TERENGGANU BUKAN LAWAN YANG MUDAH - KHAIRULAZHAN
Penjaga gol baharu Penang FC, Khairulazhan Khalid sedar kualiti yang ada pada barisan pemain baharu Terengganu FC sekali gus menjangkakan pertembungan sengit dalam aksi pertama Liga Super, Ahad ini.
Semestinya, Penang FC enggan dikecewakan di laman sendiri dalam perlawanan sulung mereka apatah lagi berdepan kelab seperti Terengganu FC yang tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan tuan rumah.
Namun, penjaga gol berusia 36 tahun itu menyifatkan persiapan pasukan berjalan dengan lancar terutamanya ketika pra musim apatah lagi selepas pernah berdepan lawan sama dalam aksi persahabatan sebelum ini.
Meskipun tewas 1-3, mereka telah mengenalpasti kelemahan yang perlu diperbaiki selain dapat menilai sedikit sebanyak aksi pemain-pemain Terengganu FC musim ini untuk Penang FC lebih bersedia dalam perlawanan sebenar pada Ahad.
“Kita sedia maklum Terengganu adalah pasukan yang kuat tambahan pula dengan pemain-pemain import mereka yang berkualiti.
“Namun, semua pemain kena bagi lebih 100 peratus di atas padang untuk memastikan kami dapat 3 mata terutamanya apabila beraksi di laman sendiri dan kita nak beraksi dengan baik di hadapan penyokong.
“Bagi saya, semua pemain Terengganu patut diberi perhatian sebab sebelum ini kita dah pernah lawan dengan mereka dalam aksi persahabatan, jadi memang kita dah dapat tengok macam mana mereka semua beraksi.
“Apa pun, minggu ini memang banyak jurulatih terapkan kepada pemain untuk terus ada mentaliti kemenangan sebab perlawanan pertama ini penting supaya bagi suntikan semangat lebih awal kepada kita,” katanya.
Khairulazhan bagaimanapun tidak mahu terlalu selesa meskipun dia antara penjaga gol berpengalaman untuk menambat hati jurulatih bagi berada dalam kesebelasan utama.
Baginya, pengalaman sedekad bersama Selangor FC masih belum menjamin posisinya untuk menjadi penjaga gol utama apabila perlu bersaing dengan Khatul Anuar, Ramadhan Hamid dan penjaga gol muda, Ashriq Izzat.
“Saya pun tak sangka penghijrahan saya ke sini (Penang FC) sebab saya memang dah lama di Selangor, jadi bersyukur masih ada peluang untuk beraksi apabila dapat tawaran daripada Penang.
“Tapi semuanya terletak pada jurulatih (peluang beraksi) sebab ada 3 lagi penjaga gol lain yang bagus dan siapa pun yang dipilih, kami tetap komited untuk beri yang terbaik”, tambahnya.
Kredit gambar daripada Penang FC
See TranslationSemestinya, Penang FC enggan dikecewakan di laman sendiri dalam perlawanan sulung mereka apatah lagi berdepan kelab seperti Terengganu FC yang tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan tuan rumah.
Namun, penjaga gol berusia 36 tahun itu menyifatkan persiapan pasukan berjalan dengan lancar terutamanya ketika pra musim apatah lagi selepas pernah berdepan lawan sama dalam aksi persahabatan sebelum ini.
Meskipun tewas 1-3, mereka telah mengenalpasti kelemahan yang perlu diperbaiki selain dapat menilai sedikit sebanyak aksi pemain-pemain Terengganu FC musim ini untuk Penang FC lebih bersedia dalam perlawanan sebenar pada Ahad.
“Kita sedia maklum Terengganu adalah pasukan yang kuat tambahan pula dengan pemain-pemain import mereka yang berkualiti.
“Namun, semua pemain kena bagi lebih 100 peratus di atas padang untuk memastikan kami dapat 3 mata terutamanya apabila beraksi di laman sendiri dan kita nak beraksi dengan baik di hadapan penyokong.
“Bagi saya, semua pemain Terengganu patut diberi perhatian sebab sebelum ini kita dah pernah lawan dengan mereka dalam aksi persahabatan, jadi memang kita dah dapat tengok macam mana mereka semua beraksi.
“Apa pun, minggu ini memang banyak jurulatih terapkan kepada pemain untuk terus ada mentaliti kemenangan sebab perlawanan pertama ini penting supaya bagi suntikan semangat lebih awal kepada kita,” katanya.
Khairulazhan bagaimanapun tidak mahu terlalu selesa meskipun dia antara penjaga gol berpengalaman untuk menambat hati jurulatih bagi berada dalam kesebelasan utama.
Baginya, pengalaman sedekad bersama Selangor FC masih belum menjamin posisinya untuk menjadi penjaga gol utama apabila perlu bersaing dengan Khatul Anuar, Ramadhan Hamid dan penjaga gol muda, Ashriq Izzat.
“Saya pun tak sangka penghijrahan saya ke sini (Penang FC) sebab saya memang dah lama di Selangor, jadi bersyukur masih ada peluang untuk beraksi apabila dapat tawaran daripada Penang.
“Tapi semuanya terletak pada jurulatih (peluang beraksi) sebab ada 3 lagi penjaga gol lain yang bagus dan siapa pun yang dipilih, kami tetap komited untuk beri yang terbaik”, tambahnya.
Kredit gambar daripada Penang FC
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |