FEROZ BAHARUDIN SASAR KEMBALI PADA MUSIM HADAPAN
Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Feroz Baharudin mahu segera melupakan episod kecederaan yang melanda dirinya musim ini untuk membuat persiapan awal menghadapi musim baharu Liga Malaysia 2025-2026.
Meskipun dia menoktahkan musim lalu dengan catatan gemilang dengan membantu JDT membolot kesemua gelaran domestik serta diangkat sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025, kecederaan yang dialami menuju penghujung musim seakan merencatkan momentum prestasinya.
Akibat kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL), dia dihantar menjalani rawatan di Sepanyol dan kemudian memerlukan tempoh rehat dan rehabilitasi selama tiga bulan sebelum boleh kembali berlatih seperti biasa.
“Saya tengah fokus pemulihan sekarang. Sasaran saya, kalau semua ikut perancangan, boleh kembali berlatih penuh dalam bulan September atau Oktober" katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kejuaraan JDT ke-11 di Stadium Sultan Ismail baru-baru ini.
Feroz juga menegaskan hasratnya untuk kembali cergas sepenuhnya dan merebut semula tempat dalam kesebelasan utama JDT.
“Saya akan cuba yang terbaik dan sememangnya berharap akan dapat kembali beraksi dalam kesebelasan utama,” katanya.
Feroz, yang berusia 25 tahun dan berasal dari Johor mula menyertai skuad utama beberapa musim lalu dan kemudian turut menerima panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan.
See TranslationMeskipun dia menoktahkan musim lalu dengan catatan gemilang dengan membantu JDT membolot kesemua gelaran domestik serta diangkat sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025, kecederaan yang dialami menuju penghujung musim seakan merencatkan momentum prestasinya.
Akibat kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL), dia dihantar menjalani rawatan di Sepanyol dan kemudian memerlukan tempoh rehat dan rehabilitasi selama tiga bulan sebelum boleh kembali berlatih seperti biasa.
“Saya tengah fokus pemulihan sekarang. Sasaran saya, kalau semua ikut perancangan, boleh kembali berlatih penuh dalam bulan September atau Oktober" katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kejuaraan JDT ke-11 di Stadium Sultan Ismail baru-baru ini.
Feroz juga menegaskan hasratnya untuk kembali cergas sepenuhnya dan merebut semula tempat dalam kesebelasan utama JDT.
“Saya akan cuba yang terbaik dan sememangnya berharap akan dapat kembali beraksi dalam kesebelasan utama,” katanya.
Feroz, yang berusia 25 tahun dan berasal dari Johor mula menyertai skuad utama beberapa musim lalu dan kemudian turut menerima panggilan untuk mewakili skuad kebangsaan.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |