MFL UMUM TAMBAHAN KUOTA TIGA PEMAIN TEMPATAN LIGA MALAYSIA 2025-2026
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan tambahan kuota tiga pemain tempatan bagi menjadikan keseluruhan 33 pemain boleh didaftarkan oleh semua kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia 2025-2026.
Keputusan ini dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas baru-baru ini selepas mempertimbangkan permohonan tambahan kuota pemain tempatan daripada beberapa kelab khususnya daripada Liga AI Semi-Pro yang baharu dinaikkan taraf ke Liga Super musim ini.
Ini kerana kelab-kelab berkenaan pada musim pertama diberikan pengecualian daripada memiliki pasukan pembangunan (Piala Presiden, Piala Belia, Bawah 17 Tahun dan Bawah 10 Tahun) selain pemansuhan Piala MFL bagi musim 2025-2026.
Justeru tambahan kuota tiga pemain tempatan ini dapat memberikan tambahan pilihan pemain kepada kelab yang tidak memiliki pasukan pembangunan.
Bagaimanapun Ahli Lembaga Pengarah MFL turut memutuskan bahawa kelab-kelab tidak diwajibkan untuk memenuhi tambahan tiga kuota pemain tempatan ini sebaliknya ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab masing-masing di mana pada musim ini pelaksanaan Financial Fair Play (FFP) dengan menguatkuasakan mekanisme gaji siling ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus.
Dengan penambahan kuota tiga pemain tempatan ini menjadikan komposisi pemain bagi kelab Liga Malaysia 2025-2026 adalah 33 pemain keseluruhan pemain yang boleh didaftarkan iaitu 18 pemain tempatan dan 15 pemain asing.
Kelab-kelab boleh mendaftarkan pemain sehingga tarikh tutup jendela pertama perpindahan pemain pada 31 Ogos 2025 manakala bagi jendela kedua perpindahan pemain akan bermula pada 5 Januari 2026 hingga 1 Februari 2026.
See TranslationKeputusan ini dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas baru-baru ini selepas mempertimbangkan permohonan tambahan kuota pemain tempatan daripada beberapa kelab khususnya daripada Liga AI Semi-Pro yang baharu dinaikkan taraf ke Liga Super musim ini.
Ini kerana kelab-kelab berkenaan pada musim pertama diberikan pengecualian daripada memiliki pasukan pembangunan (Piala Presiden, Piala Belia, Bawah 17 Tahun dan Bawah 10 Tahun) selain pemansuhan Piala MFL bagi musim 2025-2026.
Justeru tambahan kuota tiga pemain tempatan ini dapat memberikan tambahan pilihan pemain kepada kelab yang tidak memiliki pasukan pembangunan.
Bagaimanapun Ahli Lembaga Pengarah MFL turut memutuskan bahawa kelab-kelab tidak diwajibkan untuk memenuhi tambahan tiga kuota pemain tempatan ini sebaliknya ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab masing-masing di mana pada musim ini pelaksanaan Financial Fair Play (FFP) dengan menguatkuasakan mekanisme gaji siling ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus.
Dengan penambahan kuota tiga pemain tempatan ini menjadikan komposisi pemain bagi kelab Liga Malaysia 2025-2026 adalah 33 pemain keseluruhan pemain yang boleh didaftarkan iaitu 18 pemain tempatan dan 15 pemain asing.
Kelab-kelab boleh mendaftarkan pemain sehingga tarikh tutup jendela pertama perpindahan pemain pada 31 Ogos 2025 manakala bagi jendela kedua perpindahan pemain akan bermula pada 5 Januari 2026 hingga 1 Februari 2026.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |