PELUANG 3 KELAB A1 SEMI-PRO RAIH PENGALAMAN
3 kelab Liga A1 Semi-Pro tidak perlu gentar bertemu kelab besar Liga Super di pusingan 16 Piala FA 2025-2026 sebaliknya menjadikan aksi itu sebagai batu loncatan untuk menimba pengalaman berguna.
Itu yang disuarakan oleh bekas pemain Terengganu, Ahmad Nordin Alias selepas berakhir undian pada Isnin lalu menyaksikan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan UM-Damansara FC selain dua lagi kelab iaitu Bunga Raya FC akan menentang Sabah FC manakala Malaysian University FT akan melawan naib juara Piala FA musim lalu, Selangor FC.
Pertembungan yang boleh dianggap cukup mencabar untuk 3 kelab amatur ini memandangkan JDT, Selangor dan Sabah merupakan antara pasukan terbaik Liga Super namun Nordin berpandangan positif untuk melihat perlawanan itu sebagai landasan terbaik untuk menguji kualiti yang ada pada pemain-pemain mereka di Liga A1 Semi-Pro.
Nordin selaku penjaring Terengganu FC ketika aksi final Piala FA 2011 menganggap tiada apa yang mustahil untuk melihat kejutan yang boleh berlaku kerana pusingan 16 ini akan berlangsung secara timbal balik.
“Apabila kita melihat format pusingan 16 yang akan beraksi secara timbal balik, kita tahu akan ada kejutan boleh berlaku.
“Sebab kalau satu kelab kalah di perlawanan pertama, sekurang-kurangnya mereka ada masa untuk perbaiki apa yang patut di perlawanan kedua pula.
“Tapi yang menarik saya nak tengok adalah apabila 3 kelab Liga A1 Semi-Pro akan berjumpa dengan 3 pasukan besar (JDT, Selangor, Sabah), situasi ini kita lihat mungkin laluan mudah untuk pasukan Liga Super.
“Tapi saya percaya ia akan jadi satu pengalaman terbaik untuk dipelajari oleh pemain-pemain daripada kelab tersebut sebab bukan selalu peluang ini hadir untuk mereka lawan kelab seperti JDT, Selangor dan Sabah”, jelasnya.
Sementara itu, bekas kapten Perak Piala FA 2004, Ahmad Shahrul Azhar pula beri bayangan Kuching City FC selaku pasukan yang giat melakukan persiapan dalam pra musim bakal beri tentangan menarik kepada kelab baharu dari Brunei Darussalam, DPMM FC di pusingan 16 nanti.
“Kuching City tahun lepas banyak buat kejutan ketika di bawah bimbingan Aidil Sharin Sahak, jadi musim ini kita nak tengok juga sejauh mana kualiti mereka.
“Jadi apabila diundi bertemu DPMM FC, saya percaya mesti ramai yang menanti untuk tengok perlawanan itu yang tidak boleh jangka prestasi kelab baharu ini.
“Tapi secara keseluruhan undian kali ini, apa sahaja boleh berlaku baik pasukan besar atau pasukan yang kurang berpengalaman”, katanya.
Undian menarik lain adalah perlawanan antara Negeri Sembilan FC yang akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang menentang PDRM FC dan Terengganu FC selaku juara Piala FA sebanyak dua kali akan berentap berdepan Imigresen FC.
Kelantan The Real Warriors FC yang dijenamakan semula daripada Kelantan Darul Naim FC pula pastinya enggan melepaskan peluang untuk memastikan slot suku akhir dalam tangan apabila diundi melawan Kuala Lumpur City FC selain Melaka FC juga dilihat bakal menjanjikan pertembungan menarik apabila diundi menentang Penang FC.
See TranslationItu yang disuarakan oleh bekas pemain Terengganu, Ahmad Nordin Alias selepas berakhir undian pada Isnin lalu menyaksikan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan UM-Damansara FC selain dua lagi kelab iaitu Bunga Raya FC akan menentang Sabah FC manakala Malaysian University FT akan melawan naib juara Piala FA musim lalu, Selangor FC.
Pertembungan yang boleh dianggap cukup mencabar untuk 3 kelab amatur ini memandangkan JDT, Selangor dan Sabah merupakan antara pasukan terbaik Liga Super namun Nordin berpandangan positif untuk melihat perlawanan itu sebagai landasan terbaik untuk menguji kualiti yang ada pada pemain-pemain mereka di Liga A1 Semi-Pro.
Nordin selaku penjaring Terengganu FC ketika aksi final Piala FA 2011 menganggap tiada apa yang mustahil untuk melihat kejutan yang boleh berlaku kerana pusingan 16 ini akan berlangsung secara timbal balik.
“Apabila kita melihat format pusingan 16 yang akan beraksi secara timbal balik, kita tahu akan ada kejutan boleh berlaku.
“Sebab kalau satu kelab kalah di perlawanan pertama, sekurang-kurangnya mereka ada masa untuk perbaiki apa yang patut di perlawanan kedua pula.
“Tapi yang menarik saya nak tengok adalah apabila 3 kelab Liga A1 Semi-Pro akan berjumpa dengan 3 pasukan besar (JDT, Selangor, Sabah), situasi ini kita lihat mungkin laluan mudah untuk pasukan Liga Super.
“Tapi saya percaya ia akan jadi satu pengalaman terbaik untuk dipelajari oleh pemain-pemain daripada kelab tersebut sebab bukan selalu peluang ini hadir untuk mereka lawan kelab seperti JDT, Selangor dan Sabah”, jelasnya.
Sementara itu, bekas kapten Perak Piala FA 2004, Ahmad Shahrul Azhar pula beri bayangan Kuching City FC selaku pasukan yang giat melakukan persiapan dalam pra musim bakal beri tentangan menarik kepada kelab baharu dari Brunei Darussalam, DPMM FC di pusingan 16 nanti.
“Kuching City tahun lepas banyak buat kejutan ketika di bawah bimbingan Aidil Sharin Sahak, jadi musim ini kita nak tengok juga sejauh mana kualiti mereka.
“Jadi apabila diundi bertemu DPMM FC, saya percaya mesti ramai yang menanti untuk tengok perlawanan itu yang tidak boleh jangka prestasi kelab baharu ini.
“Tapi secara keseluruhan undian kali ini, apa sahaja boleh berlaku baik pasukan besar atau pasukan yang kurang berpengalaman”, katanya.
Undian menarik lain adalah perlawanan antara Negeri Sembilan FC yang akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang menentang PDRM FC dan Terengganu FC selaku juara Piala FA sebanyak dua kali akan berentap berdepan Imigresen FC.
Kelantan The Real Warriors FC yang dijenamakan semula daripada Kelantan Darul Naim FC pula pastinya enggan melepaskan peluang untuk memastikan slot suku akhir dalam tangan apabila diundi melawan Kuala Lumpur City FC selain Melaka FC juga dilihat bakal menjanjikan pertembungan menarik apabila diundi menentang Penang FC.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |