PUMA ORBITA MFL 1 BOLA RASMI LIGA MALAYSIA 2025-2026
Malaysian Football League (MFL) memulakan musim baharu dengan pelancaran bola rasmi Liga Malaysia 2025-2026 iaitu PUMA Orbita MFL 1 buat musim ke-4.
Jenama sukan PUMA |ACTIVE SPORTS telah menjadi penyedia dan penaja bola perlawanan rasmi dengan teknologi dan reka bentuk terkini untuk semua perlawanan melibatkan pertandingan elit Liga Malaysia selain turut pernah menjadi bola edisi khas sempena saingan 100 tahun TM Piala Malaysia 2021.
MFL adalah liga bola sepak pertama di Asia yang menggunakan bola perlawanan rasmi rekaan jenama sukan global PUMA dan ini adalah musim keempat kerjasama ini terjalin menerusi PUMA MFL Accelerate 21.1 Pro yang digunakan sebagai bola rasmi Liga Malaysia 2022.
Bukan itu sahaja, beberapa liga utama dan kejohanan berprestij antarabangsa juga menggunakan bola perlawanan rasmi keluaran PUMA ini antaranya Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga (Sepanyol), Serie-A (Itali), Liga Portugal, English Football League (EFL), Piala Negara-Negara Afrika 2025 (AFCON) serta Kejohanan CONMEBOL Libertadores yang membabitkan kelab-kelab terunggul di Amerika Selatan.
Selain itu, PUMA juga merupakan pembekal rasmi bola perlawanan bagi kejohanan Copa America.
“Selepas tiga musim, kita dapat saksikan bagaimana bola PUMA Orbita MFL 1 ini telah berjaya membantu pemain-pemain Liga Malaysia menyerlah di atas padang dengan prestasi terbaik sepanjang musim.
“Pastinya MFL berbangga apabila produk jenama sukan global Puma menerusi Active Sports terus memberi kepercayaan kepada Liga Malaysia untuk memperkenalkan bola mereka yang turut digunakan di liga dan kejohanan utama di luar negara seperti EPL, LaLiga dan Serie-A.
“Saya percaya kerjasama yang terjalin untuk tahun keempat berturut-turut ini bukan hanya
membantu prestasi pemain malah meningkatkan lagi profil Liga Malaysia di persada antarabangsa,” kata Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan. Dato’ Ab Ghani telah menerima bola rasmi PUMA Orbita MFL 1 yang diserahkan secara rasmi oleh Encik Murugeson Sithambaram selaku Pemilik Active Sports Centre sebagai simbolik perasmian bola rasmi Liga Malaysia 2025-2026 pada Sabtu, 5 Julai 2024.
Murugeson turut melahirkan rasa teruja dengan kerjasama buat kali keempat ini sambil mengharapkan ia dapat memberi satu kelainan kepada kelab-kelab yang bertanding dengan
bola PUMA edisi ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MFL atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepada Active Sports untuk menyediakan bola PUMA Orbita MFL 1 di setiap perlawanan Liga Malaysia melibatkan saingan Liga Super, Piala FA, MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia musim ini.
“Daripada musim pertama sehingga kini, PUMA sentiasa meletakkan aspek kualiti yang paling utama bagi memastikan setiap pasukan berpuas hati menggunakan bola ini di atas
padang bagi perlawanan berintensiti tinggi. Apa yang penting, diharapkan penggunaan bola PUMA ini akan dapat membantu barisan pemain menampilkan prestasi hebat seiring
dengan mutu dan kualiti yang ada pada bola ini,” jelas Murugeson.
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL iaitu Datuk Mohamed Suffian Awang, Mustaza Ahmad, Dato’ Zainal Abidin Hassan dan N. Saaran bersama-sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd serta Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram.
PUMA Orbita MFL 1 ini menampilkan reka bentuk 12 panel, acuan frekuensi tinggi untuk mengekalkan bentuk, dan permukaan PU bertekstur 3D bagi meningkatkan aerodinamik dan ketahanan.
Bola ini juga dilengkapi dengan belon getah serta injap PAL (PUMA Air Lock) untuk pengekalan udara dan lantunan yang cemerlang, serta mendapat pensijilan FIFA Quality Pro.
Kaedah pembuatan ini turut meningkatkan keupayaan bola untuk mengekalkan bentuk asalnya serta mengurangkan penyerapan air, menjadikannya lebih tahan lama terutamanya dalam pelbagai keadaan cuaca. Bola Orbit MFL 1 ini juga mempunyai permukaan PU bertekstur setebal 1.2mm yang boleh memperbaiki aerodinamik dan meningkatkan rintangan lelasan, sekaligus menambah prestasi dan jangka hayat bola.
Dilengkapi dengan belon getah serta injap PAL (PUMA Air Lock), bola rasmi Liga Malaysia ini turut menawarkan pengekalan udara dan lantunan yang optimum untuk permainan yang lebih konsisten sepanjang perlawanan.
Apa yang penting, Orbita MFL 1 memenuhi piawaian tertinggi yang ditetapkan oleh FIFA untuk menjamin prestasi dan kualiti bertaraf elit selain ia memaparkan penjenamaan bersama antara PUMA dan Liga Malaysia sekaligus mewakili kerjasama rasmi untuk musim ini.
Bola PUMA Orbita MFL 1 ini boleh didapati secara eksklusif di ACTIVE SPORTS dan kedai PUMA yang terpilih dengan harga RM579.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2025/07/PUMA-ORBITA-MFL-1-OFFICIAL-MATCH-BALL-OF-THE-MALAYSIAN-LEAGUE-2025.pdf
Mengenai Malaysian Football League
Ditubuhkan pada 2015, Malaysian Football League (MFL) mengendalikan dan mengkomersialkan peringkat tertinggi bola sepak profesional Malaysia, yang merangkumi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup, dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), dengan lebih 228 perlawanan dan jumlah rangkaian penonton secara langsung tertinggi dalam sukan Malaysia.
Dengan visi untuk menjadikan bola sepak sebagai kebanggaan negara, usaha MFL untuk mengubah bola sepak Malaysia tertumpu kepada empat kunci utama; perlawanan kompetitif dalam semua pertandingan, pertumbuhan komersial yang positif, perkongsian kukuh dengan pihak berkepentingan dan peningkatan profesionalisme serta integriti dalam pengurusan pasukan dan liga.
https://www.malaysianfootballleague.com
See TranslationJenama sukan PUMA |ACTIVE SPORTS telah menjadi penyedia dan penaja bola perlawanan rasmi dengan teknologi dan reka bentuk terkini untuk semua perlawanan melibatkan pertandingan elit Liga Malaysia selain turut pernah menjadi bola edisi khas sempena saingan 100 tahun TM Piala Malaysia 2021.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |