ABK2024-2025: TUKAR POSISI KE PENYERANG MENYERLAHKAN KUALITI PAULO JOSUE
Ubah posisi daripada pemain tengah kepada penyerang nyata membuahkan hasil untuk tonggak Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue apabila dicalonkan dalam Kategori Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.
Josue yang sebelum ini beraksi sebagai pemain tengah tidak menyangka musim pertama dia bermain di posisi serangan berjaya membuktikan kualiti tersendiri selepas menghasilkan 18 gol secara keseluruhan setakat ini dalam semua pertandingan.
Justeru, pemain naturalisasi Malaysia itu berharap ada sinar untuknya meraih trofi Penyerang Terbaik meskipun sedar pesaing, Romel Morales (JDT) dan Darren Lok (Sabah FC) juga di tahap terbaik bagi memberikan saingan sengit.
“Agak mencabar juga sebenarnya untuk saya menyesuaikan diri, nak beralih ke posisi yang baharu bukan senang terutamanya penyerang.
“Selama karier saya memang bermain sebagai pemain tengah, dan apabila kena tukar, saya tiada masalah untuk ambil cabaran itu.
“Semuanya berjalan dengan baik dan ia terbukti dengan usaha selama ini untuk saya dicalonkan buat kali pertama dalam kategori ini.
“Kalau kita lihat, Romel (Morales) sebelum ini pun daripada tengah ke penyerang, dan akhirnya kami berdua tercalon bersama-sama dengan Darren juga,” jelasnya.
Ini merupakan kali ketiga Josue tercalon untuk ABK dalam kategori berbeza menyaksikan pada ABK 2022 dia tercalon bagi Import Terbaik dan Pemain Tengah Terbaik untuk ABK 2023.
Morales pula tercalon buat kali pertama untuk kategori ini selepas pernah dinobatkan sebagai Pemain Import Terbaik 2021 manakala Darren selaku Penjaring Gol Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 pernah juga tercalon dalam kategori sama pada ABK 2021 dan 2023.
Anugerah ini akan berlangsung pada 23 April 2025 (Rabu) yang bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena.
See TranslationJosue yang sebelum ini beraksi sebagai pemain tengah tidak menyangka musim pertama dia bermain di posisi serangan berjaya membuktikan kualiti tersendiri selepas menghasilkan 18 gol secara keseluruhan setakat ini dalam semua pertandingan.
Justeru, pemain naturalisasi Malaysia itu berharap ada sinar untuknya meraih trofi Penyerang Terbaik meskipun sedar pesaing, Romel Morales (JDT) dan Darren Lok (Sabah FC) juga di tahap terbaik bagi memberikan saingan sengit.
“Agak mencabar juga sebenarnya untuk saya menyesuaikan diri, nak beralih ke posisi yang baharu bukan senang terutamanya penyerang.
“Selama karier saya memang bermain sebagai pemain tengah, dan apabila kena tukar, saya tiada masalah untuk ambil cabaran itu.
“Semuanya berjalan dengan baik dan ia terbukti dengan usaha selama ini untuk saya dicalonkan buat kali pertama dalam kategori ini.
“Kalau kita lihat, Romel (Morales) sebelum ini pun daripada tengah ke penyerang, dan akhirnya kami berdua tercalon bersama-sama dengan Darren juga,” jelasnya.
Ini merupakan kali ketiga Josue tercalon untuk ABK dalam kategori berbeza menyaksikan pada ABK 2022 dia tercalon bagi Import Terbaik dan Pemain Tengah Terbaik untuk ABK 2023.
Morales pula tercalon buat kali pertama untuk kategori ini selepas pernah dinobatkan sebagai Pemain Import Terbaik 2021 manakala Darren selaku Penjaring Gol Terbanyak Tempatan Liga Super 2022 pernah juga tercalon dalam kategori sama pada ABK 2021 dan 2023.
Anugerah ini akan berlangsung pada 23 April 2025 (Rabu) yang bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |