MFL UMUM DPMM FC SERTAI LIGA SUPER, FFP TETAPKAN GAJI SILING 80% & KEPUTUSAN MESYUARAT BOD KE-13
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa kelab yang berpangkalan di Brunei, DPMM FC akan bertanding dalam musim baharu Liga Super 2025-2026.
DPMM FC bakal beraksi sebagai kelab jemputan selepas mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk beraksi dalam saingan liga profesional Malaysia, Liga Super yang dijangka bermula pada Ogos 2025.
DPMM FC bukan kelab asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila ketika itu pasukan Brunei menyertai pertandingan Piala Malaysia pada 1979 buat kali pertama dan kemudian Liga Semi-Pro pada 1989.
Sebelum Brunei dinamakan sebagai DPMM FC, kelab itu pernah menjulang trofi Piala Malaysia 1999 dengan menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Super 2005-2006.
MFL amat mengalu-alukan kehadiran DPMM FC bagi menambah saingan dan kemeriahan Liga Malaysia 2024-2025 selepas kali terakhir mereka tampil dalam Liga Super pada 2008.
Sudah pasti penyertaan DPMM FC akan memberikan satu tarikan dan cabaran baharu buat Liga Malaysia apatah lagi kelab ini memiliki sejarah tersendiri yang cukup dekat dengan penyokong tempatan.
Selain DPMM FC, 13 lagi kelab telah mendapat Lesen Kebangsaan musim 2025-2026 seperti yang diputuskan oleh First Instance Body (FIB) semalam untuk melayakkan diri bersaing dalam Liga Super.
Kelab berkenaan adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC manakala Kuala Lumpur City FC, PDRM FC, dan Kelantan Darul Naim FC (Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction’) serta dua kelab dari AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC.
Musim lalu Liga Super hanya disertai 13 kelab berbanding musim ini 14 kelab termasuk penyertaan dua kelab dari AFL A1, Melaka FC dan Imigresen FC.
Walaupun pertandingan Liga Super kehilangan dua kelab Perak FC dan Kedah Darul Aman FC yang gagal dalam permohonan Lesen Kebangsaan, namun ini adalah bukti ketegasan FIB dan juga MFL terhadap kelab yang berdepan kes tunggakan gaji dalam masa yang sama bagi memastikan tahap integriti dan kompetitif liga profesional ini di tahap tinggi.
---
FINANCIAL FAIR PLAY (FFP)
Dalam pada itu MFL turut mengesahkan pelaksanaan sepenuhnya Financial Fair Play (FFP) yang mula diperkenalkan musim lalu dengan menetapkan mekanisme gaji siling ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus kepada setiap kelab musim ini.
Pelaksanaan ini menyaksikan kelab tidak dibenarkan membelanjakan lebih daripada 80 peratus daripada jumlah bajet tahunan mereka untuk pembayaran gaji. Ini adalah langkah penting untuk mengawal perbelanjaan kelab agar tidak membebankan aliran tunai (cash flow) dan dapat memberi keutamaan kepada pembayaran gaji secara konsisten.
Langkah MFL ini bagi memastikan setiap pasukan Liga Super berada dalam keadaan kewangan yang stabil dan mampan. Melalui pelaksanaan FFP bermula dengan pengenalan pada musim lalu, MFL berusaha menanam budaya tanggungjawab kewangan, ketelusan, dan pengurusan profesional dalam kalangan kelab.
Ia bukan sekadar memastikan kelab dapat bersaing secara adil, tetapi juga untuk melindungi kelangsungan kelab dalam jangka masa panjang.
Sebagai langkah tambahan bermula musim 2025–2026, pemantauan akan dijalankan melalui dua (2) penyerahan utama sebelum musim bermula – Penyerahan Bajet dan Penyerahan Pra-Musim – serta lima (5) penyerahan berkala sepanjang musim Liga Super.
Dokumen kewangan seperti penyata interim, penyata pendapatan dan perbelanjaan, serta akuan tiada tunggakan kepada kakitangan dan agensi berkaitan akan diteliti secara menyeluruh oleh Unit FFP. Kelab yang gagal mematuhi akan dikenakan tindakan seperti mana merujuk kepada peraturan MFL Financial Fair Play Edisi 2025-2026.
Unit FFP akan mengadakan bengkel secara fizikal pada 28 Mei 2025 di mana Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Kewangan semua kelab Liga Super 2025-2026 telah dijemput untuk hadir ke bengkel berkenaan. Selain itu, Bengkel secara dalam talian juga telah diadakan pada 5 Mac 2025 yang lalu untuk menerangkan tentang peraturan FFP bagi musim 2025-2026 secara tentatif.
Selain daripada peraturan baharu FFP seperti ‘Salary Cap’ 80 peratus yang akan dilaksanakan untuk musim 2025-2026, Unit FFP juga akan melancarkan Sistem Pentadbiran yang baharu untuk digunakan oleh semua kelab. Latihan bagi penggunaan sistem tersebut akan diberikan semasa bengkel berlangsung supaya kelab-kelab lebih memahami cara untuk menggunakan sistem pentadbiran berkenaan.
Tujuan utama pengenalan sistem ini adalah bagi memudahkan kedua-dua pihak iaitu Unit FFP dan kelab-kelab dari segi penyerahan dan pemantauan dokumen sepanjang musim 2025-2026 dan yang akan datang secara lebih sistematik dan efektif.
---
KALENDAR LIGA MALAYSIA 2025-2026
Selepas proses transisi Liga Malaysia pada musim 2024-2025, kalendar Liga Malaysia kini selari dengan liga-liga luar negara di mana tirai saingan Liga Malaysia akan bermula pada awal Ogos 2025 dengan Perlawanan Sumbangsih yang juga perlawanan pertama Liga Super melibatkan juara liga, JDT dan naib juara liga, Selangor FC.
MFL juga telah menetapkan tarikh Perpindahan Pemain Pertama Liga Malaysia 2025-2026 pada 9 Jun sehingga 31 Ogos 2025 manakala jendela perpindahan kedua pada 5 Januari 2026 sehingga 1 Februari 2026.
Saingan Piala FA 2025-2026 dijadual berlangsung pada Ogos 2025 disusuli MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia dijadual bermula pada Januari 2026.
Maklumat terperinci berkenaan kalendar Liga Malaysia akan dikemaskini selepas mendapat pengesahan tarikh kejohanan ACL Elite dan ACL 2 daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta kejohanan peringkat kelab kelolaan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF).
---
PINDAAN MANUAL LIGA MALAYSIA 2024-2025
Dalam pada itu MFL turut mengumumkan beberapa ketetapan yang dibuat hasil daripada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Ke-13 Bagi Penggal 2021-2025 semalam (22 Mei 2025).
BOD MFL telah bersetuju untuk meminda jumlah pendaftaran pemain iaitu 34 pemain untuk kelab yang bersaing dalam ACL Elite dan ACL2, 32 pemain untuk kelab-kelab lain kepada 30 pemain kepada semua kelab.
Manakala semua kelab dibenarkan mendaftar pemain asing sejumlah 15 pemain dengan kuota pemain asing di atas padang seramai 7+2 (simpanan) dengan komposisi 4 Terbuka+1 Asia+2 Asean.
Berbanding 12 pemain asing dibenarkan didaftarkan olen kelab ACLE dan ACL2 dan hanya 9 pemain asing bagi kelab-kelab lain dengan 6+1 (simpanan) pemain asing di atas padang menerusi komposisi 4 Terbuka+1 Asia+1 Asean sebelum ini.
Bagaimanapun setiap kelab tidak diwajibkan untuk memenuhi kuota pemain asing ini sebaliknya ia bergantung kepada keperluan dan kemampuan kewangan kelab masing-masing.
Ini kerana perbelanjaan kelab bakal dipantau menerusi pelaksanaan FFP dengan menguatkuasakan mekanisme gaji siling ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus kepada setiap kelab musim ini.
Perubahan kuota import ini dibuat bagi memberi kesaksamaan kepada semua kelab dalam pendaftaran pemain import serta meningkatkan daya saing Liga Malaysia dengan kehadiran pemain import berkualiti berikutan jendela perpindahan pemain dalam tempoh sama dengan liga-liga besar luar negara.
Kehadiran pemain import ini akan memberi daya tarikan kepada Liga Malaysia sekali gus meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia dan kelab-kelab yang bertanding.
Selain itu pertambahan kuota pemain import ini dilihat akan dapat membantu kelab yang akan bersaing di kejohanan ACLE, ACL2 dan kejohanan Kelab Asia Tenggara memandangkan cabaran semakin hebat diberikan kelab-kelab besar di rantau ini.
Penyertaan kelab Liga Malaysia di kejohanan kelolaan AFC penting bagi kedudukan ranking kelab AFC untuk membolehkan kelab-kelab Liga Malaysia terus mendapat slot atau pertambahan slot bersaing di pentas tertinggi Asia.
Aksi di peringkat tinggi ini penting untuk pendedahan pemain-pemain tempatan untuk menjadi tunjang kekuatan skuad Harimau Malaya yang berdepan cabaran besar dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027.
---
SLOT PERTANDINGAN ANJURAN AFC DAN AFF
Dalam pada itu, mesyuarat itu turut membincangkan berkenaan slot ke pertandingan kelolaan AFC iaitu ACL Elite dan ACL 2 serta Kejohanan Kelab Asean (AFF) di mana JDT selaku juara Liga Super 2024-2025 bakal bersaing dalam ACL Elite manakala naib juara Liga Super 2024-2025 bakal berentap dalam ACL 2.
Bagaimanapun sedikit perubahan bagi Kejohanan Kelab Asean di mana AFF selaku badan pengelola telah menetapkan dua slot ke kejohanan itu adalah juara liga dan juara pertandingan berformat kalah mati (Piala FA).
Maka Ahli Lembaga Pengarah MFL mengesahkan slot itu akan diberikan kepada JDT selaku juara Liga Super dan Piala FA manakala satu lagi slot kepada Selangor FC selaku naib juara Liga Super.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2025/05/MFL-ANNOUNCES-DPMM-FC-TO-JOIN-SUPER-LEAGUE-2025–2026-FFP-SETS-80-PERCENT-SALARY-CAP-AND-DECISIONS-OF-13TH-BOD-MEETING-2.pdf
See TranslationDPMM FC bakal beraksi sebagai kelab jemputan selepas mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk beraksi dalam saingan liga profesional Malaysia, Liga Super yang dijangka bermula pada Ogos 2025.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |