GENIUS SPORTS PERBAHARUI KERJASAMA RASMI DATA BERSAMA MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE
• Sistem Football LiveStats Genius Sports akan merekod dan mengedarkan statistik rasmi perlawanan bagi memaklumkan dan menarik minat peminat
• Permainan fantasi dan ramalan khas akan dilancarkan, membolehkan peminat menguji pengetahuan mereka dan bersaing satu sama lain sepanjang musim
Malaysian Football League (MFL) dengan bangganya mengumumkan pembaharuan kerjasama eksklusif dengan Genius Sports untuk tempoh lima tahun lagi, bermula dari musim 2025–2026 sehingga musim 2029–2030.
Sistem Football LiveStats oleh Genius Sports akan merekod dan mengedarkan statistik rasmi perlawanan dari setiap perlawanan, sekali gus menyediakan kemaskini secara langsung kepada peminat bola sepak Malaysia melalui laman web, siaran langsung dan platform media lain.
Sebagai rakan permainan rasmi kepada beberapa liga bola sepak terbesar dunia termasuk FIFA, EFL dan MLS, Genius Sports akan melancarkan permainan fantasi dan ramalan khas (predictor games) untuk MFL. Peminat bola sepak Malaysia boleh menguji pengetahuan mereka mengenai pemain kegemaran serta bersaing dengan rakan-rakan dan peminat lain di seluruh dunia.
Untuk terus mendorong pertumbuhan global dan menghubungkan bola sepak Malaysia dengan peminat antarabangsa, Genius Sports telah diberikan hak eksklusif untuk mengedarkan data secara langsung dan penstriman video daripada setiap pertandingan dan perlawanan.
Perjanjian lanjutan kerjasama ini sejajar dengan misi dan visi Genius Sports untuk meningkatkan penglibatan digital peminat dan menyumbang kepada perkembangan keseluruhan bola sepak Malaysia – khususnya Liga Malaysia, yang kini berada di kedudukan ke-11 daripada 47 negara Asia.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd dan Ketua Pegawai Perkongsian Strategik, Genius Sports, Steven Burton telah menandatangani perjanjian baharu itu yang berlangsung pada Khamis disaksikan oleh Dato’ Ab Ghani dan Naib Presiden Perkongsian Strategik Sukan di Genius Sports, Mohamed Feizel.
Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan, berharap kerjasama yang diteruskan ini akan memberi impak positif kepada Liga Malaysia serta mengukuhkan lagi hubungan dengan para peminat bola sepak.
"Kerjasama ini mencerminkan keyakinan kami terhadap keupayaan Genius Sports untuk terus membangunkan aspek digital dan komersial Liga Malaysia melalui teknologi terkini, sekali gus membawa liga ini lebih dekat dengan peminat tempatan.
"Dalam era bola sepak moden yang dipacu teknologi dan inovasi, data dan statistik secara langsung adalah penting untuk menyampaikan maklumat menyeluruh kepada penyokong Liga Malaysia.
"Melalui kerjasama ini bersama Genius Sports, kami berharap dapat mewujudkan platform terbaik bagi pengumpulan dan pengedaran data perlawanan secara langsung kepada MFL dari musim ini hingga 2029–2030," katanya.
Ketua Pegawai Perkongsian Strategik Genius Sports, Steven Burton pula berkata: "MFL telah membina reputasi sebagai salah satu organisasi paling inovatif dan canggih dari segi teknologi dalam bola sepak Asia, dan kami teruja untuk meneruskan kerjasama ini. Teknologi kami yang terbukti akan meningkatkan pengalaman peminat dalam setiap perlawanan serta membuka peluang pendapatan baharu untuk perkembangan bola sepak Malaysia di peringkat global."
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2025/07/Genius-Sports-Renews-Official-Data-Partnership-with-Malaysian-Football-League-Until-2029-2030-Season.pdf
Mengenai Malaysian Football League
Ditubuhkan pada 2015, Malaysian Football League (MFL) mengendalikan dan mengkomersialkan peringkat tertinggi bola sepak profesional Malaysia yang merangkumi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup, dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih) dengan lebih 228 perlawanan dan jumlah rangkaian penonton secara langsung tertinggi dalam sukan Malaysia.
Dengan visi untuk menjadikan bola sepak sebagai kebanggaan negara, usaha MFL untuk mengubah bola sepak Malaysia tertumpu kepada empat kunci utama: perlawanan kompetitif dalam semua pertandingan, pertumbuhan komersial yang positif, perkongsian kukuh dengan pihak berkepentingan dan peningkatan profesionalisme serta integriti dalam pengurusan pasukan dan liga.
https://www.malaysianfootballleague.com
Mengenai Genius Sports
Genius Sports ialah rakan kongsi rasmi dalam bidang data, teknologi dan penyiaran yang menggerakkan ekosistem sukan dan media di peringkat global. Teknologi kami digunakan di lebih daripada 150 negara di seluruh dunia, mencipta produk yang sangat mengasyikkan bagi memperkayakan pengalaman peminat merentas seluruh industri sukan.
Kami merupakan rakan kerjasama dipercayai kepada lebih 700 organisasi sukan, termasuk banyak liga, pasukan, jenama dan penyiar terbesar di dunia seperti NFL, Liga Perdana Inggeris, NCAA, Coca-Cola, EA Sports, CBS, NBC dan ESPN.
Genius Sports berada pada kedudukan unik melalui teknologi AI, penglihatan komputer dan data besar untuk menerajui masa depan pengalaman peminat sukan. Daripada penyiaran tambahan dan sorotan yang dipertingkatkan, kepada alat pengadilan automatik serta pengaktifan pemasaran — kami menghubungkan keseluruhan rantaian nilai sukan, daripada pemilik hak sehingga ke peminat.
See Translation• Permainan fantasi dan ramalan khas akan dilancarkan, membolehkan peminat menguji pengetahuan mereka dan bersaing satu sama lain sepanjang musim

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |