LIGA MALAYSIA HALA TUJU TERBAIK UNTUK CABAR DIRI- DANE INGHAM
Pertahanan import baharu Sabah FC, Dane Ingham mengakui Liga Malaysia adalah hala tuju terbaik untuknya mencabar kemampuan diri apabila kali pertama hadir ke rantau Asia Tenggara musim ini.
Apabila diberi peluang untuk mengikat kontrak bersama Sabah FC, pemain kelahiran Australia ini tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut sambil menyifatkan ini adalah peluang baharu untuknya tampil mencipta nama di pentas Liga Malaysia pula.
Pernah beraksi bersama kelab Newcastle Jets, Ingham berharap kehadirannya ke Borneo mampu menambah kekuatan di bahagian pertahanan memandangkan dia sedar kelab-kelab lain yang turut mempunyai penyerang berbisa untuk memberi tentangan.
Menyifatkan dirinya seorang pemain yang serba boleh di atas padang, Ingham tidak menolak ingin turut membantu di bahagian hadapan untuk setidak-tidaknya memberi bantuan jaringan kepada pasukan.
“Satu fasa baharu, peluang yang baharu dan saya cukup teruja untuk memulakan musim baharu ini sebab ini kali pertama saya dapat uji keupayaan saya di rantau Asia Tenggara.
“Saya seorang pemain yang tak senang mengalah dan sentiasa nak beri yang terbaik untuk pasukan selain akan cuba sedaya upaya untuk bagi tenaga positif kepada rakan-rakan sepasukan.
“Tetapi saya tahu kualiti yang ada pada kelab-kelab lain dan tidak mahu memandang rendah keupayaan mereka, bahkan di sini juga (Sabah) ada ramai pemain-pemain yang bagus.
“Apa pun, saya ingin berikan yang terbaik untuk bantu pasukan tanpa bolos dan jika diperlukan, saya tiada masalah untuk bermain di hadapan juga membantu penyerang lain”, katanya.
Sudah tentu, misi utama Sabah FC musim ini adalah ingin terus mencipta kejutan selepas turut cemerlang pada musim lalu apabila menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga terbaik dengan 40 mata dalam 24 perlawanan secara keseluruhan.
Kredit gambar Sabah FC
See TranslationApabila diberi peluang untuk mengikat kontrak bersama Sabah FC, pemain kelahiran Australia ini tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut sambil menyifatkan ini adalah peluang baharu untuknya tampil mencipta nama di pentas Liga Malaysia pula.
Pernah beraksi bersama kelab Newcastle Jets, Ingham berharap kehadirannya ke Borneo mampu menambah kekuatan di bahagian pertahanan memandangkan dia sedar kelab-kelab lain yang turut mempunyai penyerang berbisa untuk memberi tentangan.
Menyifatkan dirinya seorang pemain yang serba boleh di atas padang, Ingham tidak menolak ingin turut membantu di bahagian hadapan untuk setidak-tidaknya memberi bantuan jaringan kepada pasukan.
“Satu fasa baharu, peluang yang baharu dan saya cukup teruja untuk memulakan musim baharu ini sebab ini kali pertama saya dapat uji keupayaan saya di rantau Asia Tenggara.
“Saya seorang pemain yang tak senang mengalah dan sentiasa nak beri yang terbaik untuk pasukan selain akan cuba sedaya upaya untuk bagi tenaga positif kepada rakan-rakan sepasukan.
“Tetapi saya tahu kualiti yang ada pada kelab-kelab lain dan tidak mahu memandang rendah keupayaan mereka, bahkan di sini juga (Sabah) ada ramai pemain-pemain yang bagus.
“Apa pun, saya ingin berikan yang terbaik untuk bantu pasukan tanpa bolos dan jika diperlukan, saya tiada masalah untuk bermain di hadapan juga membantu penyerang lain”, katanya.
Sudah tentu, misi utama Sabah FC musim ini adalah ingin terus mencipta kejutan selepas turut cemerlang pada musim lalu apabila menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga terbaik dengan 40 mata dalam 24 perlawanan secara keseluruhan.
Kredit gambar Sabah FC
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |