ABK 2024-2025: BERGSON DA SILVA TERUS MENYINAR, AKUI KEHEBATAN DUA PENCABAR
Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva terus membuktikan reputasinya sebagai antara pemain import paling berpengaruh dalam saingan Liga Malaysia apabila tersenarai dalam tiga calon akhir bagi kategori Pemain Import Terbaik di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 buat kali ketiga.
Musim ini, pemain kelahiran Brazil itu sekali lagi menjadi nadi utama jentera serangan Harimau Selatan dengan meledak 32 gol dalam kesemua perlawanan Liga Super.
Pencapaian luar biasa itu melonjakkan namanya sebaris dengan dua lagi calon akhir kategori import terbaik, iaitu Juan Muniz (JDT) dan Alvin Fortes yang mencuri tumpuan bersama Selangor FC.
Namun begitu, Bergson kekal merendah diri dan menegaskan bahawa fokus utamanya tetap kepada kejayaan pasukan, bukan pencapaian individu.
“Dua pemain lain pemain yang cemerlang. Saya akui Juan Muniz dan Alvin Fortes adalah pemain yang bagus. Dan seperti saya katakan, kita di JDT hanya fikir untuk menang perlawanan, bertarung dalam kesemua perlawanan dan ini antara perkara kedua yang penting musim ini,” katanya.
Penyerang berusia 33 tahun itu turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada dua pesaingnya serta berterima kasih kepada barisan pemain yang terus menunjukkan komitmen tinggi sepanjang musim.
“Jadi saya hanya perlu ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka, demikian setelah saya sudah lakukan segalanya dengan baik. Terima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras bersama,” tambahnya.
Sejak menyertai JDT pada tahun 2021, Bergson menjadi simbol ketajaman serangan skuad Harimau Selatan.
Kepakarannya menjaringkan gol, membaca pergerakan lawan dan mencipta ruang telah membantu pasukan mengekalkan dominasi mereka di Liga Super serta kejayaan-kejayaan lain di pentas domestik.
Dengan jumlah gol dan sumbangan yang begitu signifikan musim ini, pencalonan kali ketiga Bergson sebagai Import Terbaik bukan sekadar berdasarkan reputasi, tetapi prestasi semasa yang masih konsisten dan membanggakan. Ia juga membuktikan dia masih kekal relevan dalam persaingan liga walaupun sudah memasuki usia 33 tahun.
See TranslationMusim ini, pemain kelahiran Brazil itu sekali lagi menjadi nadi utama jentera serangan Harimau Selatan dengan meledak 32 gol dalam kesemua perlawanan Liga Super.
Pencapaian luar biasa itu melonjakkan namanya sebaris dengan dua lagi calon akhir kategori import terbaik, iaitu Juan Muniz (JDT) dan Alvin Fortes yang mencuri tumpuan bersama Selangor FC.
Namun begitu, Bergson kekal merendah diri dan menegaskan bahawa fokus utamanya tetap kepada kejayaan pasukan, bukan pencapaian individu.
“Dua pemain lain pemain yang cemerlang. Saya akui Juan Muniz dan Alvin Fortes adalah pemain yang bagus. Dan seperti saya katakan, kita di JDT hanya fikir untuk menang perlawanan, bertarung dalam kesemua perlawanan dan ini antara perkara kedua yang penting musim ini,” katanya.
Penyerang berusia 33 tahun itu turut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada dua pesaingnya serta berterima kasih kepada barisan pemain yang terus menunjukkan komitmen tinggi sepanjang musim.
“Jadi saya hanya perlu ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada mereka, demikian setelah saya sudah lakukan segalanya dengan baik. Terima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras bersama,” tambahnya.
Sejak menyertai JDT pada tahun 2021, Bergson menjadi simbol ketajaman serangan skuad Harimau Selatan.
Kepakarannya menjaringkan gol, membaca pergerakan lawan dan mencipta ruang telah membantu pasukan mengekalkan dominasi mereka di Liga Super serta kejayaan-kejayaan lain di pentas domestik.
Dengan jumlah gol dan sumbangan yang begitu signifikan musim ini, pencalonan kali ketiga Bergson sebagai Import Terbaik bukan sekadar berdasarkan reputasi, tetapi prestasi semasa yang masih konsisten dan membanggakan. Ia juga membuktikan dia masih kekal relevan dalam persaingan liga walaupun sudah memasuki usia 33 tahun.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |