KENANGAN MANIS KAMARUDDIN AHMAD: KILAUAN PIALA MALAYSIA 1985 MASIH SEGAR DI INGATAN
Tahun 1985 akan sentiasa terpahat dalam ingatan bekas pemain Johor FA, Kamaruddin Ahmad. Bukan sekadar tahun biasa, tetapi satu detik bersejarah yang mengubah landskap bola sepak negeri Johor apabila mereka berjaya menjulang Piala Malaysia – salah satu kejayaan paling manis dalam karier beliau.
Mengimbau kembali momen kegemilangan itu, Kamaruddin menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil daripada keserasian mantap antara barisan pemain. Gabungan pemain muda berbakat antaranya Dollah Salleh, Nasir Yusof , Khalid Shahdan dengan pemain berpengalaman telah menghasilkan satu pasukan yang cukup padu dan berdaya saing.
“Segala yang dilakukan pada tahun itu ibarat langkah kanan. Semua menjadi. Setiap usaha, setiap perancangan, memberi kesan positif kepada Johor FA,” katanya penuh bangga.
Antara kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah perlawanan suku akhir Piala Malaysia 1985, yang menjadi titik tolak kepada semangat luar biasa dalam pasukan.
Aksi cemerlang dan semangat juang tinggi dalam perlawanan itu membakar keazaman untuk terus melangkah ke final.
Apabila Johor akhirnya dinobatkan sebagai juara, sambutan yang diterima sewaktu membawa pulang trofi ke bumi Johor ibarat sambutan hari Kemerdekaan.
Rakyat turun beramai-ramai menyambut wira mereka dengan penuh semangat dan rasa bangga. Detik itu menjadi bukti bahawa bola sepak bukan sekadar permainan – ia adalah nadi penyatuan rakyat Johor.
Kamaruddin turut menyatakan keyakinan beliau terhadap barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari ini yang dilihat mampu mengulangi sejarah dengan membawa pulang trofi ke bumi Johor, khususnya dengan menewaskan Sri Pahang FC.
“Barisan pemain JDT hari ini adalah antara yang terbaik. Mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal, tetapi juga kekuatan mental dan disiplin yang tinggi,” ujarnya.
Beliau turut memuji peranan besar DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam menerajui JDT ke satu tahap yang cemerlang. “TMJ berjaya meletakkan JDT sebagai pasukan bertaraf antarabangsa. Segala pelaburan, visi dan kepimpinan baginda telah menjadikan JDT satu model kelab profesional yang bukan sahaja disegani di Malaysia, malah di rantau ini,” katanya.
Kejayaan 1985 kekal sebagai mercu tanda kegemilangan bola sepak Johor dan menjadi inspirasi kepada generasi baharu. Bagi Kamaruddin, kenangan itu akan sentiasa segar, menyala dalam semangat dan jiwa setiap kali beliau mengenang detik mereka menjulang trofi keramat itu. Dan kini, beliau percaya detik itu bakal kembali – dengan wajah dan nama baharu, tapi semangat yang sama membara.
See TranslationMengimbau kembali momen kegemilangan itu, Kamaruddin menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil daripada keserasian mantap antara barisan pemain. Gabungan pemain muda berbakat antaranya Dollah Salleh, Nasir Yusof , Khalid Shahdan dengan pemain berpengalaman telah menghasilkan satu pasukan yang cukup padu dan berdaya saing.
“Segala yang dilakukan pada tahun itu ibarat langkah kanan. Semua menjadi. Setiap usaha, setiap perancangan, memberi kesan positif kepada Johor FA,” katanya penuh bangga.
Antara kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah perlawanan suku akhir Piala Malaysia 1985, yang menjadi titik tolak kepada semangat luar biasa dalam pasukan.
Aksi cemerlang dan semangat juang tinggi dalam perlawanan itu membakar keazaman untuk terus melangkah ke final.
Apabila Johor akhirnya dinobatkan sebagai juara, sambutan yang diterima sewaktu membawa pulang trofi ke bumi Johor ibarat sambutan hari Kemerdekaan.
Rakyat turun beramai-ramai menyambut wira mereka dengan penuh semangat dan rasa bangga. Detik itu menjadi bukti bahawa bola sepak bukan sekadar permainan – ia adalah nadi penyatuan rakyat Johor.
Kamaruddin turut menyatakan keyakinan beliau terhadap barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari ini yang dilihat mampu mengulangi sejarah dengan membawa pulang trofi ke bumi Johor, khususnya dengan menewaskan Sri Pahang FC.
“Barisan pemain JDT hari ini adalah antara yang terbaik. Mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal, tetapi juga kekuatan mental dan disiplin yang tinggi,” ujarnya.
Beliau turut memuji peranan besar DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam menerajui JDT ke satu tahap yang cemerlang. “TMJ berjaya meletakkan JDT sebagai pasukan bertaraf antarabangsa. Segala pelaburan, visi dan kepimpinan baginda telah menjadikan JDT satu model kelab profesional yang bukan sahaja disegani di Malaysia, malah di rantau ini,” katanya.
Kejayaan 1985 kekal sebagai mercu tanda kegemilangan bola sepak Johor dan menjadi inspirasi kepada generasi baharu. Bagi Kamaruddin, kenangan itu akan sentiasa segar, menyala dalam semangat dan jiwa setiap kali beliau mengenang detik mereka menjulang trofi keramat itu. Dan kini, beliau percaya detik itu bakal kembali – dengan wajah dan nama baharu, tapi semangat yang sama membara.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |