FAIZOL MAHU PENYOKONG SUNTIK SEMANGAT SRI PAHANG FC BERJUANG DI FINAL
Detik final Piala Malaysia 2014 masih belum dapat dilupakan bekas pemain Pahang, Faizol Hussain yang percaya kejayaan masih boleh dicapai selagi wisel penamat belum ditiupkan.
Pahang berjaya melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut pada tahun 2014 selaku juara bertahan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kini selepas 11 tahun akhirnya kedua-dua pasukan ini kembali ke gelanggang final Unifi Piala Malaysia sekali lagi pada 26 April ini.
Namun, selaku bekas pemain yang pernah beraksi bersama skuad Tok Gajah, Faizol tidak menolak final 2014 sentiasa diingati menyaksikan skuad kendalian Dato’ Zainal Abidin Hassan waktu itu mencipta kebangkitan dramatik yang akhirnya menang menerusi penentuan sepakan penalti.
Dia yang berada dalam kesebelasan utama ketika itu mengakui detik yang paling sukar adalah ketika ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama perlawanan selain Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di babak kedua selepas rakan sepasukan, Saifulnizam Miswan dilayangkan kad merah.
Namun, semangat juang yang dipamerkan oleh seluruh pasukan membuktikan segalanya tidak mustahil untuk dicapai selagi mereka bekerja keras untuk Pahang menyamakan kedudukan menerusi jaringan Dickson Nwakaeme sebelum menang dalam penentuan sepakan penalti.
“Waktu itu kalau kita tengok pemain Pahang ini biasa-biasa sahaja kalau nak dibandingkan dengan pemain JDT yang ramai berkualiti.
“Tetapi, selepas habis separuh masa pertama, jurulatih (Zainal) tetap bagi semangat dekat kami dalam bilik persalinan untuk lawan habis-habisan di separuh masa kedua sehingga akhirnya ke penentuan sepakan penalti.
“Kalau bercakap pasal sepakan penalti, memang kita harapkan dekat nasib sahajalah dan Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya pertahankan trofi waktu itu.
“Sebenarnya pasukan Pahang pada waktu itu memang seperti satu keluarga, sama-sama kerja keras dan Nwakaeme antara yang banyak menceriakan pasukan kita dengan karakternya.
“Sekarang, semua itu sudah jadi kenangan dan saya tetap berbangga selepas 11 tahun, Pahang kembali ke final dan teruskan berjuang sehingga ke wisel penamat”, katanya.
Faizol menyeru kepada semua penyokong Pahang untuk hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April ini sebagai tanda sokongan atas usaha keras skuad bimbingan Fandi Ahmad pada musim ini untuk akhirnya ke pentas final Piala Malaysia selepas penantian 11 tahun.
See TranslationPahang berjaya melangkah ke final buat kali kedua berturut-turut pada tahun 2014 selaku juara bertahan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kini selepas 11 tahun akhirnya kedua-dua pasukan ini kembali ke gelanggang final Unifi Piala Malaysia sekali lagi pada 26 April ini.
Namun, selaku bekas pemain yang pernah beraksi bersama skuad Tok Gajah, Faizol tidak menolak final 2014 sentiasa diingati menyaksikan skuad kendalian Dato’ Zainal Abidin Hassan waktu itu mencipta kebangkitan dramatik yang akhirnya menang menerusi penentuan sepakan penalti.
Dia yang berada dalam kesebelasan utama ketika itu mengakui detik yang paling sukar adalah ketika ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama perlawanan selain Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain di babak kedua selepas rakan sepasukan, Saifulnizam Miswan dilayangkan kad merah.
Namun, semangat juang yang dipamerkan oleh seluruh pasukan membuktikan segalanya tidak mustahil untuk dicapai selagi mereka bekerja keras untuk Pahang menyamakan kedudukan menerusi jaringan Dickson Nwakaeme sebelum menang dalam penentuan sepakan penalti.
“Waktu itu kalau kita tengok pemain Pahang ini biasa-biasa sahaja kalau nak dibandingkan dengan pemain JDT yang ramai berkualiti.
“Tetapi, selepas habis separuh masa pertama, jurulatih (Zainal) tetap bagi semangat dekat kami dalam bilik persalinan untuk lawan habis-habisan di separuh masa kedua sehingga akhirnya ke penentuan sepakan penalti.
“Kalau bercakap pasal sepakan penalti, memang kita harapkan dekat nasib sahajalah dan Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya pertahankan trofi waktu itu.
“Sebenarnya pasukan Pahang pada waktu itu memang seperti satu keluarga, sama-sama kerja keras dan Nwakaeme antara yang banyak menceriakan pasukan kita dengan karakternya.
“Sekarang, semua itu sudah jadi kenangan dan saya tetap berbangga selepas 11 tahun, Pahang kembali ke final dan teruskan berjuang sehingga ke wisel penamat”, katanya.
Faizol menyeru kepada semua penyokong Pahang untuk hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April ini sebagai tanda sokongan atas usaha keras skuad bimbingan Fandi Ahmad pada musim ini untuk akhirnya ke pentas final Piala Malaysia selepas penantian 11 tahun.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |