ARGZIM REDZOVIC CARI ‘ANGIN’ BAHARU
Selepas enam tahun menyarung jersi Terengganu FC (TFC), Argzim Redzovic kini melangkah ke fasa baharu dalam kariernya.
Pemain kelahiran Montenegro akhirnya meninggalkan TFC untuk mencari peluang untuk menghidupkan kembali karienya yang terjejas akibat masalah kecederaan sebelum ini.
“Saya boleh katakan itu adalah detik terbaik dalam karier saya. Untuk kekal bersama satu kelab selama enam tahun, terutama sebagai pemain import di Asia, bukanlah sesuatu yang mudah,” kata Argzim.
Antara detik paling manis dalam kariernya ialah ketika membantu TFC mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2023. Kemenangan dramatik di separuh akhir menewaskan Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di hadapan ribuan penyokong menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
“Membawa TFC ke Bukit Jalil menentang JDT adalah momen luar biasa. Bermain menentang pasukan sehebat JDT adalah cabaran terbesar saya sepanjang enam tahun di sini.”
Namun, seperti dalam setiap kisah perjuangan, perpisahan tetap hadir. Argzim mengakui keputusan meninggalkan TFC bukan sesuatu yang mudah.
“Secara jujur, ia adalah keputusan yang sangat emosional. Tetapi jauh di sudut hati, saya tahu saya perlukan cabaran baharu. Malangnya, perjalanan saya bersama TFC tamat dengan kecederaan ACL.”
Meskipun kecederaan tersebut mengganggu rentak kariernya, beliau tidak pernah patah semangat. Selepas menjalani pembedahan, fasa pemulihan beliau berdepan cabaran. Namun kini, selepas berpindah ke Ipoh, semangat dan keyakinan beliau kembali pulih.
“Saya menjalani rawatan fisioterapi di Ipoh atas cadangan jurulatih Mehmet Durakovic dan rakan lama saya Nasir Basharudin. Kini, saya menjalani latihan bersama Coach Sam, jurulatih kecergasan Perak FC. Alhamdulillah, saya sudah boleh berlari dan semakin yakin.”
Argzim juga tidak menyembunyikan rasa rindu terhadap kehidupan di Terengganu – bukan sahaja dari sudut bola sepak, tetapi juga suasana Ramadan yang begitu menyentuh jiwanya.
“Ramadan di Terengganu sangat istimewa – bazar, masjid, tarawih, semua ada suasana tersendiri. Saya dan keluarga amat merinduinya.”
Buat masa ini, Argzim belum menetapkan destinasi seterusnya. Fokus utamanya adalah untuk pulih sepenuhnya dan kembali ke padang.
“Saya masih menunggu tawaran. Segalanya bergantung kepada proses pemulihan saya. Saya harap dapat kembali bermain sepenuhnya menjelang Ogos nanti,” katanya.
See TranslationPemain kelahiran Montenegro akhirnya meninggalkan TFC untuk mencari peluang untuk menghidupkan kembali karienya yang terjejas akibat masalah kecederaan sebelum ini.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |