PEMAIN IKUT PERANCANGAN DENGAN BAIK - BADRUL AFZAN
Ketua jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali jelas berpuas hati selepas barisan pemain beraksi mengikut perancangan untuk akhirnya raih kemenangan besar 5-0 ke atas DPMM FC dalam aksi Liga Super, semalam.
Gol jaringan yang hadir seawal 11 saat menerusi Careca nyata memberikan motivasi berterusan kepada kelab untuk meneruskan momentum terbaik bagi menambah jaringan tanpa memberi ruang kepada tuan rumah menjaringkan gol.
Badrul sebelum ini telah menilai perlawanan yang ditampilkan oleh kelab dari Brunei Darussalam itu dan gembira apabila taktikal dan perancangan beliau untuk aksi semalam berhasil menerusi asakan-asakan menarik daripada barisan pemain.
“Syukur Alhamdulillah tiga mata yang sangat berharga dan tahniah saya ucapkan kepada barisan pemain sebab perlawanan tadi (semalam) memamg intensiti yang cukup tinggi.
“Untuk dapatkan lima gol sebenarnya bukan mudah untuk kita dan sekarang kita kena bersedia untuk aksi lawan Selangor FC pula minggu hadapan.
“Sebelum ini saya memang dah tengok tiga aksi dari mereka (DPMM FC) dan mereka memang ada kekuatan sendiri di mana saya tekankan untuk awasi pemain nombor 9 (Ramadhan Sananta) dan nombor 10 (Miguel Oliveira).
“Jadi mereka pun sangat berdisiplin dan ambil banyak peluang untuk menjaringkan sehingga 5 gol untuk menang”, jelasnya.
Pengendali DPMM FC, James Reynolds pula mengakui kecewa dan tidak dapat menerima aksi yang ditampilkan oleh anak buahnya apabila gagal menterjemahkan sebarang gol apatah lagi beraksi di laman sendiri.
“Kecewa sangat sebab langsung tak ada gol di laman sendiri dan saya turut kecewa dengan aksi yang telah ditampilkan.
“Kami susah nak bertahan sehingga mereka dapat menjaringkan sehingga 5 gol dan saya minta maaf atas kekalahan ini.
“Sebagai jurulatih, sukar untuk saya menerima kekalahan ini sebab kita banyak mensia-siakan peluang yang ada”, katanya.
Kemenangan Terengganu FC semalam melonjakkan pasukan itu ke tangga teratas Liga Super setakat ini dengan tujuh mata yang telah diraih.
See TranslationGol jaringan yang hadir seawal 11 saat menerusi Careca nyata memberikan motivasi berterusan kepada kelab untuk meneruskan momentum terbaik bagi menambah jaringan tanpa memberi ruang kepada tuan rumah menjaringkan gol.
Badrul sebelum ini telah menilai perlawanan yang ditampilkan oleh kelab dari Brunei Darussalam itu dan gembira apabila taktikal dan perancangan beliau untuk aksi semalam berhasil menerusi asakan-asakan menarik daripada barisan pemain.
“Syukur Alhamdulillah tiga mata yang sangat berharga dan tahniah saya ucapkan kepada barisan pemain sebab perlawanan tadi (semalam) memamg intensiti yang cukup tinggi.
“Untuk dapatkan lima gol sebenarnya bukan mudah untuk kita dan sekarang kita kena bersedia untuk aksi lawan Selangor FC pula minggu hadapan.
“Sebelum ini saya memang dah tengok tiga aksi dari mereka (DPMM FC) dan mereka memang ada kekuatan sendiri di mana saya tekankan untuk awasi pemain nombor 9 (Ramadhan Sananta) dan nombor 10 (Miguel Oliveira).
“Jadi mereka pun sangat berdisiplin dan ambil banyak peluang untuk menjaringkan sehingga 5 gol untuk menang”, jelasnya.
Pengendali DPMM FC, James Reynolds pula mengakui kecewa dan tidak dapat menerima aksi yang ditampilkan oleh anak buahnya apabila gagal menterjemahkan sebarang gol apatah lagi beraksi di laman sendiri.
“Kecewa sangat sebab langsung tak ada gol di laman sendiri dan saya turut kecewa dengan aksi yang telah ditampilkan.
“Kami susah nak bertahan sehingga mereka dapat menjaringkan sehingga 5 gol dan saya minta maaf atas kekalahan ini.
“Sebagai jurulatih, sukar untuk saya menerima kekalahan ini sebab kita banyak mensia-siakan peluang yang ada”, katanya.
Kemenangan Terengganu FC semalam melonjakkan pasukan itu ke tangga teratas Liga Super setakat ini dengan tujuh mata yang telah diraih.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |