukkan peningkatan sejak musim lalu dan kini menjadi pilihan untuk berada dalam Best XI Liga Super (LS3) bersama-sama tiga lagi pertahanan lain iaitu Kamal Azizi (KL City FC), Giancarlo Gallifuco (KL City FC) dan Scott Woods (Kuching City FC).
“Saya tengok Harith boleh bagi komitmen yang tinggi di atas padang setiap kali diberi peluang beraksi dan dia bermula daripada bawah sebelum bersama skuad senior NSFC.
“Dan selaku pemain tempatan yang beraksi di pertahanan, Harith berjaya membuktikan kemampuan dia untuk menyaingi import yang lain dan kita dapat tengok prestasinya ketika menentang Selangor FC tempoh hari.
“Selain Scott dan Gallifuoco, Kamal Azizi pun tidak kurang juga apabila kesempatan yang ada untuk menjaringkan gol kemenangan tidak disia-siakan untuk bantu KL City raih 3 mata,” jelasnya.
Empat pertahanan tersebut berada dalam senarai Best XI pilihan Zaquan menerusi formasi 4-3-3 dengan Ahmad Syihan Hazmi (JDT) selaku penjaga gol utama minggu ini.
Hector Hevel pula menjadi pilihan utama pemain tengah Zaquan yang menyifatkan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempunyai kreativiti untuk bantu pasukan baik daripada bertahan sehingga ke menyerang selain dua lagi pemain tengah adalah Nurillo Tukhtasinov (Terengganu FC) dan Nor Azam Abdul Azih (Kelantan The Real Warriors FC).
Dan untuk melengkapkan formasi 4-3-3 beliau adalah tiga penyerang utama iaitu Safawi Rasid (Kuala Lumpur City FC), Mio Tsuneyasu (Negeri Sembilan) dan Yann Kevin Mabella (Terengganu FC).
“Kalau bercakap pasal pemain di bahagian depan ini, Mio (Tsuneyasu) boleh diberikan kredit untuk aksi pada malam itu ketika lawan Selangor FC.
“Setakat ini, dah dua perlawanan saya tengok dia masuk sebagai pemain gantian dan terus memberikan impak kepada kelab untuk menyaingi pasukan lawan.
“Dua gol pada minit-minit akhir tempoh hari daripadanya memang saya rasa akan diingati sebab gol berharga itu yang bagi tiga mata kepada Negeri Sembilan”, tambahnya.
Aksi Liga Super minggu keempat akan berlangsung pada Rabu (esok) dengan dua perlawanan iaitu Selangor FC menentang Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC berdepan PDRM FC.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |